CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Umur Saya Sudah 51 Tahun, Usia Begini Memang Kena Berjaga-Jaga. Ramai Orang Sihat Sekarang Mati” – Datuk Nora Ariffin

5-8-2024 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24667| Komen: 199




Baru-baru ini, penyanyi Datuk Nora Ariffin ditahan 10 hari dalam wad sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor akibat keletihan melampau namun sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Memetik Murai.my, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, memberitahu dia telah menjalani pemeriksaan penuh sepanjang tempoh tersebut sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang virus atau penyakit berbahaya.

“Ya, saya ditahan di wad sejak Isnin minggu lalu. Saya lebih kepada penat sangat. Badan terlampau letih. Saya cuma risau ada jangkitan virus atau demam sebab sekarang macam-macam penyakit tetapi selepas buat pemeriksaan doktor sahkan tiada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang mahupun kanser,” katanya.

Nora, yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema, memaklumkan bahawa sebelum dimasukkan ke wad pada 22 Julai lalu, jadual kerjanya padat dengan proses penghasilan lagu baharu.


“Saya pun memang perasan agak penat kebelakangan ini dengan kerja sibuk menyiapkan rakaman single terbaharu. Sudah lama tidak masuk studio, tiga jam berdiri agaknya badan lama tidak bekerja. Balik sahaja daripada rakaman badan saya menggigil. Keesokan harinya ke klinik kerana demam tidak kebah dan terus dihantar ke hospital kerana takut ada jangkitan,” ujarnya.

Selepas keluar dari hospital, doktor menasihatkan Nora agar berehat di rumah bagi mengelakkan tekanan dan memastikan kesihatannya pulih dengan segera.

“Doktor suruh rehat di rumah sahaja dalam dua, tiga hari tanpa melakukan sebarang kerja atau memandu kereta dalam tempoh perjalanan panjang. Paling penting doktor harap saya jangan stres. Bila tekanan muncul, semua fungsi organ jadi tidak betul dan mudah diserang sakit. Jadi, doktor bekalkan segala ubat untuk dimakan. Nak tak nak saya kena hadap,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Nora pernah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh hari di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas. Pengalaman tersebut menambah kesedaran Nora tentang pentingnya menjaga kesihatan, terutama dengan usia yang semakin meningkat.


“Umur saya sudah 51 tahun, usia begini memang kena berjaga-jaga dan tidak boleh ambil mudah terutama ramai berita orang sihat tiba-tiba sakit atau meninggal dunia,” katanya.

Dengan semangat yang kuat dan sokongan dari keluarga serta peminat, Nora Ariffin kini dalam proses pemulihan dan berazam untuk terus berkarya dalam industri muzik.

Semoga Nora terus kekal sihat bersama keluarga tercinta.


Sumber :  Murai.my











Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 5-8-2024 01:05 PM
takde yang komen ker... addoii...
Quote prince_marhaen 5-8-2024 02:05 PM
penat layan pak aji anak tujuh tu kewwww.... hihihi
Quote Pumpkinhead 5-8-2024 02:32 PM
semoga sihat selalu
Quote arlyssa 5-8-2024 02:34 PM
Penat memendam rasa kot
Quote yangsemb 5-8-2024 03:14 PM
Di Persimpangan Dilema - nak aktif cam dulu, tapi badan kata loosen up
Quote sleepandream 5-8-2024 05:04 PM
sejak keluar GV tak penah tengok tok nowa ni nyanyi keluar tv
Quote ashilalat 5-8-2024 08:01 PM
So bernombor ke tidak?
Quote babynina30 6-8-2024 07:55 AM
For her age lawo lah dr nekta
Quote babynina30 6-8-2024 07:55 AM
For her age lawo lah dr nekta
Quote babynina30 6-8-2024 07:55 AM
For her age lawo lah dr nekta
Quote lasagna 6-8-2024 08:24 AM

tak dah. kn yg 1st tu dh berpisah.
so hak mutlak bang aji laa.
Quote prince_marhaen 6-8-2024 08:37 AM

pak aji anak tujuh dah divorce his first, kan masa tu kecoh theyols dah lama kawin sesenyap lepas arwah johan meninggal, pastu acah2 meratap arwah...walhal dah berkepit ngan pak aji kat langkawi...best friend arwah pulak tu.. anak pak aji pun meluat "bakal" konon... hahahahaha


Quote mae725874 6-8-2024 10:28 AM
sama je muka dia dari muda dulu.
Quote noor2 6-8-2024 10:33 AM
Dia ni lawa...walaupun gemok..tp lawa
Quote cikpah27 6-8-2024 10:46 AM
whatttt? Dah ceraikan isteri pertama????? Selepas anak 7 dah besar besar??? Pak aji dah lama usha bini kawan sendiri??? Sampai dah jadi balu terus ajak nikah & ceraikan bini sendiri???????
Quote cikpah27 6-8-2024 10:46 AM
whatttt? Dah ceraikan isteri pertama????? Selepas anak 7 dah besar besar??? Pak aji dah lama usha bini kawan sendiri??? Sampai dah jadi balu terus ajak nikah & ceraikan bini sendiri???????
Quote cruz2 6-8-2024 11:45 AM
Artis yg tak ku sangka dulu akan jadi penyondol atau isteri bernombor
Quote PinkyPie 6-8-2024 04:48 PM
Anak ustaz elok je letak gambar 34th anniversary kelmarin tak silap.
Quote Mary_jane 6-8-2024 04:52 PM
Oh dah cerai yang 1st rupanya. Hak milik sore dah lah ye.

Dapat gak masuk forum, tadi asik loading je page ni.

Lihat semua komen(199)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.069483 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top