CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk dakwa perang saudara tidak dapat dielakkan di Britain

5-8-2024 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9900| Komen: 2


LONDON – Downing Street mengecam Elon Musk kerana mendakwa bahawa ‘perang saudara tidak dapat dielakkan’ di Britain, lapor sebuah akhbar hari ini.

Seorang jurucakap pejabat Perdana Menteri Britain itu menegaskan, komen Musk langsung tiada  justifikasi.

“Kita bercakap tentang segelintir samseng yang membuat kacau dan mereka tidak mewakili seluruh rakyat Britain,” katanya.

Menurut jurucakap sama, maklumat salah dalam pada platform media sosial milik Musk, X boleh dipersalahkan kerana membantu menyemarakkan rusuhan dan serangan puak berhaluan kanan yang bermotifkan perkauman.

Berikutan pembohongan mengenai identiti suspek dalam serangan pisau di Southport pada Isnin minggu lalu, rusuhan tercetus sepanjang hujung minggu lepas di beberapa buah bandar di Britain.

Ia menyaksikan kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Hull, Halifax, Liverpool, London, Southport dan Rotherham.


Perusuh turut membakar hotel yang menempatkan pencari suaka di Manvers dan Tamworth.

Musk membalas kenyataan dan komen tidak benar semalam yang mendakwa bahawa keganasan Britain itu adalah ‘kesan daripada penghijrahan besar-besaran imigran dan dasar sempadan terbuka’.

“Perang saudara (di Britain) tidak dapat dielakkan,” kata pengasas Tesla dan SpaceX tersebut.

Komen Musk itu menandakan kali keenam sejak Oktober tahun lalu di mana beliau Musk mendakwa bahawa perang saudara berlaku di Eropah. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 6-8-2024 12:12 AM
Makin botak le si William. Risau kat yang kena cancer, yang kena kimo, rakyat huru-hara...ada jangkaan dia tak dapat jadi king.
Quote Itzy 6-8-2024 03:05 AM
Yahudi zionist elon musk laknatullah ni memang suka kalaj jadi perang di britain. Ni yang yahudi zionist mahukan, dia takut demonstrasi membela palestina makin berjaya di britain, sebab tu dihasut orang2 kristian yang anti islam dan racist. Yang bunuh tikam orang tu ialah lelaki kristian kulit hitam rwanda tapi umat islam yang kena tuduh dan nak bakar masjid. Jahat punya kafir laknatullah.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.043386 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top