CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Lepas Letak Surat Tu, Tak Pernah Tengok..Ini Kali Pertama Saya Tengok Semula Setelah 8 Tahun’ – Aiman Aufa

25-7-2024 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39308| Komen: 184



Sejak semalam, nama Pegawai Tentera Darat Malaysia iaitu Muhammad Aiman Aufa menjadi bualan hangat di media sosial susulan tularnya surat layang yang pernah ditulisnya berhubung kejadian kejam yang menimpa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lalu.

Difahamkan, surat yang ditulis Aiman kepada pihak atasan adalah bertujuan untuk menyelamatkan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan yang menjadi mangsa penderaan zalim.

Rata-rata wargamaya mula membanjiri ruangan komen Aiman dengan meninggalkan ucapan terima kasih selain memuji keberanian anak muda ini.

Susulan daripada itu, Aiman tampil berkongsi semula hantaran surat layang tersebut dan memaklumkan ini merupakan kali pertama dia melihat semula surat itu selepas hampir 8 tahun berlalu.

"Setelah hampir 8 tahun, ini kali pertama saya tengok semula surat ini. Lepas letak tu, tak pernah tengok dah sampai sekarang."


"Tak tahu lah macam mana boleh sampai ke ‘public’ (umum). Apa-apa pun al-Fatihah buat keluarga arwah. Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha, Allah penentu segalanya. Al-Fatihah."

Terdahulu, Mahkamah Rayuan Putrajaya, menjatuhkan hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Zulfarhan Osman tujuh tahun lalu.

Enam tertuduh yang kini berusia 28 tahun itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.


Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 25-7-2024 10:53 PM
Kawan ko dah nak mati ko hanya berani buat surat layang je? Setakat tu je keberanian ko? Bukan tentera sanggup korbankan nyawa sendiri ke demi menegakkan kebenaran & membela orang tak bersalah? Oh lupa... Tu dalam movie je.. In real life tentera kerja demi gaji je pun.
Quote wikedsaikel 25-7-2024 11:00 PM
Perwira2022 replied at 25-7-2024 10:53 PM
Kawan ko dah nak mati ko hanya berani buat surat layang je? Setakat tu je keberanian ko? Bukan tente ...

Aku selalu ada impression yg tentera ni boleh buat gila lebih dari org bukan tentera. Adalah tu yg dia takut nk ke depan. Takut kena sterika jugak munkin.
Quote bpbbppbp 25-7-2024 11:02 PM
Setuju je klo nak tutup upnm ni. Melahirkan generasi pembuli dan x menjadi ajee
Quote bpbbppbp 25-7-2024 11:05 PM
Edited by bpbbppbp at 25-7-2024 11:07 PM

It's 1 against 18. wajar je kalau dia bgi surat layang. Cuma dia boleh buat lebih lagi. Mngkin dia tkut dia pulak kne umm. Tpi klo boleh, call jelah 999. Xyah tunggu warden hazab tuu
Quote MissYouSayang 25-7-2024 11:15 PM
Lembikkk cam bapokkk...org tu dah nazak kena seksa kawkaw...ko asal boleh jer bagi surat layang janjiii ko x kena..
Quote L.U.S.M 26-7-2024 01:13 AM
Perwira2022: Kawan ko dah nak mati ko hanya ...
betul..patut ko telefon polis dgn ambulan terus suruh selamatkan kawan ko..ni setakat tulis surat tu pun surat layang netizen dh julang tinggi..pfftt
Quote ekselen 26-7-2024 01:18 AM
L.U.S.M replied at 26-7-2024 01:13 AM
betul..patut ko telefon polis dgn ambulan terus suruh selamatkan kawan ko..ni setakat tulis surat tu ...

ye jgk..zaman skrg memasing ada telepon buleh je call kan.. ada kes kecemasan..dan dlm ramai2 tu mungkin beratus lg pelatih takkan takleh nk hadap 18 eko ni? mcm pelik2 je..
Quote Perwira2022 26-7-2024 01:24 AM
L.U.S.M replied at 26-7-2024 01:13 AM
betul..patut ko telefon polis dgn ambulan terus suruh selamatkan kawan ko..ni setakat tulis surat tu ...

