CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Mini Santorini’ Di Cameron Highlands Dirobohkan Oleh Pihak Berkuasa, Rupanya Dibina Secara Haram

6-8-2024 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7625| Komen: 35




Siapa yang baru mengungjungi Cameron Highlands beberapa bulan lalu pasti pernah pergi ke satu lokasi tarikan pelancong yang baru iaitu Mini Santorini mirip Santorini, Greece.

Bertemakan biru dan putih, ia menjadi pilihan ramai pengunjung untuk datang mengambil gambar dan mempromosikan tempat itu di media sosial.

Memetik Beautifulnara, hanya selepas sebulan ia dibuka Mini Santorini telah dirobohkan kerana pembinaannya didakwa dilakukan secara haram.



Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) bersama beberapa agensi pihak berkuasa yang lain dalam satu operasi dilakukan semalam telah menggempurkan lokasi terbabit.



Operasi berkenaan diketuai oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Azmil Hadid bin Maznan dan bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi.

"Tindakan penguatkuasaan ini diambil berdasarkan Seksyen 70(1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang menyatakan kesalahan pembinaan tanpa kelulusan."


Menerusi hantaran di Facebook MDCH, penguat kuasa yang terlibat dalam operasi itu dilihat merobohkan struktur dinding dan binaan Mini Santorini termasuklah kaunter yang diletakkan di bahagian hadapan.

MDCH turut menggunakan jengkaut dalam aksi perobohan berskala besar ini dan berharap ia dijadikan pengajaran serta iktibar buat orang ramai agar tidak melakukan pembinaan secara haram.

Sayangnya, bina dah cantik macam tu punya besar rupanya pembinaan secara haram.




Sumber: Facebook, Beautifulnara










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue_blur 6-8-2024 06:54 PM
sebab dah sebati dalam fikiran kita, kalau dah buat besar cantik2, takkan nya penguasa nak datang pecah roboh kan....

Quote makneng 6-8-2024 06:58 PM
Haha punyalah lama mak x cemar duli le kameren hilend langsung x tau apa yg dah jadi kat sana. Nasiblah sape suruh buat secara haram. Cash!
Quote msdummy.2018 6-8-2024 07:35 PM
Padan muka...hilang nk unting terusss
Quote sharlenetexas 6-8-2024 09:01 PM
Haram rupa2nya.

Quote miss_white 6-8-2024 09:06 PM
Terbaik majlis daerah cameron highland
Jangan takut jgn bg muka

Yg main pacak ni siapa pendatang ke local
Quote pearl.silver 6-8-2024 09:09 PM
Bln 7 haritu gi dah tutup santorini ni.. depa pindah tempat lain.
Quote sfrnna 6-8-2024 09:13 PM
Thorbaikk. Maybe owner santorini ni x berapa nak ada connection dgn org government???
Quote None68 6-8-2024 10:19 PM
Tak bayar ufti ke?
Quote elnor_81 7-8-2024 10:43 AM
Ad org komen kt tt, nape mse dlm pembinaan x halang..dh siap lawa bru sbuk nk roboh...
Iols senyum sini sahaja
Quote She-Ra 7-8-2024 12:01 PM
lama gila tak p CH... sejuk lg kah?
iols baru balik dr Batam, pegi ke De Sands Santorini of Batam. mmg port ootd, layan sunset, kopi2 mkn2 sambil layan live band. ok la utk lepak2 petang-malam
Quote She-Ra 7-8-2024 12:02 PM
lama gila tak p CH... sejuk lg kah?
iols baru balik dr Batam, pegi ke De Sands Santorini of Batam. mmg port ootd, layan sunset, kopi2 mkn2 sambil layan live band. ok la utk lepak2 petang-malam
Quote FOTHER-MUCKER 7-8-2024 12:24 PM
Banggunan tinggi Di kl tu pun ada. Sewaktu minta kelulusan 10 tingkat ataupun ketinggian yang diluluskan hanya 10 tingkat bila dah siap jadi 20 tingkat. Sampai sekarang masih berdiri teguh. Penduduk buat report pun tak jalan sebab tak tau berapa $$$$ rasuah dibayar pada DBKL ke apa.
Quote FOTHER-MUCKER 7-8-2024 12:24 PM
Banggunan tinggi Di kl tu pun ada. Sewaktu minta kelulusan 10 tingkat ataupun ketinggian yang diluluskan hanya 10 tingkat bila dah siap jadi 20 tingkat. Sampai sekarang masih berdiri teguh. Penduduk buat report pun tak jalan sebab tak tau berapa $$$$ rasuah dibayar pada DBKL ke apa.
Quote sukacactus 7-8-2024 01:58 PM
Masa ke Glamz Hill CH early last year, mmg npk jelas binaan biru putih, masa tu dome besar tu je la yg nampak even bukit tu kat seberang sana
Aku yg baru sampai situ pun boleh perasan, heran jg pihak berwajib br ‘perasankan’ building ni after dah berbulan
Kalau tersorok, dgn cat camouflage tu aku paham la jg
Quote Weller 7-8-2024 03:50 PM
elnor_81 replied at 7-8-2024 10:43 AM
Ad org komen kt tt, nape mse dlm pembinaan x halang..dh siap lawa bru sbuk nk roboh...
Iols senyum s ...

baru naik taip soalan yang sama

huhuhu
Quote adm7 7-8-2024 05:23 PM
Kuil dan tokong haram tak berani nak robohkan ke??
Quote Dalcott 8-8-2024 12:18 PM
asal masa mula2 buat tak check. ni tak dpt habuan la. tiba2 nak pecahkan
Quote Dalcott 8-8-2024 12:20 PM
Edited by Dalcott at 8-8-2024 04:21 AM

Quote noah8670 10-8-2024 03:03 PM


tak selit tepi la tu.. ke sbb sultan hari tu ... baru terbuka mata majlis

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.035347 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top