Selipar Jepun sangat sinonim dengan rakyat Malaysia kerana sudah dipakai sejak sekian lama. Malah, selipar ini menjadi pilihan ramai kerana mudah dipakai, tahan lasak dan murah. Lebih menggamit memori, apabila selipar ini dianggap terlalu ‘Overpowered’ sehinggakan terpaksa dihalang daripada digunakan di dalam permainan tuju selipar sewaktu kita kecil dulu. Namun berbeza buat negara di Timur Tengah iaitu Arab Saudi apabila meletakkan selipar Jepun ini sebagai satu fesyen pula dan djual pada tanda harga yang cukup mahal. Di dalam video yang tular di media sosial, seorang individu yang dipercayai jurujual sedang mempromosi sandal berupa selipar Jepun kepada pelanggan.
Selipar jepun itu turut didatangkan dengan padanan tali getah dan tapak berbagai warna termasuklah warna ikonik berwarna biru. Jurujual juga dilihat mempamerkan tahap fleksibiliti dan ketahanan selipar itu walaupun sudah dilipat dengan kuat. Difahamkan selipar ini sedang menjadi trend di negara itu dan sedia dijual pada harga setinggi RM5,610. Dengan tanda harga sebegitu mahal, ia menjadikan sesiapa yang memilikinya sudah pasti datang dari golongan bangsawan ataupun T20 di negara itu. Tidak seperti di Malaysia, selipar ini boleh didapatkan pada harga murah dan disedekahkan sahaja untuk kegunaan masjid kebiasaannya. Menjengah ke ruangan komentar, netizen meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan selipar jepun yang menjadi trend di Arab Saudi malahan dijual pada harga yang cukup mahal. Ramai berseloroh mahu menjadi supplier kepada negara itu selepas mengetahui ada permintaan dengan harga yang tidak masuk akal. Sumber ; The Vocket |
ADVERTISEMENT