CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kisah Benar Keharmonian Kaum Yang Menyentuh Hati

21-12-2015 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8105| Komen: 20



Oleh : TS LOO


Kebanyakan ahli politik berulang kali mempermainkan sentimen perkauman dan mengapi-apikan emosi masyarakat negara ini, keadaan sedemikian amat membimbangkan. 


Oleh sebab itu terdapat seorang netizen bertindak berkongsi pengalaman yang pernah dialami dirinya, dengan harapan dapat mewujudkan suasana muhibah dan membina satu jalinan hubungan akrab antara kaum. 

Baru-baru ini, catatan yang dimuat naik oleh seorang netizen bernama Wayne Phang disebar secara meluas di sosial media, menimbulkan perbincangan hangat di media sosial dan rata-rata netizen rasa terharu dengan perbuatan Wayne Phang. 




Al-kisahnya adalah pada suatu hari, ketika Wayne Phang balik lewat malam pada kira-kira 4 pagi, terserempak seorang wanita Melayu mendukung anaknya sambil berjalan di tepi jalan, dan di depan kawasan yang tidak jauh dari situ kelihatan pula suaminya sedang menolak motorsikal.


Ketika itu, dalam hati Wayne Phang memikirkan keadaan yang dihadapi oleh wanita Melayu itu dan suaminya mungkin adalah kerana kehabisan minyak motorsikal. 


Oleh kerana tidak jauh dari situ terdapat stesen minyak Shell, jadi saya pun tanya wanita Melayu tersebut nak pergi mana, nak ke tumpang kereta? 


Namun, wanita Melayu tersebut menjawab : "Tak apa, suami saya ada di depan." 


Menurut Wayne Phang, ketka itu kelihatan wanita tersebut berwajah penat sambil kena mendukung anaknya yang sedang tidur nyenyak, jadi Wayne pun segera pergi ke depan untuk besapa dengan suaminya.


"Bang, motorsikal kehabisan minyak ke? Di depan terdapat stesen minyak Shell, isteri bang kelihatan agak penat, amat kesian, apa kata saya bawa mereka dengan kereta saya ke stesen minyak itu, biarlah mereka tunggu bang di sana. Lepas itu, saya bantu beli petrol, bang hanya perlu tunggu saya di sini sahaja."


" Minyak masih ada sikit lagi, cukup untuk balik ke rumah, tapi tayar motorsikal bocor angin."


Menurut Wayne Phang, pada masa itu dalam hatinya terfikir, teruklah kali ini,  sekarang dah lewat malam, mana ada bengkel motosikal masih buka? Namun demikian, lelaki Melayu itu beritahu : " tak mengapa, kami jalan perlahan-lahan akan sampai ke rumah." 


Justeru, Wayne pun mencadangkan kepada lelaki Melayu itu  supaya motorsikal itu ditolak sehingga ke Stesen Minyak dulu dan dia pula membawa anak bininya dengan kereta ke stesen minyak. Kemudian berbincang dengan pemilik stesen minyak itu untuk membenarkan motorsikal mereka disimpan semalam di stesen minyak. 


"Pada keesokan hari, abang barulah datang sekali dengan pembaiki motorsikal untuk mengambil motorsikal, biarkan sekarang saya bawa abang dan anak bini balik ke rumah dulu."


Tetapi, lelaki Melayu itu pula beritahu Wayne dengan perasaan segan : " Kereta encik adalah kereta mewah BMW, kami orang miskin yang hanya mengutip kotak lama."


Namun, Wayne tetap secara ikhlas menasihat lelaki tersebut : " bang, tengoklah isteri dan anak abang dah penat, ikut sajalah apa yang saya cadangkan itu."


Menurut Wayne, ketika dalam perjalanan bawa mereka sekeluarga balik ke rumah, barulah sedar jika mereka berjalan dari Persiaran Raja MUda di daerah Klang balik ke rumah yang terletak di Pulau Indah, pastinya berjalan sampai matahari sudah terbit baru boleh sampai ke rumah mereka.


Semasa perjalanan, kami melalui sebuah restoran ayam goreng KFC, anak kepada kedua suami isteri tersebut tiba-tiba menjerit : "saya nak KFC!"  Ibunya segera menutup mulut anaknya dengan tangan.

"You orang sudah makan ke belum?"

"Encik, tak mengapa, kami tidak lapar."


Wayne Phang rasa tersentuh hati, terus membuat pusing U patah balik ke restoran KFC untuk beli makanan sambil bawa sekali budak tersebut.

"Adik, nak makan apa?"

"Abang saya suka makan ayam goreng"


Menurut Wayne lagi, barulah dia ketahui budak itu masih ada seorang abang berada di rumah yang masih belum makan lagi juga.  "Jadi, saya pun beli satu barrel ayam goreng termasuk crispier fries, butterscotch bun dan minuman soda."


