CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parkir Kereta Tepi Jalan, Netizen Puas Hati Tesla Kena Conteng

17-7-2024 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24278| Komen: 24


Sebuah Tesla dirakam mempunyai conteng teguran daripada individu yang tidak puas hati dengan tempat kereta itu diletakkan.

Menerusi hantaran asal Facebook Mont Kiara Community, kereta tersebut ditemui bertentangan dengan Qra @ Arcoris di Mont Kiara.

Dua gambar yang dikongsikan itu menunjukkan kereta elektrik berwarna putih tersebut mempunyai contengan — ‘Park Properly Lah’ (letak kereta betul-betullah).

Vandalisme itu dipercayai terjadi selepas kereta Tesla itu diletakkan di atas laluan pejalan kaki.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi ahli Facebook Group berkenaan.


Ramai yang menyokong tindakan individu itu kerana ia umpama satu pengajaran buat pemandu Tesla untuk tidak diletakkan merata-rata tempat.

Pada masa sama, ada yang mengganggap tindakan itu melampui batas. Di mana hanya pihak berkuasa sahaja yang layak untuk mengambil tindakan atas kesalahan tersebut.


“Kepada mereka yang berpendapat ini baik atau kepada individu yang melakukan ini (content kereta), saya sangat berharap anda adalah warganegara yang mematuhi undang-undang pada setiap masa, jika tidak perkara seperti itu akan berlaku kepada anda dan anda tidak boleh menangis tentangnya ya,” ujar salah seorang warganet.

SUMBER : FB Mont Kiara Community/The Vocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 17-7-2024 11:55 AM
ala, dia g wax polish, settle dah tu. hope x sampai kena toreh tayar tu. menyakitkan hati sgguh gak spesis ni.
Quote esbok 17-7-2024 12:16 PM
Perbuatan parking tempat mengarut ni, dari kancil nak roboh ke mpv kotak memang buat. Daku pun nyampah.
Kereta mahal ni memang tak semestinya orang nya bijak.

Tapi perbuatan conteng2 ni, low class lah. Daku bet, kalau tukang conteng punya kereta kene conteng macam ni bila dia parking kat tempat haram untuk 5 saat, rasanya dia paling terpelanting sekali ngamuk.

Pernah tengok SUV mahai parking kat selekoh, perbuatan dia memang buduh. Apa yang jadi, bila lori lalu, lori tu bedal je lalu sampai koyak lah dua pintu kereta SUV tu. Pengajaran termahal lah untuk tuan kereta tu.

Moralnya, jangan parking kuban kuban boleh tak
Quote hokeypokey 17-7-2024 01:25 PM
conteng2 manja jer tu..
Quote nisako 17-7-2024 02:01 PM
hahaa padan le sape suruh parking ikut suka
Quote missnina 17-7-2024 02:14 PM
Macam2 peel ya manusia
Parking merata
Conteng notis lepas geram

Sabo ajela
Quote syamzana 17-7-2024 02:19 PM
dua2 peel wajar dikecam.
parking kete merata-riti ikut dan mmg super lahanat, conteng2 kete org pun hazabedah punya peel.
both patut dipertemukan semoga bermaafan sesama mereka
Quote Skuau 17-7-2024 02:33 PM
Sapa jer la yg BERDOA SEMOGA PEMANDU TESLA DAN MEREKA YG SEPERANGAI DENGANNYA INSAF DAN TIDAK MENGULANGI PERBUATAN  MEREKA YG TAK BAIK ITU???????
Quote Skuau 17-7-2024 02:35 PM
syamzana replied at 17-7-2024 02:19 PM
dua2 peel wajar dikecam.
parking kete merata-riti ikut dan mmg super lahanat, conteng2 kete org pun  ...

tak..rakyat Msi seluruhnya kena doakan semoga kedua duanya insaf dan tidak mengulangi perbuatan mereka lagi.Semudah itu jer(mereka pung insaf).
Quote sayurmayur88 17-7-2024 03:57 PM
marker pen jer, boleh hilangkan pakai wet tisue..
Quote Kitty_catz 17-7-2024 04:08 PM
tesla je yg viral

kut viva ke bezza ke sure tak viral sbb takde orang dengki? kan kan kan?

motip??
Quote Tiggybiru 17-7-2024 04:10 PM
Edited by Tiggybiru at 17-7-2024 04:13 PM

Hahah…apa nii
Takkan taktau kereta tesla ada built in dashcam
Sentry Mode
Ka saja buat content
Haih zaman skrg ni mcm2 la hampa ni
Quote Sazreena 17-7-2024 05:57 PM
Tu pun kira nasib tak kena pakej gores dan pancit.
Quote Nizleen86 17-7-2024 07:49 PM
Tempat pejalan kaki kat Msia ni pun memang hampeh. Jalan2 depan sikit ada tiang lampu. Jalan depan lagi ada akar pokok sampai terkeluar. Alang2 dah tak berguna tempat pejalan kaki tu dia park je la. Kalau tak keta dia menyemak pun sama je. Ada je halangan.
Quote cmf_jeangrey 17-7-2024 08:27 PM
Kalau kancil yg park situ xde sape hingin nak conteng khenn..padahal berlambak kereta parking merata2..tak termasuk restoren letak meja kerusi atas car park yg menyebabkan kereta2 ni tak boleh nak park properly..tenang pulak kau mencekik atas car park tu kan tanpa hirau pengguna lain yg x boleh park kereta diorg

Ni sebab Tesla kan..selain dr sakit hati park atas pedestrian walk, sakit hati lagi tgk org tu mampoo drive Tesla

Quote mayakaren 17-7-2024 08:56 PM
Abislah sapa yang conteng tu kantoi. Tesla ni ada sentry mode
Quote kakikuDibibirmu 17-7-2024 09:14 PM
Kan menteri dah kata, EV boleh parking di mana-mana hatta di bumbung masjid sekalipun sebab parking EV free
Quote ninja boy 17-7-2024 09:35 PM
Ai parking mall yg ada free parking jah,
Quote Nenasketum 18-7-2024 09:58 PM
Semenjak PH jadi gomen hamlau, area KLCC tiap hari boleh nampak lunch time, keta parking atas line kuning depan KLCC sampai ke Convention Center. Suma dari Penang, Johor (Sinjaporean) masuk KL samada nak niaga orang (read : scam)
Quote tupaiterbang 19-7-2024 07:12 PM

Bikin malu warga Mont Kiara macam iols

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.054407 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top