CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kebetulan Hari Itu Cuaca Panas. Kami Bukalah Baju' - Peniaga Durian Mohon Maaf Tak Sengaja Upload Konten Berniaga Tanpa Pakai Baju

17-7-2024 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15514| Komen: 26


Peniaga durian yang tular kerana video menjual durian sambil tak pakai baju akui kekhilafan dan meminta maaf.

Sebelum ini tular satu video di platform TikTok di mana peniaga durian terdiri daripada beberapa orang lelaki berbadan sado telah menayangkan otot mereka kepada umum.

Video tersebut menarik perhatian ramai. Dan mereka mendedahkan bahawa, kesan daripada viral itu, ketika ini mereka mampu menjual 1.5 tan durian dalam masa sehari.

Membolehkan mereka meraih pendapatan sekitar RM10,000 sehingga RM15,00 sehari.

Namun begitu ramai yang mengkritik cara publisiti tersebut yang dianggap tidak senonoh kerana tampil tidak berbaju di khalayak ramai semata mata meraih viral.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila ianya dianggap memberikan pengaruh yang agak negatif kepada masyarakat.


Ramai yang mengkritik ianya sebagai publisiti murahan dengan cara murahan.


Bercakap kepada Astro Gempak, salah seorang peniaga yang terlibat iaitu Irfan  mengakui mereka menerima banyak kritikan kerana tindakan mereka.

Dan akhirnya mereka meminta maaf di atas apa yang berlaku.

Dia menasihati agar orang ramai menjadikan kesilapan mereka sebagai teladan dan tidak mengikut apa yang salah.

Irfan menyatakan mereka tidak sengaja merakam video tanpa memakai baju itu kerana ianya spontan. Ketika itu mereka bekerja seperti biasa. Tetapi hari itu akibat cuaca panas maka mereka membuka baju mereka.

“Kami tak sangka konten menjadi viral. Kami tidak pernah menyokong konten yang negatif atau tak baik. Dan apa yang berlaku adalah tidak sengaja,” tegas Irfan.


“Kami berniaga dengan memakai baju seperti biasa. Cuma waktu itu sahaja hari cuaca panas dan kebetulan kami pun buka baju,” tambah dia lagi.

“Kami cuma boleh memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa. Kami sebenarnya mahu memuat naik ia sebagai konten bagi tujuan hiburan semata mata,” tuntasnya lagi.

Menurut Irfan mereka sebelum ini tidak pernah merancang untuk membuat konten dengan tidak berbaju dan mereka benar benar kesal atas apa yang berlaku.

Sumber : Thevocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 17-7-2024 10:53 AM
durian togel
Quote lolipopmanish 17-7-2024 10:59 AM
Sampah
Quote renko 17-7-2024 11:08 AM
lancauuu laa
Quote BungaSuri 17-7-2024 11:10 AM
kemainn
Quote noell 17-7-2024 11:11 AM
bakpe geng gayah bottem dh serbu ka camna??
Quote cikatilia 17-7-2024 11:11 AM
GELI SIAK
badan lawa pon geli
ni dah la gendut geleber / kering kerak
Quote AbukRokok 17-7-2024 11:44 AM
Klu mcm ni xpe... Siap buat gelak lagi acik
Quote P.E.K.K.A 17-7-2024 12:00 PM
Ye lah tu
Quote Cyempaka 17-7-2024 12:02 PM
tak sengaja konon...
iye la tu
ke gigih mintak maaf sebab kena kutuk? siap ada ustaz tegur.
betina2 gatal bodo2 kelas bawahan je yg seronok tgk pun. org cerdik tak lalu tgk jual makanan xpakai baju
Quote nolya 17-7-2024 12:11 PM
Alasan........ nak tayang body dan otot sebenarnya walhal cara begitu tidak sopan.  Panas? kenapa tak pakai singlet jaring2?
Quote ibu_haritz 17-7-2024 12:15 PM
Bukan lah nak bekap cina..tu kt Melaka, Durian Heng..bdk muda tu elok je berniaga durian..Dengan berseluar panjang, pakai baju..xde pun merungut ckp panas..
kalau tak ade orang kecam, korang tak kisah kan tak pakai baju...
Quote Mary_jane 17-7-2024 12:28 PM
Kool fm pun gigih lah but konten backup mamat2 ni. Boo.
Quote esbok 17-7-2024 12:49 PM
Aurat lelaki ni memang la pusat ke lutut, tapi ada hukum juga engkome kalau tak berbaju ni. Kalau ada nenek ter turn on situ, dah haram di mata nenek tu. Nak membeli pun tak senang.
Quote KamikuP 17-7-2024 02:00 PM
Ada sorang mamat tu bukan sado tapi gemuk air.. ekekeke
Moga puting tersagat duri deroyan

Lagi tak bole belah Haiza dag dig dug pegi gerai ni cuolss buat ulasan. apoooo
Quote matseh 17-7-2024 02:20 PM
Sama la mcm geng2 kovoi pi gerai makan kat highway nk tgk perempuan indon pakai ketat.
Yg jual, yg membeli sama saja.
Quote AnBulisia 17-7-2024 02:35 PM
denda sahaja mereka
kerana telah menyebabkan ketidaktenteraman awam
malangnya.. dendanya nanti hanya lah RM 100
walau ada nyawa yang melayang...
Quote yum3 17-7-2024 03:09 PM
memang idok ler  aku tak gi le kalau ada jejantaz x pakai baju cengitu. dgn vulu2 tiak nya. dgn peluh2 menitik. Idok ler .

Kot tgh2 kopek durian , tup2  peluh2 dr  tiyak merecik masuk dlm bekas duyan . Uweekkkk
Quote afie_m 17-7-2024 03:15 PM
wei, memang idak lah nak beli atau singgah kedai yg mcm ni...geli wei..bukan semua suka suka ok..
Quote I.K.A888990 17-7-2024 04:13 PM
durian tu lagi hensem dari hang bang oiiiii
siapa je la yg membeli & ada yg siap rakam ewwwww

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.079355 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top