Kangar: Dua anggota trafik Perlis direman selama tiga hari hingga Isnin bagi membantu siasatan kes pemerasan dan mengasari seorang lelaki warga Bangladesh semalam. Perintah reman terhadap suspek berusia awal 30-an berpangkat Koperal itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor selepas dibawa ke mahkamah hari ini. Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu. "Buat masa ini, kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 323 kerana dipercayai memeras ugut dan memukul warga Bangladesh. "Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan sekitar Arau semalam dan suspek ditahan di balai polis semalam selepas polis menerima laporan daripada mangsa," katanya. Katanya, mangsa dipercayai dipukul dan diperas ugut oleh suspek dan wang yang dipercayai diterima daripada peras ugut itu sebanyak RM700.
"Kita masih menunggu laporan penuh perubatan daripada doktor untuk mengetahui tahap kecederaan dialami lelaki Bangladesh itu selepas dipercayai dipukul kedua-dua suspek itu. "Dalam hal ini, kita tidak akan sesekali melindungi anggota mahupun pegawai polis yang bertindak menyalahi undang-undang dengan tindakan tatatertib akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah," katanya. Sumber: Harian Metro Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
Sesuatu… replied at 20-7-2024 04:05 PM
Fuh sape yg buat report tu? Bangla tu pandai jgk protect human rights dia. Bgs laa
Skuau replied at 20-7-2024 04:11 PM
CINTA SAMA INI MALEZIA...kita banyak buat salah sini negara...tada tangkap...u Malezia buat salah sa ...
JohnDeSouza replied at 20-7-2024 05:07 PM
x bagus.bangla dah berlebihan di negara ini
imransulaiman replied at 21-7-2024 04:09 PM
Hanya kerana RM700...
Sesuatu… replied at 21-7-2024 07:52 PM
Sbb pulis yg memeras begini la makin ramai mrk ni. Instead of tgkp, dia peras ugut. Mintak duit th ...
ADVERTISEMENT