CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Itu Prosedur Yang Kita Hormat” – Aisyah Hijanah Dan Alif Teega Cerita Pengalaman Ditahan SPRM

20-7-2024 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 79838| Komen: 109



Pasangan pempengaruh terkenal, Aisyah Hijanah dan Alif Teega memuji sikap profesional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika mereka ditahan untuk siasatan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di sesi live TikTok, Aisyah berkata mereka dilayan dengan sangat baik termasuk makan minum dan tempat tidur.

Aisyah juga kagum tindakan pantas pegawai membawa Aisyah ke klinik walaupun sakit tidak serius.

Dalam sesi itu, pasangan ini sempat menjawab persoalan netizen mengenai isu digari dan dipakaikan baju lokap oren.

"Itu prosedur yang kita hormat."

Pasangan muda ini menganggap apa yang terjadi sebagai satu pengalaman dalam hidupnya. Katanya lagi, mungkin sebelum ini mereka berasa terlalu selesa dengan hidup.

"For this time, Allah bagi kita satu tempoh untuk kita merasai. So alhamdulilah itu satu pengalaman dan pengajaran untuk kami untuk jadi orang yang lebih matang."


Mereka mengaku telah memberikan kerjasama yang baik dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

"Kita pergi bantu siasatan, bagi apa dokumen dorang nak. Dorang nak keterangan kita bagi, semua benda yang dorang nak kita bagi."

Kata Aisyah, tahanan reman mereka tempoh hari hanya untuk membantu siasatan bukannya sudah dijatuhkan hukuman bersalah.

"Mungkin orang ingat oh dah digari, pakai baju oren memang orang tu bersalah. Tapi tak.."

Sepanjang direman, pasangan berkata mereka dilayan dengan sangat baik dan selesa. Siasatan pun dibuat di dalam bilik pejabat berhawa dingin.

Malah, mereka juga dapat menikmati hidangan yang sama seperti yang dimakan pegawai penyiasat.

Sumber: OhMedia



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-7-2024 03:24 PM
Kita putar baik punya esah....
Putarrrr
Quote krustykrab 20-7-2024 03:26 PM
Oh bestnya..kira apa yg pegawai dpt itu la korg nikmati ye.
Cerciter bilik tidur ada ekon tak? Boleh tido sekatil tak? Jamban dlm sel ke? Mcm hotel tak?
Quote Kancilkering 20-7-2024 03:30 PM
muka tebal
deen riders
Quote annehuda 20-7-2024 05:39 PM
Apsal aku rasa diorg ni ada kabel kuat tu yg diorg rasa confident diorg boleh menang kes ni ye? Sdgkan addy kana scammer tersohor pun bleh lepas kot
Quote JunkMail 20-7-2024 06:09 PM
krustykrab replied at 20-7-2024 03:26 PM
Oh bestnya..kira apa yg pegawai dpt itu la korg nikmati ye.
Cerciter bilik tidur ada ekon tak? Bol ...

Ada... Hahahahaha si laki tu cakap diorang dok dalam pejabat ada aircond yachhh.. terpaling membantu siasatan bukan suspek yang disiasat
Quote Rogue98 20-7-2024 06:15 PM
Ikat jamin 100k sorg tu tanda kes serious lah tu..ni pun diaorang masih nak happy2 lagi? Excited citer pengalaman diaorang...mmg takde kemaluan..
Quote hyie 20-7-2024 06:15 PM
baru tertengok video post-reman diorang kat ig tadi, iols serahkan pada acik2 F je lah untuk menilai
Quote Yaya04 20-7-2024 06:26 PM
Edited by Yaya04 at 20-7-2024 06:27 PM

Semoga 2 orang yg mencekik harta org ni tak terlepas dr hukuman dunia ni supaya yg lain pon beringat.
Quote Leonclay 20-7-2024 06:31 PM
Patut minta je la stay..x yah la ikat jamin..semuanya selesa kan
Quote cikmouse 20-7-2024 06:32 PM
JunkMail replied at 20-7-2024 06:09 PM
Ada... Hahahahaha si laki tu cakap diorang dok dalam pejabat ada aircond yachhh.. terpaling memban ...

Terpaling mbantu siasatan smpi kena freeze account bank yerr...wow....
Quote Leonclay 20-7-2024 06:34 PM
Bantu siasatan xyah la nk kena ikat jamin smp 100k sorang..
Dia pun ikut slogan, selagi tak jatuh hukum bersalah oleh mahkamah, selagi tu la x salah
Quote Peaches113 20-7-2024 06:48 PM
baby ecah yg bongsu umur brp ye? kalo masih bf, huhu sedihnya rindu baby.

tapi kemain ye confident both laki bini. kelakar pun ada.
Quote TeropongThaico 20-7-2024 06:53 PM
Ye le tu.... Kami yg marhein ni purchaya le sgt
Quote kuzaime 20-7-2024 06:54 PM
Laki bini keja nak membongak aje, sapa yg percaya bole dah cop kat dahi masing2 'BINGAI'
Quote Nozot 20-7-2024 06:56 PM
Ramai umah malaysia yang bodo yg ikut scammer nie...ada yang back up lagi..adoila, terang sangat bukti tu.
Quote missHaidiD 20-7-2024 07:20 PM
Laki bini ni urat malu da putus agaknya
Quote noor2 20-7-2024 07:47 PM
X suka tgk laki bini ni...dalam semua thread dibod gossip ni  paling getik dgn kisah laki bini ni ..sb kaki scammer
Quote chipsmoreyummy 20-7-2024 09:03 PM
Hm mcm mcm lah skrg ni
Quote siasia 20-7-2024 09:28 PM
Lor kalau stakat bantu siasatan xde la ko kena gari berbaju oren bagai.. tu tandanya ko adalah suspek. Aku x heran la kalau diorg dua ni gebang. Yg aku heran ni yg bodo percaya tu hadoii br mula nak hidup ke.

Kalaau la yg dipanggil bagi statement untuk bantu siasatan pun bergari berbaju oren kena ikat jamin bagai adoiiiiiii. Deyyyy gi blaja hidup dulu la weii

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037685 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top