CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lumayan sungguh bayaran ditawarkan 'VVIP' buat Sharifah Rose -“Saya pernah dapat mesej tawaran RM60,000 hanya untuk teman makan"

5-8-2024 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13315| Komen: 43


PELAKON dan pempengaruh media sosial, Sharifah Rose mendedahkan pernah menerima tawaran RM60,000 sebagai ‘peneman’ golongan kenamaan atau VVIP.

Menurut Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 25, bayaran lumayan tersebut ditawarkan kepadanya untuk menemani golongan kenamaan makan.

“Saya pernah dapat mesej tawaran RM60,000 hanya untuk teman makan sahaja.

Tapi saya fikir agak mengarutlah nak teman makan sahaja, apatah lagi tidak mengenali individu yang perlu ditemani itu,” katanya.

Tambah pelakon drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu, sikapnya yang introvert juga antara sebab dia menolak tawaran tersebut.

Selain jadi teman makan, dia juga pernah dipelawa untuk bercuti oleh individu tidak dikenali dalam Instagram.

“Saya jenis introvert, jadi saya rasa macam bahaya dan tak mahu pergi.


Teman makan, teman pergi bercuti tapi saya tidak pernah balas pun. Tetapi yang buat tawaran itu adalah seorang perempuan.

“Kadang-kadang kita tak tahu dengan siapa kita berkawan. Muka nampak baik tapi macam itulah kejadiannya,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah Liyana juga pernah menjadi sasaran seorang wanita yang menyamar sebagai Nadia Brian menawarkannya menjadi ‘peneman’ golongan VIP dengan bayaran lumayan RM15,000. 


Sumber – HIBGLAM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 6-8-2024 05:27 AM
Bila keluar cerita macam ni maknanye dah sendu..
Quote Olumis 6-8-2024 05:55 AM
Cantik kerrr?
Quote matjerk 6-8-2024 06:43 AM
Tu scammer dik.. rakyat marhaen pun dpt mesej cemtu
Quote aint 6-8-2024 07:01 AM
kalo vvip tu dh berminat, conpem dia antar driver pi pick up ko... tak koser nk msg offer rm60k heheh
Quote awex^returns 6-8-2024 08:25 AM
introvert lah sangat, gediknya macam apa
bukan dia ke yang buka tudung masa jalan kat oversea ngan anak tiri tokti
Quote _kelly 6-8-2024 08:29 AM
trend kasut merah ni dah datang balik
nak pakai boleh tapi tak semua boleh carry ya kaler2 macam ni even influenza pon ada yang nampak kepam sebab tak pandai match color
Quote cattiecute 6-8-2024 09:15 AM
muka ko awam je , cuba try lagi next time
yang msg ko tu semua scammer je
pernah tak orang msg ko nak beli syiling lama?
haaaa.
Quote kucingsiti 6-8-2024 09:21 AM
dikrose.. cuba screenshot invitation tu share. Baru acik percaya

Quote aemon 6-8-2024 09:21 AM
awex^returns replied at 6-8-2024 08:25 AM
introvert lah sangat, gediknya macam apa
bukan dia ke yang buka tudung masa jalan kat oversea ngan a ...

introvert dgn geng2 b40 tetapi extrovert dgn geng t20.
Quote fifie_olin 6-8-2024 09:24 AM
60k?? teman mkn la sgt
Quote silance 6-8-2024 09:44 AM
matjerk replied at 6-8-2024 06:43 AM
Tu scammer dik.. rakyat marhaen pun dpt mesej cemtu

Dia baca messege tak abis tu....
Kat bawah sekali, scammer tu suruh transfer duit 60k....
Quote TabletSusu 6-8-2024 10:15 AM

teman makan dalam bilik?
Quote PejuangBerani 6-8-2024 10:22 AM
meols kagum dengan she punya sangkaan baik yg mmg ade VVIP nak kat she..sanggup offer duit untuk keluar dgn she..takan la she tak terpikir scammer..adoii..lawak sungguh siap claim introvert..
Quote cruz2 6-8-2024 11:49 AM
Tepi sikit dik rose.. Skrg musim anak dara noniswara di up di kaca tv dan soc med
Quote sajebosan 6-8-2024 11:53 AM
Masalahnya dia bila bukak tudung, terus below marhain
Quote TomyamPuteh 6-8-2024 12:00 PM
60k je ke? Setengah bulan gaji aku (komen acik2 Forum T20 yg membongak di sebalik NN).
Quote Sazreena 6-8-2024 12:35 PM
Introvert la sangaaat...drpd offer 60k kat ko baik offer si erysha tu...
Quote awenda507 6-8-2024 01:58 PM
muka below par pun ada dpt offer mcmni? haha
Quote fifie_olin 6-8-2024 03:19 PM

di makan?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.098783 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top