CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nur Farah Kartini rupanya sepupu bekas menantu legenda bola sepak, Datuk Zainal Abidin

26-7-2024 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14876| Komen: 64



PETALING JAYA – Allahyarham Nur Farah Kartini yang dijumpai maut di sebuah ladang kelapa sawit baru-baru ini merupakan sepupu kepada bekas menantu legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin.

Menerusi satu video secara langsung yang dimuat naik melalui laman sosial Kosmo! Online hari ini, orang ramai mula meninggalkan komen dan menjelaskan perkara tersebut ketika bekas menantu Zainal iaitu Suzur Sofia Smeth Jaya, 33 diwawancara wartawan ketika hadir ke mahkamah pagi tadi.

Meskipun kini sudah tampil bertudung, orang ramai masih mengecam dan mengenali bekas isteri Mohd. Zaiza Zainal Abidin itu ketika hadir ke mahkamah pagi tadi dengan lengkap berjubah rona hijau muda.

Untuk rekod, Mohd. Zaiza yang juga bekas pemain bola sepak Pahang FA itu mendirikan rumah tangga bersama Suzur Sofia pada Januari 2016 sebelum disahkan bercerai talak satu pada Jun tahun lalu.


Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Suzur Sofia dan kakak ipar Allahyarham Nur Farah Kartini hadir bagi mewakili keluarga untuk mendengar pertuduhan yang dibacakan kepada suspek utama kejadian pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Sementara itu, orang ramai juga turut meninggalkan komen mereka dan menyifatkan keluarga sebelah Allahyarham Nur Farah Kartini rata-ratanya mempunyai raut wajah yang cantik dan menawan.


“Tak sangka rupanya Sofea ni sepupu kepada arwah, tak mustahil sebab wajah mereka lebih kurang dan semua keluarga arwah ni cantik,” kata Hasnurul Haron.

“Aku baru tahu, dulu ada juga terbaca pasal kemelut hubungan Sofea ni dengan bekas suami. Tak sangka betul mereka berdua adalah sepupu.

“Kecil dunia ni, apa-apa pun saya doakan akan ada keadilan kepada Allahyarham Nur Farah Kartini. Semoga keluarga arwah sabar dan bertenang buat masa ini,” jelas Zura Yusoff. 


Sumber : Kosmo



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 26-7-2024 11:43 PM
Pregnant ke? Pusat pon nmpk terjojol di sebalik jubah hijau tu. Ke sbb jenis fabrik jubah tu
Quote Binodino 26-7-2024 11:43 PM
So?
Quote pocongkiutss 26-7-2024 11:44 PM
So? Maksudnya mulia ke
Quote edayildiz 26-7-2024 11:46 PM
lawa abaya tu kn..brand apa..spill pls..tiber
Quote Cyempaka 26-7-2024 11:53 PM
Perlu ke buka benang utk benda kecik begini..
Quote hashashes 27-7-2024 12:02 AM
cruz2 replied at 26-7-2024 11:43 PM
Pregnant ke? Pusat pon nmpk terjojol di sebalik jubah hijau tu. Ke sbb jenis fabrik jubah tu

Tajam nya mata chuols
Quote _kelly 27-7-2024 12:16 AM
overnya nak kaitkan sana sini
Quote B40tastePosh 27-7-2024 12:19 AM
Macam2 la wartawan ni.
Quote Tiggybiru 27-7-2024 12:21 AM
hashashes replied at 27-7-2024 12:02 AM
Tajam nya mata chuols

Betul yang tu pun yang iols nampak masa tgok gambar tu hahah
Quote babynina30 27-7-2024 07:59 AM
I masa tgk pon igt sheols preg . Dh remarried ka?
Quote babynina30 27-7-2024 08:19 AM
Ok i dh tgk vid kt kosmo. Ada komen juicy kt sana. Boleh pi terjahh
Quote mekfazura 27-7-2024 08:21 AM
info tak memainkan peranan langsung... buang masa buka treads
Quote renko 27-7-2024 08:26 AM
da tu apa kaitan
Quote asma87 27-7-2024 08:28 AM
Sorry Aku dah xsimpati utk kes ni sbb simpati Aku dah transfer semua pada kes Zayn n Zulfarhan
Quote asma87 27-7-2024 08:44 AM
https://www.instagram.com/rynazfarina?igsh=eTN2dHNtNGg0aGE2

Tengok IG stori rynazfarina . Ada teh panas
Quote makita 27-7-2024 09:01 AM
Bekas menantu ni kan hari tu caras laki org gak kan. Selamat mendudakan diri mamat tu.
Quote Shayang 27-7-2024 09:11 AM
Edited by Shayang at 27-7-2024 09:39 AM
asma87 replied at 27-7-2024 08:44 AM
https://www.instagram.com/rynazfarina?igsh=eTN2dHNtNGg0aGE2

Tengok IG stori rynazfarina . Ada teh p ...


Weh aku baru baca, aku sebenarnya mcm lost kisah dia ni.
Sblm ni mcm viral pastu mcm plot twist ex laki dia yg dapat hadanah.
Masa tu aku mcm ada baca hint gak pasal sesuatu tentang dia ni tp tak amik kisah sgt

Terkejut baca igs rynaz tu, aku siap tgk igs yg dia save kat highlight lg
Quote babynina30 27-7-2024 10:11 AM
Shayang replied at 27-7-2024 09:11 AM
Weh aku baru baca, aku sebenarnya mcm lost kisah dia ni.
Sblm ni mcm viral pastu mcm plot twist ex ...

Good for rynnaz tu dh aman2 jd nurse kt uae sana
Quote krustykrab 27-7-2024 10:13 AM
Isu besar ke ni .
Pak man dah balik ke dari matahari?

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.043437 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top