CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta Berdebar Nak Hantar Rombongan Merisik Anak Sulung – "Saya Suka Wanita Pilihannya Kerana Bertudung, Tidak Mempunyai Sosial Media"

8-8-2024 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11255| Komen: 75



Dramatis dan usahawan, Rozita Che Wan akui berdebar menantikan acara merisik anak sulungnya iaitu Ammar Effendy, 28, yang akan berlangsung minggu hadapan.

Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta berkata, dia tidak meletakkan sebarang syarat kepada Ammar dalam memilih pasangan hidup, namun gembira dengan pilihan anaknya.

"Saya akan hantar rombongan merisik minggu hadapan. Perasaan memang sangat berdebar sebab pertama kali."

"Sebelum ini dalam solat sentiasa mendoakan anak-anak dapat jodoh yang terbaik. Sebagai ibu, saya mahu anak saya bahagia tidak kisah dengan siapa pun."

"Saya tidak meletakkan sebarang syarat untuk dia cari jodoh, pada saya kalau dia gembira dengan pilihannya, maka saya juga akan turut gembira."

Che Ta berkongsi mengenai perkara menerusi video temu bual bersama Hlive.

Dalam pada itu, Che Ta berkata, wanita pilihan anaknya itu seorang yang ringkas selain tidak mempunyai akaun media sosial.




"Saya suka wanita pilihannya kerana bertudung. Apa pun bergantung kepada si suami untuk mendidik isteri meskipun bertudung atau tidak."

"Wanita itu dan tidak mempunyai sosial media. Saya sudah keluar makan malam bersamanya dan dia sangat ‘simple’ orangnya. Wanita itu berasal KL tetapi bapanya duduk di luar negara."

Tambah isteri kepada Zain Saidin ini, cincin merisik juga sudah dibeli.

"Cincin merisik sudah beli. Saya kata dengan Ammar, beli cincin yang wanita itu suka. Cincin yang dia minat pun ‘simple’."

Agak-agaknya siapalah gadis bertuah itu yang bakal menjadi menantu Che Ta?

Sumber:  Hlive, Oh Bulan











Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 8-8-2024 02:16 PM
Dh nk dpt menantu dh cheta, tak lama lagi timang cucu..
Quote mawarkhayalan99 8-8-2024 02:57 PM
yaqin ke nekta bakal menantu chuols takde socmed
Quote lasagna 8-8-2024 03:01 PM
xpe, nti mak mertua buat kan socmed utk menantu yaa...
Quote lasagna 8-8-2024 03:01 PM
xpe, nti mak mertua buat kan socmed utk menantu yaa...
Quote Cpkay 8-8-2024 03:15 PM
banyak je yg ada soc med tapi mcm takde.. just jadi sr dan tak letak nama betul..
Quote Cpkay 8-8-2024 03:16 PM
ramai je yg ada soc med tapi mcm takde.. just jadi sr dan tak letak nama betul..
Quote manehnya 8-8-2024 03:42 PM
teringin nk tgk bakal menantu cheta..
Quote kakasotong2 8-8-2024 03:49 PM
Nekta mana boleh tahan ada pesaing. Mana boleh mertua menantu sama naik gila publisiti. Ye dok nekta. Tetap kena ada satu je queen dalam family nekta which is nekta sendiri lah kan
Quote kucingitam 8-8-2024 04:02 PM
kawan2 aku ada 2-3 orang takde social media. rileks je drg.. tak heran apa pun jadi takde lah pelik sgt menantu che ta ni
Quote mizzmimi 8-8-2024 04:20 PM
Tahniah kuin kodiang.. pasni bakal menantu pun bakal diexpose dek bakal makmer tu.. menantu retisss katanye..
Quote mizzmimi 8-8-2024 04:23 PM
Seiras sangat muka ammar ni ngan maknya.. kalo pakai mekap mesti macam kembar
Quote sleepandream 8-8-2024 04:56 PM
takde social media doesn't mean a good thing okey...
sebagai contoh... she may not aware of your son video... tibehhhhh
Quote I.K.A888990 8-8-2024 05:12 PM
oooo dah nak bermenantu eh acik
syukur dpt menantu jangan dpt hantu sudahhhhh
Quote noor2 8-8-2024 05:14 PM
Bestla menantu dpt mertua lawa
Quote asamfish 8-8-2024 06:02 PM
sesama anak pilot jugak kewwww?
Quote MissVixen 8-8-2024 06:07 PM
Bahaya takde media sosial dan tak ambil tahu hal semasa ni. Perempuan ni mesti tak tahu kes video anak dia, perangai cheta dll. Sanggup ke nak jadi menantu cheta kalau diri sendiri sukakan ketenangan dan tak suka bising2? Dah masuk keluarga cheta, nak bercuti pun baju kena sama warna macam boria.
Quote slyfynx 8-8-2024 06:14 PM
Tp.... anak ade leak.

And, mcm sgt yakin je kamu wanita itu xde sosmed
Quote TerataiMelur02 8-8-2024 06:26 PM
Entah entah bakal menantu top forumer kat sini
Quote Manusiabesa 8-8-2024 06:30 PM
Xsngka rupanya jiwa che ta ni simple je. Baju2 sndiri sarat mcm apa, tp bntu anak buat pilihan cari bini ternyata simple. Best dgr che ta jwb kt iv. Xsbr nk tgok bakal menantu mesti comel...  ujung2 cari yg xda medsos jugak nk buat bini... all the best che ta.. nmpk gaya dia akn jd mil yg terbaik.... matang bethol cara uruskn anak nantu..bkn overrr sgt mcm cyst tuu

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.051080 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top