CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elok anak Rizal dan Maryam You Narae makan sayur, anak kita macam bagi makan bom

5-8-2024 11:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13012| Komen: 57



Anak kepada pasangan pempengaruh Maryam You Narae dan Rizal Ibrahim iaitu Rina mencuri tumpuan orang ramai dengan gelagat comelnya ketika menikmati hidangan yang diberikan ibunya sambil memberi reaksi wajah penuh teruja.

Maryam atau lebih mesra dengan panggilan Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video Rina sewaktu sedang menjamu selera dan menu yang disediakan juga mengikut plan makanan seimbang

Lebih menarik apabila kanak-kanak itu dilihat sangat menggemari sayur dimana berbeza dengan anak-anak sebayanya yang lain.

“Elok anak Rizal makan sayur, anak kau (Nur Jihan) nak bagi makan sayur dah macam nak bagi makan bom takut dia,” kata Shahrul Shah Neyzam di ruangan komen video yang dimuat naik di Facebook Duriankimchi baru-baru ini.

Sementara itu, pengguna Facebook, Farah Azirahman turut mengakui anak-anaknya juga tidak gemar makan sayur sedangakn dia dan suami amat menggemari lauk tersebut.


“Kenapa yang kadang terfikir juga, kita jenis penggemar sayur, memang tunjuk pada anak-anak kita malan sayur. Sampai pada mereka (anak-anak) macam nak bagi makan racun terutama sayur yang berdaun hijau,” kongsinya.


Kata wanita itu, semasa bayi dia memberikan anak-anaknya menu yang bercampur dengan sayur dan boleh dimakan dengan baik, namun meningkat ke alam kanak-kanak, makanan tersebut seperti sudah menjadi musuh kepada mereka.

Seorang lagi pengguna Facebook memaklumkan anaknya juga berdepan masalah sama sehingga sanggup memuntahkan semula makanan sekiranya tergigit sayur.

“Anak saya, daun bawang, daun sup (sekecil) pun kalau masuk mulut, dia muntahkan balik,” katanya.

Bagaimanapun, rata-ratanya pengikut pasangan pempengaruh itu memuji cara didikan mereka terhadap Rina kerana berjaya mengajar kanak-kanak itu makan sayur.

Rina bukan sahaja makan timun, malah si kecil comel itu juga berselera menikmati lobak merah, brokoli, lobak putih, salad serta pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran yang lain. 


Sumber – KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 5-8-2024 11:16 PM
Byk je eh anak orang lain makan sayur.
Tp sebab parents x gedik dok up untuk content...
Quote missyL 6-8-2024 12:12 AM
Ank aku elok je mkn brocoli mkn salad lol
Nk anak makan mak ayah pn kene mkn sayur
Quote missyL 6-8-2024 12:13 AM
slyfynx replied at 5-8-2024 11:16 PM
Byk je eh anak orang lain makan sayur.
Tp sebab parents x gedik dok up untuk content...

Kann
Quote Sunkiss8999 6-8-2024 06:55 AM
Si riena ni comel..tapi muka kemain melekit..macam tak mandi2..iols suka je mak dia si maryam tu..tapi iols tak berkenan kat bapak dia si ryzal tu..
Quote jihyomelly 6-8-2024 06:59 AM
iols suka je si rina nih..yg tak berkenan pak dia…
Quote jlo 6-8-2024 07:51 AM
sama..semua tak berkenan apak nye
Quote _kelly 6-8-2024 08:17 AM
pengakuan mak2 kat fb, suruh anak makan sayur tapi dia sendiri tak makan pastu heran anak orang lain suka makan sayur
Quote cattiecute 6-8-2024 09:17 AM
anak iols memilih sayur, macam brokoli, kobis, carrot je
tapi iols tak kisah pun
setiap anak beza
kenapa kena banding2kan.
biar la tu anak dia
Quote airmineral 6-8-2024 09:18 AM
seronok tgk anak2 makan sayur buah2 ni
mcm rina dan anak2 safuraa tu
Quote kakakko 6-8-2024 09:21 AM
iols and husband makan sayur.. tiap kali masak or makan luar memang ktorg makan je sayur. tp anak2 so far tak suka sayur.. guaneeee tuu.
Quote MoonRise 6-8-2024 09:36 AM
Makan sayur kena ajar dari baby. Umur 6 bulan dah blend sayur.
Pastu, mak bapak pon kena la makan jgk. Tunjuk contoh
Quote sukacactus 6-8-2024 10:04 AM
Ank2 aku mkn je sayur
Masa intro makanan kat ank2 dl, diaorang kenal sayur dl dr buah
Itu trick dia nak bagi ank2 suka sayur dari kecik
Quote marlindo 6-8-2024 10:10 AM
Anak2 we all makan je sayur masa kecik2, elok nak masuk 3 tahun kemain picky dah. Camne tu
Quote koko2 6-8-2024 10:11 AM
dah kalo mak pak pun malas makan sayur.. malas nk ajar anak makan ulam mentah... lg nak terkejut beruk?.... anak aku elok jer makan ulam mentah dr kecik... pegaga.. ulam raja.. selom.. daun tenggek burung
Quote kucingitam 6-8-2024 10:12 AM
anak kau je yang mcm kena bom..anak aku elok je haih makan sayur..anak org lain pun bnyk je makan sayur.. terpaling mengidolakan influencer la korang ni...aduhai..
Quote kikuri 6-8-2024 01:00 PM
ramai je budak2 suka makan sayur.. anak meols makan sayur, carrot, bayam sawi brokoli, ulam2 pun makan... anak sedara meols makan sayur...anak member makan sayur...kalo ada budak tak makan sayur pun nak buat mcm mana... nnti dia besor pandai2 la dia makan sayur
Quote zeetot 6-8-2024 01:30 PM
Anak iols masa start solid 6 bulan until 1 tahun lebih makan sayur. Now dah 3 tahun lebih kemain memilih, langsung taknak. Kakak taknak sayur nanti kakak muntah.

Hmmm. Stress gue. Mak pak makan je sayur.
Quote msdummy.2018 6-8-2024 02:21 PM
Timun tuh dia salut gula sblm bg makan.ada gak aku nmpk dia mcm kacau dgn kicapp...mcm resepi buat acar lah...ank aku pun makan acarrrrr..huhhh...tp kalo goreng biasa dia xmakan..cuba ko goreng kicap..dia makan lah..ko tepek salad? Ank aku pun anggap benda tuh bommmm...kena jd creative mom lahhhh
Quote Cyempaka 6-8-2024 02:40 PM
ramai je budak makan sayur. ada 1 budak melayu nama Amar. dia suka makan bawang dan sayur. mak dia pun rajin susun2 sayur cantik2 bagi dia makan.

ni si mak pun pemalas, hari2 nganga kagum tgk anak retis je, pastu kutuk anak sendiri kat socmed

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.084033 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top