CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Singapura mohon kekal hukuman mati, enggan rayu hukuman

17-7-2024 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 44574| Komen: 21



JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Singapura menolak permohonan membuat rayuan sebaliknya mahu kekal dihukum mati kerana membunuh teman lelaki isterinya yang merupakan seorang warganegara China di Pahang, pada tahun 2013.

Selain itu, Quah Tee Keon, 56, turut didakwa menikam isterinya sehingga mendatangkan kecederaan dengan mengetahui tindakan itu boleh menyebabkan kematian.

“Saya tak nak minta ampun, saya minta hukum gantung sampai mati sahaja. Terima kasih,” ujar Tee Keon semasa prosiding kesnya yang berlangsung di Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini, hari ini.

Persidangan itu dibarisi panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.

Sehubungan itu, peguam pemohon, Bernard George membuat permohonan rasmi kepada mahkamah untuk menarik semula semakan permohonan hukuman mati dihadapi anak guamnya.


Tengku Maimun kemudian memerintahkan bahawa hukuman gantung sampai mati kekal dan permohonan semakan dibatalkan.

Tee Keon yang ditahan setelah menyerahkan diri kepada pihak polis di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2013 sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada mahkamah kerana membenarkan permohonannya itu.

Berdasarkan fakta kes, Tee Keon telah membunuh seorang lelaki bernama Ruan Chao Qiang di sebuah kediaman di Taman Mawar Indah, Triang, Bera, kira-kira pukul 3.30 pagi pada 13 Oktober 2013.

Tee Keon turut mencederakan isterinya menggunakan pisau sehingga menyebabkan wanita itu mengalami pelbagai kecederaan pada bahagian leher, tangan dan belakang badan di lokasi dan waktu sama.-KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 17-7-2024 11:33 PM
Ok. Ni rare. Semoga dimakbulkan wish nak kena gantung tu.
Quote edayildiz 17-7-2024 11:34 PM
sbb bini dia ada skendel blkg dia...
kira ok la abg ni dia menyesal..
hrp sgt pembunuh zayn rayyan jd abg ni idola
Quote jejai 17-7-2024 11:54 PM
Gile kes 2013 ..2024 baru bicara nak hukum
Quote Momohizan 18-7-2024 02:49 AM
jejai replied at 17-7-2024 11:54 PM
Gile kes 2013 ..2024 baru bicara nak hukum

Bicara dah lama, jatuh hukum 2016. 2024 Ni rayuan untuk kurangkan hukuman.

https://tnp.straitstimes.com/new ... -hang-pahang-murder
Quote KakRumiMenari 18-7-2024 03:23 AM
Dia saksi sendiri bini berselingkuh dgn bf.. so mmg mati hati..

Masih lagi sopan santun ucap terima kasih..
Quote shamsadis 18-7-2024 07:45 AM
agaknya, nak cari teman lelaki isteri dia di alam barzakh, nak lawan lagi
Quote immi 18-7-2024 07:58 AM
shamsadis replied at 18-7-2024 07:45 AM
agaknya, nak cari teman lelaki isteri dia di alam barzakh, nak lawan lagi

Ai setuju ni. Dorg mmg pecaya lps mati bole jalani idop baru di alam sana kan
Quote plywood 18-7-2024 08:05 AM
Malaysian police still after Singaporean murder suspect
Taxi driver wanted for allegedly killing wife's lover, attacking wife

Updated
Jan 23, 2016, 11:30 AM

Malaysian police are still looking for the Singaporean man who allegedly murdered his wife's lover in Malaysia on Sunday morning.

Quah Tee Keon, a taxi driver here, understood to be in his 40s, is believed to have stabbed and slashed the 32-year-old Chinese national at Quah's home in Triang, Pahang.

He later slashed and seriously wounded his wife Loong Mei Ling 33.

Malaysian media reported that Ms Loong, a Malaysian, had returned to the Pahang home a month ago because of family problems.

She is in stable condition in hospital, but the man was pronounced dead hours after the attack.

Former neighbours of Quah in Toa Payoh said he often fought with his wife, sometimes nightly, and the quarrels would often turn physical.

"The man is very hot-tempered; sometimes you would hear him throwing plates, chairs, furniture," said a housewife in her 40s who wanted to be known only as Mrs Goh.