Netizen memang bodo... Tak boleh fikir ke budak Aufa ni sepatutnya boleh buat lebih dari tulis surat layang pastu senyap & rasa dah lepas tanggungjawab. Kalau mak dia kena rogol dek pakistan karpet tiap2 minggu adakah dia akan hanya tulis surat layang saja mengharap ada sesape ambik tindakan? Level tu aje ke kepala otak & naluri kemanusiaan dia? Ini kan pula dia dilatih menjadi tentera takkan setakat tulis layang je keberanian & keproaktifan dia? Bayangkan kalau dia dah jadi pegawai tinggi tentera, boleh percaya ke perangai & mentaliti penakut, play safe + selfish camni untuk mengorbankan diri demi keselamatan negara?
Quote L.U.S.M 26-7-2024 01:29 AM
bpbbppbp replied at 25-7-2024 11:05 PM
It's 1 against 18. wajar je kalau dia bgi surat layang. Cuma dia boleh buat lebih lagi. Mngkin dia t ...

Masalahnya bukan kena pukul satu sesi..Dua hari mat..9hari sebelum meninggal..siap ada masa pindah randah Dari asrama ke hotel ke apt de centrum..xkn setakat surat layang je mampu..ni bkn asrama sekolah menengah..ni UPNM kot..nmpk sgt semua jenis nk selamatkan tengkuk masing2..

Aku speku yg bapak dia bomoh tu la yg curik laptop tu..normally yg buat la yg akan rajin nk shift divert attention ni..

Okt 1 tu punya bodoh pergi percaya..klakar sungguh..ko lg percaya bomoh yg ko xpernah kenal dr kawan ko sendiri..siap pukul siksa kawan sendiri smpi mati..nmpk sgt sakit hati dendam tu..

Mcm org kentut la..dh kantoi berbau busuk...dia cpt2 cover ckp org lain yg kentut
Quote Chah21 26-7-2024 01:32 AM
L.U.S.M replied at 26-7-2024 01:29 AM
Masalahnya bukan kena pukul satu sesi..Dua hari mat..9hari sebelum meninggal..siap ada masa pindah ...

Diorang klu report ke apa, org dlm upnm tu yg siasat sendiri...silap2 kadet yg report pulak kena.. dh byk kes jadi cmtu.. nk pulak klu xde geng .. nengok geng pembuli ramai dr geng yg nk report
Quote L.U.S.M 26-7-2024 01:32 AM
Perwira2022 replied at 26-7-2024 01:24 AM
Netizen memang bodo... Tak boleh fikir ke budak Aufa ni sepatutnya boleh buat lebih dari tulis sur ...

Betul

Perangai play safe n acah xmasuk campur tp masuk tentera..telur xde

Warden tu pun agknya malas masuk campur sbb ank panglima pon ada join pukul siksa skali

Kes ni mmg Allah nk tunjuk berapa teruknya perangai frontliner negara..Dari polis ke tentera
Dari pangkat bawah smpi atas..
semua penakut n xguna
Quote L.U.S.M 26-7-2024 01:35 AM
Chah21 replied at 26-7-2024 01:32 AM
Diorang klu report ke apa, org dlm upnm tu yg siasat sendiri...silap2 kadet yg report pulak kena.. ...

Call 999 nk tunggu siasat apanya..
Kan berpindah2 bilik dorg sorok si ZF tu..

Dlm alasan penghakiman pun dh tulis berapa kali si SP 24 dan SP25 tgk mangsa dlm keadaan berikat Dan xberdaya...

HP tgn masing2 ada..xpyh tunggu warden kot..ni bukan kes curi biasa2 tp kes buli hingga hilang nyawa kot
Quote asma87 26-7-2024 01:45 AM
Chah21 replied at 26-7-2024 01:32 AM
Diorang klu report ke apa, org dlm upnm tu yg siasat sendiri...silap2 kadet yg report pulak kena.. ...

Aku ada terbaca, UPNM ni biasa anak2 badan uniform yg mudah dpt aka Univ yg penuh kroni.

