CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua kapal dagang berlanggar, APMM gerak operasi Carilamat

19-7-2024 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 52810| Komen: 0



KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Johor menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) susulan insiden perlanggaran dua buah kapal di kedudukan 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 6.55 pagi itu melibatkan kapal MT Hafnia Nile dengan MT Ceres 1.

Katanya, pangkalan hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasikan pencarian kejadian.

“Maritime Rescue Sub Center (MRSC) telah mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Niah, Bot PERKASA 29 bot PETIR 12 dari Maritim Malaysia, KD Gempita dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 ke lokasi kejadian untuk tindakan Carilamat kedua-dua kapal tersebut.


“Aset Maritim Malaysia, bot Perkasa 29 telah tiba di lokasi insiden pada pukul 9.50 pagi dan menemui kedua-dua kapal tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga memaklumkan satu sidang media dijangka diadakan di Tanjung Sedili, esok.

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut dimaklumkan berkenaan insiden tersebut bagi tindakan lanjut sekiranya berlaku tumpahan minyak.


Pegawai dan anggota yang bertugas di Abu Bakar Maritime Base (ABMB) juga diarahkan untuk melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan berhampiran.  

Sumber: Kosmo



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.025452 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top