" Apabila tiba di rumahnya, saya hulurkan RM300 kepada lelaki Melayu itu untuk dia menukar tayar motorsikal dan mengisi petrol."


"Saya turut memberi alamat rumah saya kepadanya dan beritahu bahawa mereka boleh datang ke kedai saya untuk mengutip kotak lama. Saya yakin loggokan kotak lama yang berada di kedai saya itu sekiranya dijual oleh mereka, pastinya mereka mampu memperolehi keuntungan sekurang-kurangnya RM1500, semoga dengan jumlah wang tersebut sedikit-sebanyak boleh membantu saraan hidup seisi keluarga mereka."


Wayne Phang akhirnya mengatakan : " Sebenarnya, oang Cina di negara ini tidak sama sekali rasa benci terhadap orang Melayu, saya suka berkawan dengan orang Melayu kerana kebanyakan mereka baik hati dan ikhlas. 


Tambah Wayne, saya mempunyai ramai kawan Melayu, tetapi amat dikesali kita semua sering dipergunakan oleh para ahli politik yang berkepentingan diri sehinggakan wujudnya sentimen permusuhan dan prasangka antara kaum. 


" Berbuat baik biarlah bermula dari diri kita sendiri, semagat perpaduan antara kaum perlu disemai pada jiwa setiap rakyat Malaysia, diharapkan keharmonian kaum dapat dipertahankan demi negara kita yang tercinta."- CARI Infonet






9

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
13

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 21-12-2015 12:44 PM
bangkem paling benci bila orang cerita kebaikan yang dia sendiri buat kat fesbuk...

baru buat benda baik sikit dah kecoh kat fesbuk...

nampak sangat sebelum ni tak pernah buat benda baik
Quote shamsadis 21-12-2015 12:48 PM
bila ada kes gaduh Melayu Cina je keluar la kisah2 menhayat ati nih
Quote Munah_Sparta 21-12-2015 01:02 PM
pura2 baik konon..
Quote Munah_Sparta 21-12-2015 01:04 PM
sikit pon ta tersentuh..puii ! drama jah lebih
Quote _______ 21-12-2015 01:22 PM
Layan je lah
Quote bunga_lestari 21-12-2015 01:27 PM
mungkin ada yang mcmni tp sangat rare.. huhuhu...
Quote Skuau 21-12-2015 01:41 PM
1.Minta keluarga berkenaan mengesahkn citer ni.2.klo benar brapa ramai org cmni wujud lg terutama kt LK.
Quote giyomi 21-12-2015 01:43 PM
lbh kepada show off. pki kete bmw bg duit beli tu ni, kl btul2 ikhlas takpyh bgtau semua secara terperinci. very fishy disebalik kfc.
Quote Emperor95 21-12-2015 01:57 PM
Orang yang ikhlas berbuat baik ini tidak menghebohkan perbuatan baik itu tetapi kesannya dirasai masyarakat sekeliling.
Quote chinta89 21-12-2015 03:05 PM
moral : setiapkali ade kisah cina menipu, akan ada kisah2 cina baik. sekian.
Quote CrowneGlory 21-12-2015 04:26 PM
Kfc, rm300, rm1500, bmw ...moralnya
Quote burque 21-12-2015 05:42 PM
Tipulah jual kotak dpt rm1500...lainla klu kedai ko besar kapal kontena
Quote komorebi 22-12-2015 09:15 AM
hmm

siap ada gambar selpie sebagai lampiran
Quote -electrifying- 22-12-2015 10:35 AM
kalau benar dia dah menolong keluarga itu, dia buat lebih dr kita,
kalau tak benar kita amek nilai2 murni didalam cerita ini..
Jgn tipikal sangat..
Sekian...
Quote nist02 22-12-2015 09:26 PM
Mmg susah kita2 ni nak bersangka baik... Sangka baik ley dpt pahala.. sbb sekurang2 hati berdetik kata... apa yg aku lak pernah buat utk bantu org lain...Kita dok ckp bkn2 punx de faedah... amik aja lah ikhtibar dari cerita ni walau x tentu kesahihannya...
Quote red_cattleya 23-12-2015 03:55 AM
kesian family tu..moga dmurahkan rezeki..
Quote faraway1 23-12-2015 07:45 AM
zaman facebook, buat kebaikan mesti kena bagitau facebook.
Quote matseh 23-12-2015 08:59 AM
Banyak lagi kisah2 mcm ni yg terjadi.
Quote uniq61 23-12-2015 12:15 PM
AKU PERNAH TINGGAL DIJINJANG DAN KEPONG TEMPAT KAUM CINA...KAWAN AKU PUN RAMAI CINA CUMA AKU TAK SUKA DAPigs JE...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.118229 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top