CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Tinggi Kot!” – Ramai ‘Goyang Lutut’ Lihat Wanita Selamba Panjat Tembok Apartmen Ke Balkoni

17-7-2024 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34424| Komen: 50



Di Malaysia, menetap di kediaman jenis strata merupakan salah satu pilihan rakyat di negara ini terutamanya yang tinggal di sekitar Lembah Klang atau kawasan yang berpenduduk padat.

Tidak dinafikan, kediaman jenis strata seperti flat, pangsapuri, atau kondominium mempunyai kelebihan tersendiri seperti tidak ditenggalami air sekiranya berlaku banjir, serta boleh menikmati pemandangan hanya daripada dalam rumah.

Bagaimanapun, terdapat juga risiko seperti terjatuh dan sebagainya, apa yang lebih membimbangkan ia boleh meragut nyawa.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita memanjat tembok sebuah apartmen.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @shopwithriz, wanita terbabit bertindak demikian dipercayai untuk melangkah masuk ke dalam balkoni rumahnya.

Di dalam video tersebut, wanita berkenaan juga dilihat memakai topi keledar yang dipercayai sebagai keselamatan.


“Nasib pakai helmet, selamat sikit kalau jatuh pun,” ciap pemilik akaun X secara sarkastik.

Dalam video sama, dapat dilihat jelas wanita berkenaan berada di tingkat yang tinggi ketika kamera dihalakan ke bawah.

Ia sekali gus jelas menunjukkan bahawa topi keledar yang dipakai oleh wanita terbabit tidak akan mampu menyelamatkannya sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Pun begitu, tidak dinyatakan sebab utama mengapa wanita terbabit sanggup memanjat tembok dan melangkah ke balkoni rumah berkenaan.

Video berdurasi 23 saat itu berjaya menarik perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial berasa seram sejuk dan seriau melihat aksi wanita terbabit.


Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna X turut memberikan kecaman terhadap wanita terbabit kerana menyifatkan tindakannya itu sebagai sesuatu yang bod*h serta boleh meragut nyawa.

Segelintir netizen turut mempersoal adakah wanita terbabit tidak berfikir dahulu kemungkinan yang boleh berlaku sebelum memanjat tembok berkenaan.

Kecuaian seperti kehilangan kunci rumah atau kunci tertinggal di dalam rumah merupakan perkara biasa yang dilalui ramai orang, namun bagi yang tinggal di kediaman strata memanjat tembok masuk melalui balkoni atau tingkap bukanlah satu keputusan yang bijak.

Pelbagai pilihan lain yang anda boleh lakukan seperti memanggil pakar kunci untuk membuka grill dan pintu atau membuat kunci pendua (dublicate key) atau meminta bantuan orang ramai untuk memecahkan pintu rumah.

Ingat kawan-kawan, duit boleh dicari tapi nyawa tidak boleh dibeli dan diganti.

Untuk info, pada Mei lalu, seorang pelajar tingkatan lima cedera selepas terjatuh dari tingkat lima ketika cuba memasuki rumahnya dengan memanjat tembok.

Difahamkan mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.


Sumber : Buzzkini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 17-7-2024 10:56 PM
Selagi tak jatuh selagi tu buat
Quote kemaruk 17-7-2024 10:58 PM
Harap2 bukan dibuat untuk view
Quote sapeka 17-7-2024 10:58 PM
Klu kaki tersadung masa melangkah
Bye bye
Quote terma2nkondisi2 17-7-2024 11:16 PM
tak dpt dinafikan.. mmg hebat
Quote AngelFreakyAF 17-7-2024 11:19 PM
terma2nkondisi2 replied at 17-7-2024 11:16 PM
tak dpt dinafikan.. mmg hebat

Kalau jatuh lagi hebat... Berkecai semua except otak sbb pakai helmet... Ni nk kira apa mati bunuh diri ke apa.. Dah tau perbuatan blh mebahayakan diri & maut tp buat jgk... Ewww sgt peel xsemengah betina ni
Quote terma2nkondisi2 17-7-2024 11:22 PM
AngelFreakyAF replied at 17-7-2024 11:19 PM
Kalau jatuh lagi hebat... Berkecai semua except otak sbb pakai helmet... Ni nk kira apa mati bunuh ...

tapi dia tak jatuh

dia boleh melangkah dgn mudah
Quote AngelFreakyAF 17-7-2024 11:49 PM
terma2nkondisi2 replied at 17-7-2024 11:22 PM
tapi dia tak jatuh

dia boleh melangkah dgn mudah

Belum lagi sembang lar
Quote Tinot7 17-7-2024 11:53 PM
Dah biasa buat ka?
Quote terma2nkondisi2 18-7-2024 12:03 AM
AngelFreakyAF replied at 17-7-2024 11:49 PM
Belum lagi sembang lar

lutut dia tak goyang.. dia hebat dlm bab lompat-melompat ni.. mungkin sebab tu dia ditakdirkan tidak jatuh
Quote sharlenetexas 18-7-2024 12:04 AM
Tak pakai abah abah ke?

Quote terma2nkondisi2 18-7-2024 12:06 AM
Tinot7 replied at 17-7-2024 11:53 PM
Dah biasa buat ka?

nmpk spt dah biasa buat.. dan nmpk spt dia sengaja membiarkan dirinya dirakam dlm video klip ni
Quote CiliPadiSedap 18-7-2024 12:06 AM
dik manusia bukan forumer lava vokuru ada 9 nyawa..
Quote FOTHER-MUCKER 18-7-2024 01:44 AM
Biarlah dia nak buat sekarang ..Bila dah jatuh nanti dia tak akan buat lagi.
Quote Purestteam1 18-7-2024 04:43 AM
dah la bodoh, tunjuk kat org plak
Quote kinakoyuki 18-7-2024 04:51 AM
Tgk pon dah geli tapak kaki
Quote umie 18-7-2024 07:17 AM
Apa susah...nyawa boleh beli Mydin
Quote asfaz 18-7-2024 07:40 AM
terma2nkondisi2 replied at 17-7-2024 11:22 PM
tapi dia tak jatuh

dia boleh melangkah dgn mudah

Kali ni dia tak jatuh. Kemungkinan akan buat lagi. Maklum la kan tak jatuh masa pertama kali. So confident tu lebih tinggi lagi. Akan datang belum tentu.
Nanti mulalan kawan2 ceruk mana ,arwah baik orgnya tak sangka jatuh. Igtkan selamat pakai helmet.
Ramai cemburu dengan kematian arwah (dpt Al fatihah daripada netizens)
Quote nadie90 18-7-2024 07:59 AM
Menggigil tgk video tu....trus melekat dlm otak
Quote PinkyPie 18-7-2024 08:06 AM
AngelFreakyAF replied at 17-7-2024 11:19 PM
Kalau jatuh lagi hebat... Berkecai semua except otak sbb pakai helmet... Ni nk kira apa mati bunuh ...

Kalau jatuh tros mati tinggal kebumi saja. Kalau jatuh pastu half paralyzed, kena dijaga plakk, naya orang keliling.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.182058 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top