AMPANG JAYA – Polis mengesahkan pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang apabila kali terakhir dapat dihubungi pada 12 Julai lalu ditemukan selamat hari ini. Ketua Polis Daerah Ampang, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, Syahrul Asyraf Dahlan, 33, ditemukan di Klang, Selangor. “Disahkan, pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang ditemukan oleh sepasukan Polis Ampang Jaya di Klang, Selangor sebentar tadi. “Kenyataan media akan dikemukakan setelah laporan penuh dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Difahamkan lelaki itu ditemukan kira-kira pukul 5.40 petang tadi. Semalam, Kosmo! melaporkan pihak polis menerima laporan kejadian Orang Hilang (OH) Syahrul Asyraf kira-kira pukul 4.17 petang, Ahad lepas. Kali terakhir lelaki itu dapat dihubungi melalui panggilan telefon oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka adalah 12 Julai lalu.
Ketika itu dia sedang bekerja memandu kereta nombor pendaftaran VCE 4826 jenis Proton Persona berwarna coklat pada tarikh 12 Julai lalu. Lelaki tersebut dimaklumkan tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang dan hanya tidur di dalam kereta miliknya sejak bekerja sebagai pemandu e-hailing di bawah syarikat tempatan. Pada 3 Julai lalu merupakan kali terakhir beliau menetap di rumah salah seorang ahli keluarga yang berada di kawasan Pandan Jaya, di sini. Sumber: Kosmo Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
kechikchomel replied at 19-7-2024 03:08 PM
Sukurrrr dia boleh pikir waras lagi. Setakat menghilangkan diri. Ghisauuu kalau dia tak pikir panjan ...
gigahertz replied at 20-7-2024 12:25 AM
Kalau orang dulu2 anak tak balik. tapi di temui selamat org kampung.
next day kena kurung dalam bi ...
B40tastePosh replied at 19-7-2024 11:10 PM
Mak meols dulu sebut " You'ld be grounded for a week ".
Maksudnya kene kurung la seminggu tak bol ...
gigahertz replied at 20-7-2024 04:12 PM
power mak u cakap english
mak i dulu dia jeling je....lepas tu dia kira 1...2....3.
Manusiabesa replied at 19-7-2024 11:01 PM
Sedihnyaaa... itulah lelaki bergelar bapa. Klu diam seribu kata mata merenung jauh skli skala tarik ...
Suchi replied at 20-7-2024 06:51 AM
Apa2 masalah bincamg la dgn keluarga
Sian anak bini yg risau keselamatan kamu
Kata nk hilangkan diri ...
ADVERTISEMENT