Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang atlet Amerika Syarikat (AS) yang sedang melakukan ‘catwalk’ di trek larian pada temasya sukan Olimpik Paris 2024. Apa yang menarik, hantaran tersebut meraih perhatian wargamaya Malaysia apabila wajah atlet tersebut dikatakan mirip dengan pempengaruh terkenal, Imran Bard. Sedar dirinya menjadi bualan, Imran yang menyiar semula (repost) video tersebut di aplikasi X berseloroh mengatakan dirinya ketika ini sedang bersedia untuk memulakan larian 4×4.
Pemilik nama Muhammad Al Imran Badaruddin ini turut meminta orang ramai untuk mendoakannya agar memenangi pingat emas bagi acara tersebut. "(Masuk acara) 4×4 kejap, doakan dapat gold okay?" Lebih menghiburkan, Imran berseloroh mengatakan bahawa permohonan visa yang dibuatnya pada Julai lalu adalah kerana mahu mewakili Amerika Syarikat bagi kategori tersebut di temasya sukan berprestij itu. "Sebab inilah saya minta visa sebab nak wakil AS." Disebabkan mempunyai raut wajah yang hampir sama, seorang netizen bertindak menghantar hantaran mesej (DM) kepada atlet yang dikenali sebagai Anna Cockrell dan memaklumkan mengenai isu tular itu kepadanya. Tanpa disangka-sangka, Anna yang begitu peramah membalas hantaran DM netizen tersebut dan memaklumkan dia juga ada menerima hantaran mesej daripada pengguna media sosial di Malaysia dan Indonesia. Sumber: Aplikasi X Imran Bard, Aplikasi X kichiiiiii, Oh Bulan |
Sendawg replied at 8-8-2024 10:34 AM
Attention whore betul Imran Bard. Nak buat modal la tu nak pergi Coachella.
Sendawg replied at 8-8-2024 10:34 AM
Attention whore betul Imran Bard. Nak buat modal la tu nak pergi Coachella.
Sendawg replied at 8-8-2024 02:34 AM
Attention whore betul Imran Bard. Nak buat modal la tu nak pergi Coachella.
Sendawg replied at 8-8-2024 10:34 AM
Attention whore betul Imran Bard. Nak buat modal la tu nak pergi Coachella.
ADVERTISEMENT