CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gangsa kedua untuk Malaysia, PM ucap Tahniah kepada Lee Zii Jia

5-8-2024 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10037| Komen: 8




PETALING JAYA – Selepas kemenangan pingat gangsa yang diraih pasangan beregu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di dalam sukan Olimpik Paris 2024 semalam, kejayaan itu terus dikekalkan oleh pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia hari ini.

Zii Jia berjaya menundukkan pemain India, Lakshya Sen 13-21, 21-16, 21-11 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa sebentar tadi.

Dalam pada itu, nama Zii Jia terus menggungguli carta ‘trending’ Malaysia pada kedudukan nombor pertama dengan lebih 28,000 ciapan di laman X.

Antara tanda pagar yang mendominasi carta adalah Lee Zii Jia, Badminton, CongratulationsLZJ serta Another Bronze For Malaysia.

Dalam pada itu,  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia.

“Tahniah Lee Zii Jia! Satu lagi persembahan memukau yang menghadirkan pingat gangsa kedua untuk negara!” katanya.




Sumber :  KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 5-8-2024 10:56 PM
generasi chatgpt macam bangkem dah tak pandang dah sukan pprt gay tua macam olimpik nih
Quote gekkou 5-8-2024 10:57 PM
tahniah!!
first time kan dia join olympic?
Quote hyie 5-8-2024 11:16 PM
ok done tengok heols naik podium
Quote hyie 5-8-2024 11:17 PM
kemaruk replied at 5-8-2024 10:56 PM
generasi chatgpt macam bangkem dah tak pandang dah sukan pprt gay tua macam olimpik nih

bangkem suka layan sukan yang macam atlit nama Johnny Sins tu ke? larikkkkk
Quote alesandra 5-8-2024 11:51 PM
Satgi nusi mengelaim dan mencapub
Quote haruslah 6-8-2024 06:55 AM
gekkou replied at 5-8-2024 10:57 PM
tahniah!!
first time kan dia join olympic?

2nd time
1st time dia kalah R16

Lepas dr tu mcm2 hal jadi dia keluar BAM
3tahun kena kutuk....kesian jugak
Quote gekkou 6-8-2024 06:57 AM
haruslah replied at 6-8-2024 06:55 AM
2nd time
1st time dia kalah R16

owhhterima kasih atas pencerahan

tapi nampak juga attitude heols mcm ke laut sikit before this
sampai LCW pun ada tegur kan
semoga LZJ istiqamah since beliau ada bakat

Quote Ai_kiu 6-8-2024 09:22 AM
Training tanpa coach xmudah.
Keluar BAM menentang arus pun xmudah.
Mental touture kat socmed pun xmudah.

Hats off dpt medal lzj!


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.082952 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top