CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keputusan ujian COVID-19 tak perlu lagi dimuat naik ke MySejahtera

16-7-2024 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25509| Komen: 7


KUALA LUMPUR: Keputusan ujian COVID-19 kini tidak perlu lagi dimuat naik ke aplikasi MySejahtera, sebaliknya hanya akan dilaporkan pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

eNotifikasi adalah sistem yang diguna pakai KKM dan semua fasiliti kesihatan untuk memantau serta memaklumkan kes penyakit berjangkit di dalam negara.

KKM dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan perkara itu berkuat kuasa semalam.

Menurut KKM, ujian pengesahan bagi COVID-19 juga hanya akan dilakukan melalui kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) profesional yang diselia atau dilakukan petugas kesihatan serta ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).

"Ujian dilakukan bagi tujuan rawatan dan bukan untuk saringan," menurut KKM.

Garis Panduan Pengurusan COVID-19 terkini boleh diakses di laman sesawang https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm.


Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 berikutan negara telah beralih ke fasa hidup bersama pandemik itu.

- BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 17-7-2024 10:37 AM
hahaha. rapid test kit yg ada sekarang tidak dapat kesan varian virus covid yg baru...-ve memanjang tau tau kobit
Quote antidote 17-7-2024 10:40 AM
Mysejahtera pun mak dah delete
Quote bottombikini 17-7-2024 10:56 AM
aiyo..aku pun dah lupo ada apps nih
sejak tuko tepon, takdo install apps nih lagi
Quote nisako 17-7-2024 11:45 AM
dh lama x guna apps ni pun....
Quote vanilacup 17-7-2024 12:18 PM
Dulu siapa yg kerap buat test yg jolok tekak dan hidung tu? Sgt tidak ok ya sebab akan ada kesan sampingan pd kesihatan.....
Antaranya boleh menyebabkan kanser....
Quote koko2 17-7-2024 01:07 PM
huhuhu..... patut tulis apa ya kt thred ni?
Quote Freezies 17-7-2024 01:12 PM
MySejahtera?who?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053348 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top