Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai memberitahu dia sudah menganggap penyanyi Hafiz Suip seperti adiknya sendiri. Menerusi temu bual bersama radio Sinar, Ajai berkata dia memahami Hafiz sedang ada masalah dan sempat berkongsikan agar tidak menyayangi manusia lebih daripada Allah. “Hafiz ni macam adik pada saya. Bila dia keluar Akademi Fantasia, lepas lagu Noktah Cinta, Ku Akui dan seterusnya untuk album-album dia jadi dia macam adik kepada saya. “Saya faham dia sedang ada masalah tapi pada saya semua orang akan ada masalah. Penghabisan, kita kena move on. Jangan sayang orang melebihi Allah,” katanya. Sementara itu, Ajai turut berpesan kepada Hafiz untuk mendekatkan dirinya dengan Allah serta tidak meninggalkan kerjayanya sebagai penyanyi dan tidak peduli dengan apa diperkatakan orang ramai. “Saya kata dekatkan diri dengan Allah sebab waktu begini rasanya Allah rindu kamu. Hafiz faham benda itu. Saya cakap dengan dia jangan tiggalkan kerjaya sebab ini adalah mata pencarian dia.
“Biarlah orang nak cakap apa, penghabisan rezeki kita di tangan Allah. Pegang pada Allah saja, selamatlah kamu, hidup” katanya. Sumber : Xtra, rotikaya Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
asma87 replied at 31-7-2024 02:51 AM
Dah serai kot Hafiz dgn Bini lawanya..
prince_marhaen replied at 31-7-2024 12:46 PM
Haha. Time laghooo , lifestyle open tak pesan pulak ingat Allah.
Hubungan abang adik ye, patutlah b ...
ADVERTISEMENT