CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dajal: Satu Malam Diperdajal., Filem pertama Dai Syed

15-7-2024 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32088| Komen: 111


Diuji dengan pelbagai dugaan dan kontroversi, nama pendakwah selebriti, Dai Syed melalui pelbagai fasa dan transisi.

Namun, itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berkarya, sekali gus dikurniakan dengan pelbagai rezeki.

Kini, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menanti kehadiran cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan pengacara, Hana Ismail.

"Hubungan dengan keluarga semua okay dan baik-baik saja. Saya dan isteri tinggal bersama ibu. Saya juga selalu ke Mesir berjumpa ayah saya.

"Beberapa minggu lagi isteri saya akan bersalin. Persediaan menjadi seorang ayah, mungkin rezeki makin banyak.

"Alhamdulillah. Dapat tawaran berlakon filem, dapat juga kerja-kerja sebagai agensi pelancongan dan isteri saya menjual batu kristal. Memang gemuruh juga menantikan anak pertama.

"Jantina bayi masih dirahsiakan, tapi kami akan jemput ke majlis akikah. Hana tak ada apa-apa alahan. Saya yang banyak mengidam berbanding dia," katanya.



Mencipta nama sebagai pelakon, Syed kini mampu berbangga dengan pencapaiannya apabila bakal membintangi filem berjudul Dajal: Satu Malam Diperdajal.

"Ini kali pertama saya berlakon filem. Apabila pengurus maklumkan mengenai tawaran ini, saya cakap terima.

"Ini peluang untuk saya juga sebab saya suka menceburi bidang seni juga. Saya asyik dapat watak ustaz, jadi bosan juga. Jadi, kalau boleh nak cuba watak lain juga.

"Sebelum ini, saya banyak berlakon drama untuk TV3 dan kebanyakan watak ustaz. Kalau boleh nak lari sikit. Bukanlah watak penjahat, tapi watak remaja sekolah atau apa-apa yang berbeza," katanya.

Tidak sekadar itu, Syed juga kini sibuk menguruskan perniagaannya di samping beberapa usaha lain.

"Saya menjual batu-batu kristal dan perniagaan bagus. Saya kerap ke Mesir dan tiba-tiba ada beberapa agensi yang tawarkan untuk saya menjadi 'tapak' di sana.

"Jadi, mana-mana agensi yang nak ke Mesir, saya ada di sana untuk bantu mereka di sana," katanya.

Selain Syed, filem Dajal: Satu Malam Diperdajal yang diarahkan Pierre Andre itu juga turut dibintangi Amir Nafis, Jay Iswazir, Jaja Iliyes dan ramai lagi.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote immaryjane 15-7-2024 11:26 PM
Janggut dia same mcm janggut si larva scammer derma tu. Pak setad bini lofake pn same gak tanam, tp nsib baik dh ckur habis nmpk la mcm manusia sikit.
Huduh gile kejdian janggut tanam ni, mcm bulu jembut yg before ckur lembut halus
Quote whimsicalmusic 15-7-2024 11:26 PM
eee jambang dia
Quote Goodluckdontcry 15-7-2024 11:42 PM
Maaf dik..den nk komen secara tulus..gambar ats tu...errrrr mcm manalah org blh minat ko dik...below par bebeno dik.. kehkehkeh
Quote dua_chzy 15-7-2024 11:44 PM
Tak puas hati betul aku groomer, perogol ngan manipulator ni hidup aman bahagia.
Quote aemon 16-7-2024 12:01 AM
Serupa monyet journey to the west
Quote 8Queen8 16-7-2024 12:02 AM
Tanam jambang ker? Halus2 nipis2
Quote mamajawie 16-7-2024 12:09 AM
muka Taliban mana la Aku ingat skali muka sex addict
Quote doubleA 16-7-2024 12:26 AM
Muka tgk gambar terpikir sapa ni muka journey to the west sgt, baca tajuk rupanya sedan ni
Quote lolipopmanish 16-7-2024 12:28 AM
Gelinye jambang gitu mcm tak terurus aje
Quote I.K.A888990 16-7-2024 12:29 AM
aman2 je eh hidup penonggeng ni
tak adil betul
Quote Mary_jane 16-7-2024 12:30 AM
Haha gambar pertama tu, penampakan jambang dah macam sekadar bayang2.
Quote kashaz 16-7-2024 01:02 AM
"watak remaja sekolah"
Quote NyiRoroKidul 16-7-2024 01:20 AM
Sebijik wukong
Quote LembingDayanti 16-7-2024 01:21 AM
kenapa mukadia macam watak monyet cite cina dolu dolu? dia fanatikcite tu ke nyah???
Quote easy81 16-7-2024 01:24 AM
Nape jambang mcm apes..
Bilalah penonggeng agama sorg ni nak kantoi
Quote riyadhK 16-7-2024 01:31 AM
Busuk sebusuk busuknya. Period.
Quote anony-mous 16-7-2024 02:44 AM
immaryjane replied at 15-7-2024 11:26 PM
Janggut dia same mcm janggut si larva scammer derma tu. Pak setad bini lofake pn same gak tanam, tp  ...

I nk komen vibes kapel ni sama dgn ecah-alip tu. mcm pura2 baik

Jambang dia nk muntah i tgk berbulu2 bergulung
Quote tapirbiru 16-7-2024 06:37 AM
igt kambing gurun tadi
Quote likilu 16-7-2024 08:01 AM
Bulu apa weh dekat muka dia

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.153177 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top