CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

2 hari ditahan di wad psikiatri, Ejai Aziz derita kemurungan melampau - “Saya bukan gila!”

3-8-2024 12:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40326| Komen: 10


VOKALIS kumpulan Azzahra Band iaitu Ejai Aziz mendedahkan dia baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah selepas dua hari ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru.

Ejai atau Mohd Azrizal Mohd Aziz, 37, berkata, dia ditahan disebabkan mengalami masalah kemurungan melampau dengan kecenderungan mencederakan diri sendiri.

"Saya baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital selepas ditahan selama dua hari akibat masalah kemurungan.

"Saya sudah derita kemurungan sejak Februari lalu dan selepas bertemu pakar psikiatri, doktor memberitahu masalah mental yang saya hadapi ada kecenderungan untuk saya mencederakan diri.

"Saya diletakkan di wad orang gila. Saya terkejut sebab saya bukan gila, saya cuma minta nasihat doktor sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Ditanya mengenai punca dia mengalami kemurungan melampau, Ejai bagaimanapun menganggap perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.


Kata Ejai, dia tidak mengalami masalah kewangan sebaliknya rasa terlalu penat untuk meneruskan kehidupan.

"Saya sekarang suka menyendiri tapi bukan sebab masalah kewangan cuma agak sukar untuk saya kongsikan sebab terlalu peribadi.

"Sudah lima bulan saya tidur dalam kereta dengan tingkap tertutup, apa yang saya fikir cuma mati," jelasnya.

Sementara itu, Ejai berkata, selepas dibenarkan pulang dia tetap meneruskan berjumpa pakar psikiatri bagi merawat masalah kemurungan dihadapi.

Ejai berkata, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada rawatan moden selepas cubaan berubat secara tradisional gagal.

"Saya pernah cuba rawatan tradisional, sekarang saya usaha cara moden pula untuk kembali sembuh," katanya.

 

Sumber : MStar

Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bored_atticus 3-8-2024 10:42 AM
Bagus lah dia  pergi dapatkan rawatan. Semoga terus kuat.
Quote jihah_kudat 3-8-2024 11:13 AM
dia dah cerai ke ?..dia ni vibe poyo kuat sangat..aku pernah tengok beria-ria berjoget ada busker nyanyi lagi dia..semoga sihat la ek..
Quote dua_chzy 3-8-2024 03:12 PM
Gila la tu.

Orang normal takkan terfikir nak cederakan diri. Hapo. Let that reality sink in.
Quote asfaz 3-8-2024 03:16 PM
Kemurungan lebih 2 minggu boleh dpt bipolar disorder. Ni apa yg ai baca.
Quote yangsemb 3-8-2024 07:18 PM
For all u know, everybody in the ward pun having the same thought kan (they are not g£!a)
Guna laa ayat yang beradap sikit nx time (eg. wad orang berpenyakit jiwa/mental ke).
Instead of org nak understand/kasihankan your experience, bagi orang cuak pulak
Quote mrsLucky 3-8-2024 07:24 PM
Teruskan jumpa dr psy dan makan ubat. Bahaya dah tu kalau dah mencederakan diri. Memang kena tahan ward kalau ada cubaan suicide.
Quote Carcosa 4-8-2024 04:55 AM
Nak nasihat awak, tapi saya tak kenal awak.
Sorry.
Quote kaoru44 4-8-2024 08:09 AM
rasa mcm baru kawen je..depress,moga baik2 je la..
Quote Cayn 5-8-2024 11:05 AM
Daily dose of sunshine K Drama mmg cerita pasal pesakit mental & nurse kat situ yg kematian pesakit dia fell into depression sampai cenderung nk bunuh diri in denial. Nasib baik ada bf & mak yang peka tolong admitted kan ke hospital mental. Mula dia tak boleh terima sebab dia kata dia tak gila cuma perlu kaunseling je. Tapi dia sama je dengan pesakit mental lain sebenarnya. Kalau dah kemurungan sampai cederakan diri dan ada keinginan bunuh diri pergi lah serah diri. Perlukan pengawasan dana kaunseling Dr & ubat untuk hidup macam biasa
Quote Pumpkinhead 5-8-2024 02:44 PM
teruskan rawatan dan semoga kembali sembuh

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.227486 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top