PETALING JAYA – Kekal berhijab, pelakon Nora Danish mengakui rutin menghadiri majlis ilmu sejak Mei tahun lalu semakin menguatkan keinginannya untuk bertudung. Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 42, berkata niat mengenakan hijab sudah tercetus sejak usianya mencecah angka 40, namun ketika itu hatinya masih berbolak-balik atas beberapa sebab. “Semuanya didorong pengisian majlis ilmu yang diadakan rakan baik saya, Betty Rahmad di kediamannya dan boleh dikatakan kebiasaannya sebulan sekali saya akan turut serta. “Tetapi kemudian apabila pulang saya kadangkala jadi malu sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mengikuti ceramah agama selain sudah ada niat ingin menutup aurat dengan sempurna. “Sedikit sebanyak perkara itu menjadi antara pendorong untuk saya berubah ke arah yang lebih baik, sebab lain biarlah saya simpan sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama rantaian, Perang Nasi Dagang di sini, hari ini.
Ujar Nora, penghijrahan itu membuatkan ramai gembira terutama ibunya, Salimah Talib, yang menangis kesyukuran selain memintanya untuk terus kekal istiqamah. “Ramai yang mendoakan saya sebelum ini, cuma waktu itu saya lebih selesa tidak mengulas lebih lanjut kerana masih terlalu awal. “Saya pun dalam proses belajar dan cuba kerapkan diri untuk hadiri lagi majlis agama bagi mendapatkan ilmu. “Paling sayu apabila ibu menitiskan air mata gembira melihat perubahan saya ini,” ujarnya. Sementara itu, ditanya mengenai reaksi bekas suaminya, Mohamed Nedim Nazri, Nora berkata, lelaki tersebut turut terkejut dan memuji langkah baik yang dilakukannya. “Saya memakai tudung pada hari Nedim masuk wad di sebuah hospital baru-baru ini. Sudah tentu dia pun gembira, malah turut memuji saya kelihatan cantik berhijab. “Pada masa sama, saya ada juga terfikir semua yang berlaku ini adalah dugaan untuk saya terutama ketika diuji bekas suami sedang sakit. “Jadi saya ambil hikmah ini dengan nekad untuk terus berubah iaitu kekal menutup aurat dengan sempurna,” katanya.
|
Rogue98 replied at 16-7-2024 11:10 PM
Step by step...and don't talk so much pasal imej lah...nampak gaya mcm nak promote tudung jer lebih.
MisXoXo replied at 17-7-2024 08:34 AM
Rilexlah..dh org tnya dia jwablah..nak diam dh kenapa.dia masih beradab menjawab.kang x jwb dikutuk ...
Nsymhmd replied at 16-7-2024 11:22 PM
Nak bertudung litup lepas terbiasa sexy bukan mudah, sis. Tapi iols doakan ND istiqamah tutup aurat ...
watachiwa replied at 17-7-2024 08:49 AM
sblm bertuudng pon bkn dia mmg ade bisnes brand burunghantu tu? ade jual tudung2 jugak kan?
oke je b ...
sangbara2020 replied at 17-7-2024 08:43 AM
pelan2 berubah..xdrastik sgt...nasib dia xcerita dia mimpi sbb tu dia bertudung...
Incanto replied at 17-7-2024 11:21 AM
suka tgk ND, tetap stylo wpun tutup aurat
bagus lah dia ada kawan mcm Betty, ex SIL yg bertudung
ADVERTISEMENT