Blacklist la upnm ni. Univ dari neraka.
Quote Goodluckdontcry 26-7-2024 01:52 AM
Edited by Goodluckdontcry at 26-7-2024 01:59 AM

Xtau la nk kata apa..kita pun xduduk dlm situasi dia..tp dlm ms sama, effort yg dia buat, pun xbesar mn juga..tp adalah effort juga. Tahla dik..sbb yg komen cerca pun ada betul..yg komen puji pun ada betul..mmm

Dah 8 thn, tp rs mcm baru lg..den smp skrg, klu lalu dekat apartment de centrum tu, automatik teringat kes ni..mmg sakit hati sgt2..sedih pun ada..den rs, kecurian berlaku mgkin betul, tp arwah dipilih sbb easy target .yela anak pemandu teksi je pun .dan rsnya arwah pula bkn dr sekolah tentera ke apa kan ( klu slh, sorry)..so mgkinla rs arwah xlayak duk dlm group mereka..berkawan ala terpaksa kut..den xbrape nk ingt tp xsilap den, arwah pun ada dipanggil something kan..ala ejekkan la juga..( yg den bc dlm forum ni dulu la..klu slh sorry la)...klu dh dipanggil something, itu bknla kawan yg baik pun..tp acah2 berkawan nk tunjuk friendly... harktuihh ada je org begini den jumpa waktu U dulu..

Kes ni, jgn gembira dulu..sbb jauh lg perjalanannya...kut2 akhirnya terlepas juga mcm kes mamat indon cilaka yg bunuh pegawai ambank... instinct den rasa gitu...tp hopefully biarlah selari dgn hukum...nyawa dibalas nyawa...

Yg duk pertikai...dah knp bengap nak mampus..sedang dlm syariah law pun..hukum yg Allah SWT tetapkan pun.. itulah hukumnya..sbg panduan dan pengajaran..tp duk pertikai mcm diri tu betul sgt.. kalaulah diri sendiri/kaum kelaurga yg terkena, den rs xcukup tanah ko memaki dan memekak..dan hak makpak arwahla nak tuntut keadilan utk nyawa anaknya..dan hak makpak juga nak maafkan ke, atau nk tuntut duit diyat ke(of cosla bab ni susah tp blh guna term org sekrg, saman je)...so yg memekak kata, "maafkanlah mereka".."sbb 1 nyawa, 6 nyawa terpalit".. harktuihh blh pergi mati la ko...1 nyawa tu xberharga langsung??..kalau gitu, mcm xde erti la hukuman yg Allah swt buat...bab tu pun fail nak fhm, lg mahu memekak....dasar budus lg bengong...sakit hati betulla....

Semoga adik berbahagia di alam barzah dan akhirat kelak.. Allah SWT jualah sebaik2 Hakim...xpe dik, keadilan pasti milik adik walau bkn didunia..damailah dik insyaAllah...amin
Quote Perwira2022 26-7-2024 02:34 AM
L.U.S.M replied at 26-7-2024 01:32 AM
Betul

Perangai play safe n acah xmasuk campur tp masuk tentera..telur xde

Pengecut + takde semangat jihad + playsafe + selfish + bodoh + tak kreatif + problem solving skill limited tak layak jadi tentera apatah lagi pegawai tinggi tentera..

Kang negara kena serang musuh dia setakat reti tulis surat layang lepas tu naik flight cabut pergi negara lain.
Quote anony-mous 26-7-2024 02:45 AM
Perwira2022 replied at 25-7-2024 10:53 PM
Kawan ko dah nak mati ko hanya berani buat surat layang je? Setakat tu je keberanian ko? Bukan tente ...

Ni kalau malaysia kena ceroboh, dia lari dulu.
Quote Tiggybiru 26-7-2024 07:37 AM
Aku sedih..mcm ni level universiti dengan ada undergraduates dan pakat2 membuli
Seolah-olah buli ni normal sampai warden semua tak kisah

Quote Buritan 26-7-2024 07:47 AM
L.U.S.M replied at 26-7-2024 01:13 AM
betul..patut ko telefon polis dgn ambulan terus suruh selamatkan kawan ko..ni setakat tulis surat tu ...

Kalo aku.  Aku tipun je mak pak zulfarhan.. tipun pulis kot laa aku overreact plk.. ye laa aalaa takat tekap seterika ajee . Tak sakit pun kata warden upnm..
Quote Buritan 26-7-2024 07:49 AM
Perwira2022 replied at 26-7-2024 02:34 AM
Pengecut + takde semangat jihad + playsafe + selfish + bodoh + tak kreatif + problem solving skill ...

Anak aku kwn sekelaas kena sepak dgn budak jahak pun terus call mak pak yindia tuu .

Lihat semua komen(184)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.042665 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top