CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lamine Yamal dah ada awek 'cun'

15-7-2024 11:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27720| Komen: 10



Berlin: Pemain remaja sensasi Sepanyol Lamine Yamal berkesempatan meraikan kejayaan menjuarai Euro 2024 bersama teman wanitanya Alex Padilla.

Yamal yang berusia 17 tahun beraksi 89 minit ketika Sepanyol menentang England dengan gol kemenangan La Roja diperoleh menerusi Mikel Oyarzabal pada minit ke-86.

Dia yang menjaringkan gol hebat ketika berdepan Perancis di separuh akhir membantu Nico Williams meledak gol pertama pasukannya sebelum mereka menang 2-1.

Prospek masa depan Barcelona itu dipilih pemain muda terbaik kejohanan manakala rakan sepasukan Rodri dinobatkan pemain terbaik Euro 2024.

Namun kejayaan itu amat bermakna apabila diraikan bersama teman wanitanya Padilla. Pempengaruh media sosial yang mempunyai 300,000 pengikut di Tiktok itu memakai jersi Sepanyol tercatat nama Yamal dan naik di atas pentas bagi meraikan kemenangan bersama teman lelakinya itu.



Yamal tampak begitu manja apabila melentokkan kepalanya di bahu Padilla yang menggantung medal milik Yamal di lehernya sambil memegang trofi sebelum mereka bergambar bersama.

Pasangan itu ditemani bapa Yamal, Mounir Nasraoui yang sebelum perlawanan meramalkan dengan tepat anaknya bakal menyinar di pentas utama bola sepak antarabangsa.

Dipercayai Padilla menonton beberapa perlawanan Sepanyol di Jerman bersama keluarga Yamal.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-7-2024 11:08 PM
Asalkan ko berduit banyak sis.


Quote mamajawie 16-7-2024 12:11 AM
nanti kalau da pencen tah² betina tu pun lari..banyak la bnda camni jadi
Quote stingerbumpy 16-7-2024 05:34 AM
Dengar bakal menyarung jersi Jdt tak lama lagi....

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote BoongaKertas 16-7-2024 08:37 AM
comel gf dia
Quote lipans 16-7-2024 09:28 AM
Star Euro kot. Berderet la yang mengendeng.

Sedangkan star kat ligaM sendu pun berderet.
Quote alesandra 16-7-2024 09:38 AM
Umur mcm tu biasalah ada awek.tu pun kecoh
Quote olaoli 16-7-2024 12:04 PM
dah amik spm lom awek dia tu
Quote johan-adx 16-7-2024 02:03 PM
baru form 4 dah mahsyur..
Quote Decaffeinated 16-7-2024 02:56 PM
Berita mainstream ni.

Dah terlanjur jakun tu kenapa tak tanya sekali dah berapa kali kongkek mesti ramai ummah tanah air susah hati sebab dengar kata bapa nya asal orang Morocco kan? Dia ni islam ka?

Quote Ytee 16-7-2024 03:57 PM
alesandra: Umur mcm tu biasalah ada awek.tu pun kecoh
kannn

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.028802 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top