Oleh : TS LOO
Sekumpulan saintis Ecuador dan antarabangsa mengumumkan telah mengenal pasti spesies baru kura-kura gergasi di Kepulauan Galapagos, Pulau Santa Cruz baru-baru ini. Dalam satu kenyataan Kementerian Alam Sekitar Ecuador, spesis kura-kura gergasi yang tergolong dalam spesis baru itu merekodkan bilangan hanya beberapa ratus ekor sahaja di seluruh dunia. Pakar telah lama percaya bahawa kedua-dua populasi kura-kura gergasi di Pulau Santa Cruz adalah dari spesies yang sama, tetapi ujian genetik menunjukkan bahawa mereka yang tinggal di sebelah timur pulau ini adalah berbeza, kata kenyataan itu.
Para penyelidik yang diketuai oleh Gisella Caccone dari Universiti Yale, menamakan spesies baru itu ‘Chelonoidis donfaustoi’, sebagai penghormatan sebagai penghormatan kepada Fausto Llerena, penjaga untuk Lonesome George, kura-kura jantan Kepulauan Pinta yang masih hidup yang terakhir untuk spesiesnya. “Kami menganggarkan bahawa terdapat 250 atau 300 ekor kura-kura yang tergolong dalam spesies ini,” kata saintis Ecuador, Washington Tapia, yang mengambil bahagian dalam penyelidikan, kepada AFP. Penyelidikan bermula pada tahun 2002 apabila dua saintis berpendapat bahawa ‘disebabkan oleh pembentukan cengkerang, kura-kura ini harus digolongkan dalam spesies yang berbeza. Dengan penemuan ini, pakar-pakar kini percaya bahawa 15 spesies kura-kura tinggal di pulau-pulau, termasuk empat yang telah pupus. |
12
Bagus |
23
Marah |
32
Terkejut |
20
Sedih |
16
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
siape_aku replied at 22-12-2015 12:29 PM
besarnye.....aku geli!!! kalo kat zoo tu...aku lari bile lalu area kura2.....
ADVERTISEMENT