CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura Mahu Cabar Diri Berlakon Drama Sinetron - "Filem Memang Besar Tetapi Sebenarnya Pasaran Terbesar Di Indonesia Itu Adalah Sinetron"

25-7-2024 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27839| Komen: 62



Pelakon dan usahawan Nur Fazura memberitahu dia mahu mengembangkan bakat lakonannya dengan membintangi sinetron di negara jiran, Indonesia.

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Fazura berkata, dia mahu mencipta kelainan dalam karier seni dan mencuba sesuatu yang baru. Ujar Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, sebelum ini dia pernah membintangi enam buah filem di negara berkenaan. Oleh sebab itu, dia mahu beralih tumpuan kepada drama rantaian pula.

"Saya nak cuba sinetron pula, bagi saya kalau nak kembangkan kerjaya memang perlu buat sesuatu yang lain. Sebelum ini saya sudah membintangi lima atau enam buah filem di sana, tapi sekarang saya nak sinetron."

"Filem memang besar tetapi sebenarnya pasaran terbesar di Indonesia itu adalah sinetron."

Tambah isteri kepada pelakon Fattah Amin ini lagi, dia sudah pun menerima tawaran berlakon di sana namun, masih dalam fasa pertimbangan. Jelas Fazura, dia perlu melakukan pertimbangan kerana berasa berat hati untuk meninggalkan keluarga di Malaysia.


"Dah dapat tawaran tapi saya perlu berfikir panjang sebab sinetron sampai beratus atau beribu episod. Saya tak sanggup nak tinggalkan anak dan suami. Komitmennya sangat tinggi dan perlu bersedia mental dan fizikal."

Berbicara lebih lanjut, Fazura akui bukan mudah untuk seseorang artis membintangi sinetron. Enggan menjadikan ia sebagai halangan, Fazura tetap mahu mencabar diri dan kemampuannya sebagai pelakon.

"Ramai rakan selebriti di Indonesia berkongsi mengenai cabaran sepanjang penggambaran drama sinetron. Mereka tak percaya bila saya beritahu yang saya teringin berlakon sinetron. Mereka tahu macam mana susahnya berlakon sinetron, bayangkan satu episod boleh selesai dalam satu hari saja.

"Setiap hari bangun tidur terus kerja dan kerja, macam tiada hidup tetapi itulah cabarannya dan saya teringin nak cuba."


Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote not_fatiyaEL 25-7-2024 03:02 PM
skunk bnyk cite faz by reputs dmana bleh mengundang. kpada org2   dm reputs/media kongsi kisah cite faz blakang tabir, u xde kejr.
Quote I.K.A888990 25-7-2024 05:29 PM
nak jugak tgk kakafaz berlakon sinetron tapi betullah mmg byk kena fikir kan..nak2 sinetron sampai berseason2 nak dekat ratus2 episod kalau rating bagus
kdg2 ada jgk sinetron yg best2 (bukan yg mati hidup balik lepas tu tiba ada kembar pulak haha)
Quote diaitu 25-7-2024 05:43 PM
Kena la belajar jegil jegil biji mata
Quote Geeayden 25-7-2024 05:54 PM
I.K.A888990 replied at 25-7-2024 05:29 PM
nak jugak tgk kakafaz berlakon sinetron tapi betullah mmg byk kena fikir kan..nak2 sinetron sampai b ...

Kalau faz belakon watak pembantu aje kot..1 hari 1episode..
Quote imanda 25-7-2024 07:42 PM
kalo single xkawin lg ok la kot blakon sinetron. penat wehhh pelakon2 sana, prilly latuconsina tu cite even tgh sakit tgn bcucuk jarum pon drg blh shoot tang muka, mmg xde life 2 tahun dekat set location xbalik2 umah.

i penah layan satu sinetron tu cite seram2 gitu kat dlm kg tp best sb stiap episod ade je kes, pastu mcm kelakar2 juga, tp lama2 agak bosan. so dah episod 100++ i stop tgk.
Quote likilu 25-7-2024 08:42 PM
Edited by likilu at 25-7-2024 08:44 PM

Patut lah tak senang duduk jeni attack fazura, ada projek best rupanya. Dengki la tu

