Pendakwah selebriti, PU Riz atau nama lengkapnya Haris Ismail, 29, menaruh impian besar untuk anak keduanya, Abdullah Abbas. Riz berharap agar Abbas kelak bergelar hafiz al-Quran apabila dewasa nanti. Menurut Riz, Abbas adalah anugerah yang tidak ternilai buat dirinya dan isteri, Neelofa. “Sudah genap usiamu setahun, cepatnya masa berlalu. Di saat kau dilahirkan, kegembiraan abah dan umi ditambah tanpa disedari. Senyuman yang pernah adik ukirkan adalah antara hadiah dan kesyukuran kami kepada Sang Pencipta,” tulisnya. Dalam satu catatan panjang lebar sempena ulang tahun pertama putera keduanya itu, Riz meluahkan doanya agar Allah menjaga Abbas dan menjadikannya seorang hafiz Al-Quran serta faham dalam agama.
Nama Abbas dipilih sebagai penghormatan kepada salah seorang sahabat Nabi yang diredai Allah dan juga ahli keluarga baginda. Riz menyatakan bahawa dia tidak mengharapkan wang ringgit daripada anak-anaknya. Sebaliknya, dia berharap agar Abbas mampu mendoakannya apabila dia tiada nanti dan terus menjadikan agama sebagai pendamping hidup. “Abah sayang Abbas. Nanti bila awak sudah mampu membaca atau mungkin juga sudah menghafal beberapa surah dalam al-Quran, ketahuilah itu sahaja abah harapkan agar awak ingat ayat suci Allah. Wang ringgit tidak pernah sekali abah harapkan,” tulisnya dengan penuh harapan. Riz juga menulis pesanan yang cukup mendalam untuk Abbas. “Cuma kalaulah jodoh kehidupan kita tidaklah panjang seperti yang dijangka. Adik jangan lupa doakan abah dan umi ya. Sekali lagi abah coretkan jauh dari sudut hati abah. Adik akan benar-benar genggam kecelikan dalam agama dan bakal menjadi insan soleh insya-Allah,” ujarnya. Selain Abbas, PU Riz dan Neelofa yang berkahwin sejak 2021 turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki bernama Muhammad Bilal yang kini berusia dua tahun. Keluarga bahagia ini sering menjadi tumpuan media dan peminat kerana keakraban mereka dan cara Riz mendidik anak-anaknya dengan nilai-nilai agama yang kuat. Sumber : Murai.my |
codenamedream replied at 16-7-2024 11:25 PM
Gigih Murai betulkan dan adjust ejaan PU TESL copy assignment ni
Anakanda Abah, Abdullah Abbas
Sudah genaplah Usiamu Setahun..cepatnya masa Berlalu.
Diwaktu dikau Dilahirkan, kegembiraan Abah Umi ditambah tanpa disedari
Senyuman Yang pernah adik ukirkan adalah Antara
Hadiah dan kesyukuran kami pd Sang pencipta
Abah Doa agar Allah jaga adik
Jadikan Adik Hafiz Al Quran
Fakih dalam Agama selaras dengan nama Adik
Yang dipilih dari antara sahabat Nabi Yang telah diredhai dirinya Oleh Allah dan juga ahli keluarga Baginda.
Abah sayangkan Abbas
Dan nnti bila abbas sudah mampu membaca
Dan mungkin jua sudah pun menghafal Beberapa surah dalam Quran ketahuilah
Itu sahajalah yang abah harapkan
Agar abbas ingt Ayat suci Allah
Wang ringgit tidak pernah sekali abah Harapkan
Cuma kalaulah Jodoh kehidupan kita tidaklah panjang seperti yang dijangka
Adik jangan lupa doakan Abah & Umi ya
Sekali lagi abah coretkan
Jauh dari sudut Hati Abah
Adik akan benar benar genggam kecelikan Dalam agama dan bakal jadi insan yang soleh inn sha Allah
telracs: Kenapa Abbas je yang diharap b ...
slyfynx replied at 16-7-2024 03:45 PM
Sumber, IG beliau.
Pening tgk huruf besau merata2.
princessmiang replied at 17-7-2024 08:52 AM
Tertinggal pesanan tu.. abbie jangan jadi jalang tayang bebed merata2 ya
airmineral replied at 17-7-2024 09:22 AM
Tinggi harapan ibu bapa
Tapi kemenjadian anak2 ni bermula dari ibu bapa..
telracs replied at 17-7-2024 01:16 AM
Kenapa Abbas je yang diharap bergelar tahfiz?
Kenapa Bilal tidak? Atau dia pernah berharap juga... k ...
ADVERTISEMENT