CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Kerajaan Sedang Teliti Semula Perjanjian Air Kepada Singapura’ – TPM

17-7-2024 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22417| Komen: 4



Kerajaaan kini sedang melihat semula perjanjian segala perjanjian berkaitan isu penjualan air mentah kepada Singapura pada kadar 3 sen (SGD0.01) bagi setiap 1,000 gelen sejak tahun 1962, kata Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.

Menurut laporan Berita Harian, beliau berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

“Kena tanya balik Tun Mahathir, masa dia jadi perdana menteri dulu perkara itu masih berlaku. Sama ada kita beri subsidi atau tidak, kita sedang melihat balik semua perjanjian yang ada,” katanya selepas merasmikan Water Malaysia Specialised Conference and Exhibition 2024, semalam.


Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, Jumaat lepas bahawa Malaysia memberi ‘subsidi’ kepada Singapura sejak 61 tahun lalu dengan menjual air mentah sebanyak 250 juta gelen sehari dengan kadar hanya 3 sen (SGD 0.01) sahaja bagi setiap 1,000 gelen sejak tahun 1962.

Perjanjian Air Sungai Johor pada 1962 yang akan berakhir pada 2061, memberikan Singapura 250 juta gelen air mentah sehari pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen dan Malaysia membeli semula air yang dirawat pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen.

Sumber : The Vocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tom2 17-7-2024 12:14 PM
jual dekat orang luar lagi murah dari jual ke orang sendiri. macam something wrong somewhere. kena check sprm siapa yang buat rundingan time tu..
Quote shamsadis 17-7-2024 12:47 PM
tak tahu lah macam mana orang dulu buat perjanjian, adakah mendapat balasan sesuatu dari negara asing itu? yang sengsara, generasi akan datang, yang buat masalah generasi dulu, ada yang dah mati, tapi yang tukang bayar subsidi generasi sekarang....
Quote Zazama 17-7-2024 01:23 PM
3sen sejak 1962. Apa ada hal kalau naik sedikit pun.
Quote MissYouSayang 17-7-2024 01:51 PM
Sebab tun m suruh buat jambatan bengkok ,paklah x nk buat...kalau tak sabsidi ni dah blh setel lama dah..harei betul piyem2 slps legasi tun m ni ..suke buat taekk

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.026407 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top