Quote plywood 18-7-2024 08:07 AM
Singaporean to hang for Pahang murder

Cabby, who killed wife's alleged lover, sentenced in M'sia yesterday

Jan 24, 2016 06:00 am

A Singaporean cabby charged with murdering his wife's alleged lover was sentenced to death in Malaysian courts yesterday.

Quah Tee Keon killed 32-year-old Chinese national Ruan Chao Kiang, who was his Malaysian wife Loong Mei Ling's former colleague, in a two-storey house in Pahang at 3.30am on Oct 13, 2013.

Ms Loong, then 33, claimed that Quah had attacked Mr Ruan before stabbing her in the right lung, reported The New Paper in October 2013.

She also had wounds on her neck, hands and back.

Malaysian media reported then that Ms Loong had returned to her Pahang home in September 2013 because of family problems.

She claimed it was because Quah had physically abused her in Singapore, so she returned to her hometown with their three sons, then aged between two and six.

Quah, then 47, had found Mr Ruan, who was in his underwear, with Ms Loong in his house in Triang.

Mr Ruan worked as a sales supervisor with a vegetarian food supplier.

The men started arguing, and Quah slashed Mr Ruan, leaving him with multiple wounds.

Quah then turned to attack his wife, who managed to lock herself in a room and call her brother for help.

The enraged husband then left the house.

Their eldest and youngest sons were in the house at the time of the attack.

Ms Loong was later hospitalised in the intensive care unit.

MANHUNT

Quah surrendered to the Malaysian police after a 15-day manhunt, according to a report in The Star in November 2013.

Quah and Ms Loong registered their marriage in 2004 and moved to a new flat in Woodlands Avenue 1 in the middle of 2012.

They were known to have had loud and sometimes physical fights, according to their neighbours
Quote cmf_almondpecan 18-7-2024 08:12 AM
jejai replied at 17-7-2024 11:54 PM
Gile kes 2013 ..2024 baru bicara nak hukum

Hukuman dah lama jatuh. Pendengaran ni (bukan perbicaraan) untuk semakan semula hukuman mati tu berikutan pindaan ke atas undang2 Malaysia yang memansuhkan hukuman mati mandatori. Bermakna kalau dulu jatuh hukum kena hukuman mati saja, sebab mandatori, tapi sekarang sebab boleh sama ada hukuman mati atau hukuman penjara, maka kes2 yang jatuh hukuman mati dulu boleh disemak semula.
Quote duri_durians 18-7-2024 08:18 AM
baru la ada maruah, mengaku salah dan terima hukuman paling berat.
tapi dia sebenarnya cerdik. dia tak sanggup duk dalam penjara lama2.
Quote chikumanis 18-7-2024 10:36 AM
nak hidup pun buat apa kalau dah tak ada perasaan lagi kat bini. lagi dia teringat2 ada lah..baik dia mati je. bagi dia, mungkin nak padankan muka bini dia..boipren mati, suami pun mati. tp bini dia boleh je cari boipren baru plak
Quote grouper 18-7-2024 11:08 AM
Klau dia Muslim boleh le amik hukuman penjara sahaja boleh dapat jadi hafiz..sebab dlm penjara ada kelas tahfiz...bukan semua org ada peluang ni.
Quote reenz013 18-7-2024 11:11 AM
lain mcm permohonan
Quote yoppoy 18-7-2024 11:22 AM
Nak panggil gentleman, elok dok gocoh ngan isteri masa scandal belum into the scene lagi
Hellok la brave do brave consequent
Quote ifanonline 18-7-2024 11:36 AM
warga singapura pun tak mahu bangsa China di negara mereka
Quote batmana 18-7-2024 05:54 PM
patut kes ni lepaskn ajala
dh terbukti bini skandal

yg kes lain simbah asid tikam 19 kali elok plak hukum penjara aja
Quote ina_na 18-7-2024 06:14 PM
Dia mmg plan nak cr dlm alam Barzah atau nanti nak dilahirkan semula kot...kalo dilahirkan semula mungkin dia fkr dia boleh cr org lain tuk dijadikan isteri..hidup aman bahagia.. kepercayaan dia org kan akan lahir baru...
Quote jazaa100 18-7-2024 09:27 PM
Penat nak duduk dlm penjara...
Dah 11thn dok penjara, klu kurangkn hukum an mgkin penjara 20thn lg.... Penat weiii,
Baik mati je.....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.117846 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top