CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh Di Singapura, Ustaz Mohon Doa Mudah-Mudahan Pengakhirannya Menjadi Lebih Baik

7-8-2024 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7239| Komen: 59



Setelah mengalami kontroversi panjang, ditangkap khalwat dengan pelakon  Ruhainies dan penceraian dengan bekas isteri, Bella Astilah, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dipercayai telah menyertai aktiviti bersama jemaah tabligh baru-baru ini.

Menerusi perkongsian oleh seorang pendakwah iaitu Ustaz Haji Taufik di TikTok, kelihatan penyanyi berusia 33 tahun itu sedang berada di salah satu masjid di Singapura.


Dalam masa yang sama, ustaz tersebut memohon agar orang ramai tidak mudah menghukum terhadap manusia yang lain.

"Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga?"

"Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik dan mudah-mudahan pengakhirannya semuanya akan menjadi lebih baik."


"Ulama beritahu, ‘hakikatnya di dunia ini tiada orang jahat sebenarnya tetapi mereka yang tersalah memilih suasana.’

Selain itu, Ustaz Taufik juga berharap aktiviti keagamaan berkenaan dapat memberi manfaat kepada mereka.

"Mudah-mudahan suasana agama ketika keluar tiga hari ini akan menjadi medan tarbiah untuk kami islah diri dan belajar menjadi orang yang baik di sisi Allah SWT."



Terdahulu, pada 2021 Aliff turut berkongsi dia merasa bersyukur kerana ditunjukkan jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mendalami ilmu agama menerusi jemaah tabligh selepas hatinya tergerak melihat satu hantaran Instagram yang dikongsi bekas penyampai radio, Faizal Ismail (FBI). Aliff juga cukup teruja berkongsi pengalamannya selama tiga hari menyertai tabligh ketika itu.


Sumber : Rotikaya










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Olumis 7-8-2024 06:15 PM
MO yang sama. Ingat orang percaya?
Quote princessmiang 7-8-2024 06:17 PM
Tonggang jangan tak tonggang
Quote -Suri- 7-8-2024 07:08 PM
Start balik ke drama gud2?
Quote zuriey 7-8-2024 08:15 PM
Org malaysiakan cpt lembut hati
Tgk dah berubah sikit maapkan lah
Quote sapeka 7-8-2024 08:17 PM
Elok la tu daripada dok rumah tak buat apa
Quote moolanji 7-8-2024 08:23 PM
Yang baik baik kita doakan.. semoga istiqamah. Aaminn YRA
Quote mrsLucky 7-8-2024 08:27 PM
Edited by mrsLucky at 7-8-2024 08:42 PM

bagus stay dekat Singapore terus. I dah x caya dengan mamat ni.

Sekarang entah siapa dia mengayat..he x boleh takde perempuan..
Quote Hoola 7-8-2024 08:37 PM
playboya-skandal-cerai-insof-skandal-cerai-insof

netijem tersenyum sinis
Quote noor2 7-8-2024 08:39 PM
Nanti up balik topik ni kalau dia kembali kepada perangai kaki perempuan,  tidur rumah perempuan ke, pi kelab mlm ke...atau mabuk2 ke
Quote hokeypokey 7-8-2024 08:54 PM
Siaran ulangan ke ni???
Quote Rogue98 7-8-2024 08:57 PM
Takpeelah ustad...ustad jaga jer lah dia kat Sgpore tu. Cakap kat dia takyah tunjuk muka kat Msia dah...semakkk..kalau boleh bwk sekali Duta tu duk sana...
Quote sharlenetexas 7-8-2024 09:06 PM
Tak ajak ruha sekali join aktiviti muslimah?

Quote goldcarrot 7-8-2024 09:07 PM
P R O P A
Quote dua_chzy 7-8-2024 09:16 PM
Masuk gereja je la Alip.
Quote shernazz 7-8-2024 09:18 PM
Berlakon kat singapore saja lah
Usah masuk malaysia melainkan jumpa anak
Quote LaskarHijayu 7-8-2024 09:22 PM
Tak lama lg rujuk lettewww
Quote Whitney72 7-8-2024 09:28 PM
3 hari je ke? Mmmmm...

buat modal utk win balik hati Msian kot
Quote Belibis 7-8-2024 09:29 PM
Itu jer la modal ko..tunggang kuda sambil tunggang agama.
Quote Jikookie 7-8-2024 09:30 PM
Susah dah nak percaya dia ni. Fake semacam

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.150188 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top