CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atlet Olimpik Paris teruja ‘unboxing’ telefon lipat percuma

26-7-2024 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12034| Komen: 37



PETALING JAYA – Acara sukan terbesar dunia Olimpik Paris 2024 yang membuka tirainya malam ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila sebahagian atlet dunia termasuk atlet-atlet kebangsaan Malaysia mempamerkan hadiah istimewa berupa telefon pintar jenis ‘Flip’ edisi Olimpik dari jenama terkenal dari Korea Selatan.

Menerusi perkongsian daripada TikTok pemain badminton perseorangan wanita Thailand, Ratchanok Intanon, beliau menunjukkan peranti edisi khas tersebut selepas membuka kit Oimpik Paris 2024 yang diperolehinya hari ini.

Difahamkan, sebanyak 17,000 unit telefon pintar jenis lipat edisi Olimpik itu telah diagihkan kepada atlet-atlet yang menyertai Sukan Olimpik kali ini.

Ini adalah kali pertama syarikat telefon Korea Selatan tersebut menghadiahkan telefon yang masih belum berada dalam pasaran sewaktu sukan Olimpik.

Malah, setiap unit telefon datang dengan rekaan badan kuning dan lambang Olimpik serta Paralimpik dicap di bahagian belakangnya.


Salah seorang atlet renang dari New Zealand, Lewis Clareburt pua berkata, Olimpik 2024 ini turut membawa satu perubahan unik kerana buat kali pertama dalam sejarah, atlet pemenang dibenarkan untuk membawa telefon tersebut untuk mereka ambil gambar kenang-kenangan sewaktu acara penerimaan pingat.

“Kali ini lain dari yang lain, telefon in boleh digunakan sekiranya saya dapat pingat nanti. Cuba kamu kira berapa kali kami cakap ‘bro’ dalam video ni?

“Siapa yang dapat teka saya nak hadiahkan telefon pintar ini kepada kamu,” jelasnya.


Sumber : Kosmo



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 26-7-2024 11:50 PM
Sebab akak suka kaler gold, akak nakkkk akak nakkkkk fon tewwwww (nak free).
Quote dua_chzy 26-7-2024 11:51 PM
Cantik tau kulit atlit dalam video tu. Glowing jah.
Quote Mary_jane 27-7-2024 12:38 AM
Masa mula2 dulu samsung keluar fon flip ni sempat gak i merasa. Ada gaya gitu bila jawab fon kena flip. Tapi design baru ni belum ada rasa teringin lagi nak pakai.
Quote wikedsaikel 27-7-2024 06:54 AM
Ake tertarik dgn lagu tu
Quote hayrin86 27-7-2024 08:56 AM
dua_chzy replied at 26-7-2024 11:50 PM
Sebab akak suka kaler gold, akak nakkkk akak nakkkkk fon tewwwww (nak free).

Sama la.. Saya pun kekadang suka warna emas, selain putih..

Quote damsel_fiji 27-7-2024 10:59 AM
wahh cantik pulak fon tu..
Quote mizzmimi 27-7-2024 11:14 AM
So chanteksss

Bestnya kalau gaduh kat phone bole flip phone
Quote Perawankota 27-7-2024 11:23 AM
Aku Mula2 nak gak beli hp flip ni.. Tapi bila baca review, terus cancel, tukar amik ipong.. Tapi klu dpt free, aku pakai jer..
Quote Jikookie 27-7-2024 11:25 AM
Cantiknyaaaa
Quote Rogue98 27-7-2024 11:27 AM
Best guna phone yang boleh flip...bila cakap on the phone rasa vvip jer...
Quote dua_chzy 27-7-2024 12:44 PM
hayrin86 replied at 27-7-2024 12:56 AM
Sama la.. Saya pun kekadang suka warna emas, selain putih..

Warna emas macam bikin naik semangat gitu.
Quote belilies 27-7-2024 04:42 PM
Banyak tau atlet dpt, antaranya kondom.
Quote shernazz 27-7-2024 04:46 PM
Iols boleh flip hair jah.sebab takde handphone flip
Quote mzzenma 27-7-2024 04:49 PM
mzz haritu nak beli dah..lepas salesperson tu bagitau berapa kali ja boleh flip, meolls pun flip hair je lah

dah mcm awards kat hollywood ye..dpt mcm2 goodies termasuk iphone
Quote airfilterkotor 27-7-2024 04:56 PM
Terubat sikit jiwa sebab bilik takde ekon.
Kott...
Quote royaldanish 27-7-2024 04:59 PM
cantik tapi tak tahan lama
Quote sharlenetexas 27-7-2024 05:36 PM
belilies replied at 27-7-2024 04:42 PM
Banyak tau atlet dpt, antaranya kondom.

Grindr kena block kat perkampungan olimpik.

Quote manop 27-7-2024 08:51 PM
Ok la...berapa emas kali ni
Quote emera 27-7-2024 08:57 PM
Aku ban phone samseng. 3 gadget cap samseng, semua cepat jahanam. Aku pakai samseng flip tahun 2008 kot, suara hilang. Bengong!

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.108333 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top