CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Sebenarnya Saya Sepatutnya Pergi Bertugas MH370” – Kisah Dikongsi Bekas Pramugara Ini Buat Ramai ‘Meremang’

16-7-2024 11:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28325| Komen: 59



Bekas pramugara Malaysia Airlines (MAS) Safuan Bachtiar mendedahkan dia sepatutnya berada di dalam penerbangan MH370, yang dilaporkan hilang 10 tahun lalu.

Kongsi Safuan dalam satu podcast, dia telah mendapat panggilan daripada pihak atasan yang memberinya pilihan dua penerbangan berbeza iaitu Auckland di New Zealand atau Beijing, China.

"Sepatutnya saya yang pergi bersama MH370 dan sampai sekarang, kalau saya cerita benda ini, saya masih meremang."

Safuan ketika itu memilih untuk bertugas dalam penerbangan ke Auckland kerana boleh berada di bandar itu selama 3 hari dan elaun diberikan juga lebih banyak berbanding ke Beijing.


"Sudah tentu saya pilih nak terbang dan bertugas ke Auckland sebab akan adanya elaun untuk ‘night stay’."

Cerita Safuan lagi, sebelum menaiki pesawat sudah menjadi rutin kru kabin untuk berkumpul di ‘briefing room’ dan ketika itu dia sempat bersalaman dengan kru kabin yang lain termasuklah mereka yang bertugas untuk MH370.


Namun setibanya dia di Auckland, dia dihubungi oleh ‘supervisor’ dari bilik hotel yang meminta semua kru kabin penerbangan ke bandar itu berkumpul di biliknya.

"Bila masuk saja dalam bilik dia kata ada benda nak bagitahu kami sambil buka berita dari CNN. Kru penerbangan lain sangat terkejut tapi saya lagi terkejut dan jantung saya macam nak jatuh dah masa itu. Saya terdiam sebab saya yang sepatutnya berada dalam ‘flight’ itu."

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 16-7-2024 11:49 PM
Edited by edayildiz at 16-7-2024 11:53 PM

ting ting berdenting ..
mcm pilot yg mh17 tu ptt pergi mh370 kan..tp dia tir last min..dia ke pilot lain nth
Quote lanacondor 17-7-2024 12:17 AM
Dah mcm final destination ye.. seram.. Salam takziah buat keluarga mangsa
Quote Zeatyisaac 17-7-2024 09:11 AM
Macamana dia boleh kata dia 'sepatutnya' pergi, sedangkan dia diberi pilihan. Yang 'sepatutnya' itu, bila dia sepatutnya pergi, tapi kawan minta tukar flight, atau dia sepatutnya pergi, tetiba ada emergency kat rumah, atau dia sepatutnya pergi tapi tetiba pengsan kat hospital. Itu yang dikatakan 'sepatutnya'. Kalau diberi pilihan dan nama takde dalam boarding list, itu bukanlah 'sepatutnya'.
Quote jejaka_hensem 17-7-2024 09:29 AM
Kann.iols pun terfikir mcm tu time dengar mula2 tu.
Kalau dia memang kena bawak mh370 tu,lepas tu kena tukar last minit ke flight lain baru boleh guna perkataan sepatutnya tu.apoo,
Mcm saje nak memcapub je,tetibe keluar pasal ni
Quote babyLON. 17-7-2024 09:43 AM
Zeatyisaac replied at 17-7-2024 09:11 AM
Macamana dia boleh kata dia 'sepatutnya' pergi, sedangkan dia diberi pilihan. Yang 'sepatutnya' itu, ...

saja nak buat gempak.
Quote esbok 17-7-2024 09:44 AM
Zeatyisaac replied at 17-7-2024 09:11 AM
Macamana dia boleh kata dia 'sepatutnya' pergi, sedangkan dia diberi pilihan. Yang 'sepatutnya' itu, ...

Dia patut guna perkataan saya hampir naik penerbangan tu.

Cerita dia daku dapat feel. Mesti jiwa kosong sepanjang di auckland memikirkan segala seribu kemungkinan kalau dia tak pilih auckland.



Cuma respon host tak berapa menarik, respon tanpa jiwa. Boleh berlatih lagi.


Quote naina 17-7-2024 09:44 AM
Ko bukan sepatutnya ada dalam flight tu. Tapi ko memang diberi pilihan pun. Takyah r menunggang. Bukan ko urgent last minit kena tukar. Tapi pilihan yang lain lebih baik. Semua orang akan fikir camtu.
Quote kucingitam 17-7-2024 09:48 AM
ah tu la..lain lah mmg dah dipilih ke beijing tapi lepas tu drg bagi pilihan untuk tukar..blh la guna 'sepatut'nya.
Quote chikumanis 17-7-2024 09:54 AM
habis tu? apa yg seramnya hanattttt?????? lainlah kalau kau dah fly sekali, tapi terselamat! ni namanya menangguk di air yg penuh jentik jentik!!
Quote ifanonline 17-7-2024 09:56 AM
kehidupan kita ni memang banyak "..what if?"
Quote supernaturalee 17-7-2024 10:20 AM
brutalnya rupa
sekali buka mulut ................
Quote Simunggu 17-7-2024 10:21 AM
putih rambutnya memikir...
Quote Cyempaka 17-7-2024 10:21 AM
Mencapup ke tuwwww
Quote otai_g 17-7-2024 10:22 AM
chikumanis replied at 17-7-2024 09:54 AM
habis tu? apa yg seramnya hanattttt?????? lainlah kalau kau dah fly sekali, tapi terselamat! ni nama ...

Setuju. Aku pun blh ckp. Patutnya mlm tu aku naik kapal tu tp sbb gaji x masuk lg x jd aku nak beli ticket
Quote babyLON. 17-7-2024 10:32 AM
supernaturalee replied at 17-7-2024 10:20 AM
brutalnya rupa
sekali buka mulut ................

tak padan kan. lawak sungguh
Quote antidote 17-7-2024 10:37 AM
Suara dia mcm tak match dengan style rambut, dgn color rambut tu, muka mcm bengis, tapi bila dengar suara kau mcm tak match. Mak igt kan alih suara rupanya tidak lol
Quote shida81 17-7-2024 10:46 AM
Dia ni fail BM ke.. Dia paham ke maksud sepatutnya apa....
Quote chikumanis 17-7-2024 11:01 AM
otai_g replied at 17-7-2024 10:22 AM
Setuju. Aku pun blh ckp. Patutnya mlm tu aku naik kapal tu tp sbb gaji x masuk lg x jd aku nak bel ...

ataupun, dah beratur nak beli tiket, tapi tak jadi beli sebab rasa seram tetiba nak fly ke beijing. terus sy pilih flight ke auckland!!
haaaaaaaaa....me takleh brain la orang yg macam ni termasuk yg interviewer ni

Quote chikumanis 17-7-2024 11:02 AM
supernaturalee replied at 17-7-2024 10:20 AM
brutalnya rupa
sekali buka mulut ................

tu zaman sekarang, mana tahu 10t yg leps, dia jambu ke kan

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.174501 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top