CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mural Tengah KL Dipadam Tanpa Penjelasan, Pelukis Jalanan Terkenal Akui Kecewa

17-7-2024 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23757| Komen: 22



Julia Volchkova, seorang pelukis jalanan terkenal dengan nama Instagram @volchkovaart_, meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila lukisan mural miliknya di salah sebuah dinding di tengah ibu kota Kuala Lumpur (KL) dihapuskan.

Tanpa sebarang pemberitahuan atau penjelasan, tindakan ini telah menyebabkan Julia merasa terkejut dan kecewa.

Di dalam sebuah klip video, Julia menjelaskan bahawa bagi seorang artis karya seni adalah amat penting bagi mereka.

Bagi beliau, seni yang dihasilkan bukan hanyalah sekadar lukisan, tetapi umpama anak mereka sendiri.

Beliau telah melaburkan masa, pengetahuan, dan kesihatan untuk menyiapkan mural tersebut, terutama di dalam keadaan yang mencabar.

“Saya menghabiskan masa, pengetahuan, dan kesihatan saya untuk mural ini,” kata Julia.


Beliau juga berkongsi bahawa sejak mula bekerja pada projek-projek besar yang memerlukan tenaga fizikal yang lebih, beliau telah menghadapi masalah kesihatan.


Julia juga menekankan bahawa mural tersebut bukan sekadar karya seni, tetapi juga mewakili kehadiran budaya Malaysia di peringkat global.

“Sangat pelik mereka hapuskan mural ini kerana ia mewakili budaya Malaysia di peringkat global, bukan sekadar di peringkat tempatan,” tambahnya.

Walaupun begitu, Julia mengakui bahawa penghapusan karya seni adalah sesuatu yang biasa dihadapi oleh seniman jalanan.

Mengimbas kembali zaman awal beliau melukis di jalan-jalan dua dekad lalu, beliau sering melihat karya-karyanya dipadam.

“Saya faham jika karya seni jalanan saya dua dekad lalu dihapuskan kerana kualitinya mungkin tidak begitu baik, tetapi mural yang terbaru ini adalah karya yang disukai oleh seluruh Malaysia,” katanya.

Mural tersebut ditempatkan di lokasi yang menjadi mercu tanda penting dan tarikan pelancong di Kuala Lumpur.

Ramai pengunjung datang untuk melihat dan mengambil gambar di hadapan mural tersebut.

Tindakan memadam mural miliknya yang terletak di sekitar KL ini bukan sahaja memberi kesan kepada Julia, tetapi juga kepada para pelancong dan penduduk tempatan yang menghargai karya seni beliau.

Walaupun kecewa, ramai netizen yang menunjukkan sokongan kepada beliau, menyatakan kekecewaan mereka terhadap tindakan pihak berkuasa.

Sumber : The Vocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 17-7-2024 01:42 PM
daku ada snap juga mural dia dekat penang sana. sapa la atuk model dia ni.
Quote Tinot7 17-7-2024 01:46 PM
Saya faham jika karya seni jalanan saya dua dekad lalu dihapuskan kerana kualitinya mungkin tidak begitu baik, tetapi mural yang terbaru ini adalah karya yang disukai oleh seluruh Malaysia,” katanya

Dia tanya sapa? Lukis kat bangunan milik sapa?
Quote s@s@ 17-7-2024 01:59 PM
masa lukis ada tanya ka?
Quote kucingitam 17-7-2024 03:40 PM
dia melukis mural free je ke? costly juga nak melukis mural ni..sewa kren, cat, masa tenaga..
Quote ezacbee 17-7-2024 03:42 PM
Sila lukis tempat lain.

Owner bangunan tu x suka ko

Quote sharlenetexas 17-7-2024 03:42 PM
Sheols mintak kebenaran ke utk lukis mural?


Quote alepmama 17-7-2024 03:46 PM
mural gamba apa sebelum ni
Quote AnBulisia 17-7-2024 03:49 PM
minta izin tak?
kalau tak minta izin
sila lah berambus
Quote makihamis 17-7-2024 04:47 PM
"tetapi mural yang terbaru ini adalah karya yang disukai oleh seluruh Malaysia,”
Siapakah yang suka tu? mohon pencerahan
Quote justchu 17-7-2024 04:51 PM
dia melukis tu orang suruh ke?
Quote B40tastePosh 17-7-2024 04:59 PM
Lukis atas canvas je lah...nak lukis 1 dinding kau pergi la sekolah sekolah, kat sekolah meols dulu banyak mural.
Quote IzzahF 17-7-2024 05:03 PM
B40tastePosh replied at 17-7-2024 04:59 PM
Lukis atas canvas je lah...nak lukis 1 dinding kau pergi la sekolah sekolah, kat sekolah meols dulu  ...

dia lukis tanpa approval owner building atau majlis ke? lah nasib baik tak kena saman dah baik
Quote B40tastePosh 17-7-2024 05:05 PM
Edited by B40tastePosh at 17-7-2024 05:06 PM
IzzahF replied at 17-7-2024 05:03 PM
dia lukis tanpa approval owner building atau majlis ke? lah nasib baik tak kena saman dah baik


Mungkin dah tamat kontrak kot.

Kalau meols meols charge je kalau nak melukis kat dinding meols.
Quote PinkyPie 17-7-2024 05:09 PM
Mungkin nak diganti dgn wajah pemimpin Malaya
Quote IzzahF 17-7-2024 05:13 PM
B40tastePosh replied at 17-7-2024 05:05 PM
Mungkin dah tamat kontrak kot.

Kalau meols meols charge je kalau nak melukis kat dinding meols.{: ...

ye kan, suka hati sheols jah
Quote bottombikini 17-7-2024 05:14 PM
kalau tuanpunya dinding tak setuju
takkan masa melukis tu takde sape yg nampak
ke dia lukis pakai spray cat yg bole siap dlm masa 1 malam
Quote Sazreena 17-7-2024 05:59 PM
Bukan dinding ko jgn byk ceta. Tu nasib la owner tak charge ko..
Quote naina 17-7-2024 08:05 PM
Lahhh dia orang Rusia. Baru tengok IG dia. Dah kenapa sibuk2 lukis dinding negara orang. Lepastu sentap umpama takleh kena padam. Banyak kali kot mural tu bertukar2 takda pun kisah sentap2. Puas hati aku komen2 mencerca minah omputih ni feeling entitled.
Quote terma2nkondisi2 17-7-2024 08:11 PM
apa yg dia lukis?.. kenapa dipadam?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.178049 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top