CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta Sayang Menantu, Tak Kisah Tinggal Serumah - "Nak Ringankan Beban Menantu, Saya Tak Kisah Ambil Pembantu Rumah Untuk Mereka"

8-8-2024 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12953| Komen: 92





Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta ada memberitahu akan pergi merisik bakal menantu untuk anak sulungnya, Ammar.

Memetik HibGlam, memahami anak lelaki tidak pandai melakukan kerja dapur, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, sedia menggajikan pembantu rumah demi keselesaan menantunya apabila berkahwin dengan putera sulungnya kelak.

Kata Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, 53, sejak kecil ketiga-tiga anaknya termasuk Ammar Effendy yang kini berusia 28 tahun kurang tahu melakukan urusan rumah disebabkan hanya diminta fokus terhadap pelajaran.

“Semuanya silap saya sendiri yang meminta mereka tumpukan perhatian pada tugasan berkaitan sekolah, manakala urusan kerja rumah saya atau pembantu yang selesaikan.

"Kalau dah kahwin nanti saya tak yakin dia boleh tolong isterinya mengemas ataupun buat kerja di dapur sebab buang sampah pun dia geli. Jadi, nak ringankan beban menantu saya tak kisah ambil pembantu rumah untuk mereka."


“Saya pun sejak kahwin dulu Zain (suami) ambil pembantu rumah untuk tolong saya. Tiada masalah pun, janji menantu ‘happy’, saya pun senang hati,” katanya kepada HibGlam.

Pada masa sama, pelakon Rombongan Makciks ke Dataran Merdeka itu berbesar hati andai anak menantunya mahu tinggal di rumahnya selepas berkahwin.

Saya tak kisah kalau mereka nak tinggal asing tapi duduk di rumah saya untuk permulaan membina kehidupan baru pun saya tak kisah walaupun ada orang cakap jangan duduk dengan mentua.

“Di rumah saya sekarang tak sampai 10 orang termasuk mak mentua. Kalau mereka mahu tinggal sekali, alhamdulillah,” ujarnya ketika ditemui pada pelancaran Kempen Inilah Kita Astro, semalam.

Terdahulu, Che Ta mendedahkan bakal merisik calon menantu untuk putera sulungnya, Ammar Effendy minggu depan yang juga disifatkan sebagai wanita baik, berpendidikan serta daripada keluarga mementingkan agama.

Pilihan anak bujangnya itu dikatakan berhijab, sederhana serta tidak layan media sosial.

Begitupun, majlis pertunangan mahupun tarikh pernikahan yang dijangka dilangsungkan tahun depan hanya dibincangkan pada acara merisik.

Selain Ammar, Che Ta turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Aniq Ezzra, 24 dan Aaisyah Dhia Rana, 10.

Bertuah sungguh dapat jadi menantu Che Ta, siap nak sediakan orang gaji lagi.

Sumber: HIBGLAM









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 8-8-2024 03:46 PM
wow, msti nti hari merisik baju sedondon lg sekeluarg di hari raya
Quote black_handbag 8-8-2024 04:30 PM
anak jantan cheta ni keje apa? dah nak kawin sape yg nak bagi makan tu bininya
Quote TerataiMelur02 8-8-2024 04:41 PM
Good luck la ya bakal menantu. Melainkan sejenis menantu tak kisah tak balik rumah mak sendiri di hari raya ok la
Quote dagusengett 8-8-2024 06:27 PM
Aiyoooo nanti depa pikir la sendiri
Nak amik pembantu yg live in ni kena jaga2
Yg import dari negara seberang east ke west ke bukannya mai sini nak kerja sgt pun
Tapi kalau dah ada anak kot dpt kembar 2-3 kenala ada pembantu
Che ta jadi nenek tak perlu la buat kerja apa pun knn
Colleague i dulu resign sekejap sbb menantu dpt kembar 3 haha
Depa besar sikit masuk balik kerja haha
Quote Ciktiekus 8-8-2024 06:40 PM
Good luck la ye..aritu nak g bercoti pon mak yg kemaskan dari baju kasut smua nak sedondon..
Quote Afifi82 8-8-2024 06:41 PM
Bertambah la ahli keluarga boria Cik Ta raya nanti.
Quote menjad 8-8-2024 06:44 PM
Tambah menantu beraya sedondon tahun depan, tiap tahun juger berbaju perantin sambut aniverseri.
Ntah berapa pasang baju pulak nti tuhhhhh
Quote jihyomelly 8-8-2024 06:44 PM
boria sakan la raya nanti..menantu pun mesti brapa puluh pasang baju raya kena sama dgn mak mertua
Quote uori 8-8-2024 06:45 PM
sampai nak  buang sampah pun geli. iols is kagum. kalau kena anak sendiri memang dimaafkan tapi cuba menantu laki nanti buat perangai gini
Quote matjerk 8-8-2024 08:16 PM
Che ta nak tak duduk serumah dgn mertua jaga.. tgk tgk kan mertua che ta yg dah uzur tu?
Quote yangsemb 8-8-2024 08:31 PM
Wah untung laa
Quote zuriey 8-8-2024 08:39 PM
Knp ko pula yg kena gajikan bibik
Ank ko tak ada pendapatan sendiri kah hanat
Quote cruz2 8-8-2024 08:39 PM
matjerk replied at 8-8-2024 08:16 PM
Che ta nak tak duduk serumah dgn mertua jaga.. tgk tgk kan mertua che ta yg dah uzur tu?

Bukan dia bgtau mak mertua duduk sekali ke?
Quote matjerk 8-8-2024 08:56 PM
Sementara bakal mertua whoever yg sorang lagi....
[fbvlink]https://www.facebook.com/reel/996838081497671/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v[/fbvlink]

Quote TomyamPuteh 8-8-2024 09:25 PM
Anak Cik Ta yg nk kawin, nerakazen yg sibuk menyusun duit poket diorg.
Quote alesandra 8-8-2024 10:09 PM
matjerk replied at 8-8-2024 08:56 PM
Sementara bakal mertua whoever yg sorang lagi....

Amboi dia boleh ... sampai x hingat dunia.menantu kena opposite.selalunya lah kannn karma  is  a bitch bak kata org.kalo ko kurang hajar dgn mak mentua... bakalan mendapat balasan yg sama leww atau lebih teruk
Quote cm_vungtau 8-8-2024 10:53 PM
Pandai pulak nak menantu tak main socmed. Takut lettew.
Quote mekfazura 9-8-2024 08:38 AM
TAK KESAH TINGGAL SERUMAH TU ISU LAIN... ANAK KERJA APA?
Quote prettyuglybabe 9-8-2024 10:52 AM
anaknya jantan looser ke sampai semua mak bapak kena sediakan?

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.135630 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top