Faz humblenya cakap 'mahu cuba' even dah dapat offer dah pun

Tak macam seseorang tu, headline sana sini heboh terpaling bakalan paris Indonesia madinah segala sudah nye jual peach berair je kat balcony 8 petaling
Tak perlu orang speku kecam hina,  dia sendiri mengundang tunjuk level sendiri kebasahan lendiran je
Quote aemon 26-7-2024 08:36 AM
Jah yg beria2 pergi kelas indon,seteru yg akhirnya dpt berlakon kt sana
Quote selipar_hijau 26-7-2024 08:41 AM
gd luck kaka faz
semoga semua yg terbaik utk beliau
Quote Gugucat 26-7-2024 09:59 AM
Terbaik faz! Fly higher! Connection dia dgn org industri indonesia bukan biashe2. Semoga dipermudahkan perjalanan karier faz
Quote purebloodleo 26-7-2024 10:03 AM
Aku tengok peminat faz ni agak fanatik dgn neelofa. Setiap thread faz akan ada mengait dgn neelofa and her fans. Lepas tu marah bila orang retaliate

Both side mmg benak actually
Quote codenamedream 26-7-2024 10:06 AM
purebloodleo replied at 26-7-2024 10:03 AM
Aku tengok peminat faz ni agak fanatik dgn neelofa. Setiap thread faz akan ada mengait dgn neelofa a ...

Sebab bukan mudah nak hilangkan gambaran peach berkedut dan berair dari minda

Terngiang2 peach jah kedut.
So kenalah mentioned
Quote hyie 26-7-2024 12:02 PM
kakafaz dah taknak beranak lagi ke
Quote pocongkiutss 26-7-2024 12:15 PM
Lama sgt tu pajurahhh
Quote pocongkiutss 26-7-2024 12:18 PM
purebloodleo replied at 26-7-2024 10:03 AM
Aku tengok peminat faz ni agak fanatik dgn neelofa. Setiap thread faz akan ada mengait dgn neelofa a ...

Haha ni agak betul..sori yach jgn sentap ..tp sama je both sides kan..fanatik neelopak asik kaitkan pajurah

Tp takleh lawan panatik ratu gigi porem..semua thread..termasuk bod isu semasa pun ada nk kaitkan nama dia..itu lg takleh blah
Quote dua_chzy 26-7-2024 12:20 PM
Fazura nak berlakon jadi mak sapa kat Ndon tu?
Quote LembingDayanti 26-7-2024 12:24 PM
cepat la pegi zura. lama dah dgr pasal projek yindon yindon ni.
Quote izat123 26-7-2024 12:26 PM
Kat Indo pun pelakon baru nak up atau pun yang dah kembali sendu je ambik tawaran berlakon sinetron ni sebab memang bertahun lah tak kan boleh berlakon projek lain kalau kau watak utama. Setiap hari shooting sampai bertahun tahun sebab selalunya memang beribu episode. Memang akan mentally exhausted dan budaya kerja dia pun agak chaotic, kebanyakannya hari nak shooting baru dapat skrip untuk episode hari ni atau paling awal pun sehari sebelum sebab skrip pun penulis skrip dia baru je tulis. Diorang akan sambung sambung cerita tu selagi rating tinggi, sebab tu hujung hujung selalunya makin mengarut yang mati hidup balik yang jahat jadi baik etc haha.

Sanggup ke Faz nak hadap semua tu? Lain lah kalau memang dah duduk Indo. Tapi tak dinafikan lah kalau sinetron letup memang akan popular dan ramai fans. Kebanyakan bintang filem pun takde followers seramai bintang bintang sinetron letup macam pelakon pelakon Ganteng Ganteng Serigala, Anak Jalanan tu semua.
Quote sr10 26-7-2024 12:49 PM
purebloodleo replied at 26-7-2024 10:03 AM
Aku tengok peminat faz ni agak fanatik dgn neelofa. Setiap thread faz akan ada mengait dgn neelofa a ...

Sebab yg Buka thread faz pun benak Jennie yg sah2 Cari pasal, of coz la kena balik benak lembaga, takkan nak kena balik lembaga letrik negara apooo simple math. Lagi pun mmg lembaga  tu Cari pasal dgn 1 Malaysia, bukan fans fattzura ja. So mmg itu la makan dia
Quote apedehal 26-7-2024 01:04 PM
Happy for her..sbb da ada offer la dia bcerita kan, kalau x harommm nk bagitau projek2 dia. Even watak pembantu tp mmg susah utk pelakon sini masuk sana...proud of her n bront. Tp kalau ikutkn aku ni nasihat xyah la faz kalau masih dlm pertimbangan tu, u da berhijab len la kalu free hair dolu..lama nk duk p sana, pergi s3kejap pun benak da fitnah beronggeng kat club ini kan plak lama2 kat sana. Ni fatima dlm proses mbesar baik u belakon kat sini je boleh fokus fatima tu xlama lg nk sekolah rendah da..gitu aku nyebok nak decide life org lain

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.035917 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top