CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sebenarnya Arwah Bapa Tak Bagi Saya Jadi Pelakon, Dia Kata Industri Ini Sangat Bahaya’ – Anak Azmil Mustapha, Alya Iman

9-8-2024 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27192| Komen: 76



Pelakon Alya Iman mendedahkan bapanya, Allahyarham Azmil Mustapha tidak membenarkannya untuk menceburkan diri dalam industri seni.

Menerusi temu bual bersama Nona, pemilik nama Nur Alya Iman Azmil berkata, arwah bapa melarangnya kerana berpendapat bahawa tidak mudah untuk berada di dalam industri seni yang sangat mencabar.


Difahamkan arwah Azmil juga tidak pernah berkongsi cerita tentang dunia lakonan bersama puterinya itu.

"Sebenarnya dia tak bagi saya jadi pelakon, dia kata industri ini sangat bahaya sebab itu dia tidak lagi berada di dalam industri."

"Dia tak pernah bagi tips dan tak pernah cakap tentang lakonan dengan saya. Jadi saya buat sahaja dan tengok filem-filem dia sebelum ini."


"Tapi saya nak elakkan untuk mengingati perkara itu sebab saya sangat beremosi dan mudah menangis."

Dalam pada itu, Alya mengakui telah membuatkan ramai peminatnya kesal namun dia tetap menghargai sokongan mereka.

"Saya tahu saya kecewakan ramai peminat saya tetapi saya mahu ucapkan terima kasih kepada mereka semua kerana tetap menyokong saya."

Dalam masa yang sama, aktres berusia 23 tahun itu turut mendedahkan dia mengalami masalah kesihatan mental iaitu social anxiety (Gangguan Kebimbangan Sosial).



Masalah tersebut telah menjejaskan keyakinannya untuk menjadi model di pentas peragaan.

"Sebenarnya saya ada social anxiety dan saya tak suka pentas. Tahun lepas saya buat (catwalk) hanya untuk beranikan diri sahaja dan buat keputusan untuk tidak melakukannya lagi.

"Ketika ini pun kalau saya jumpa ramai orang saya akan menggigil."


Sumber - TikTok Nona, OhBulan











Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 9-8-2024 02:37 PM
Dah tu jgn la x dgr cakap ayah...
Quote Thunderclouds 9-8-2024 03:10 PM
Yaawwnnnn
Quote I.K.A888990 9-8-2024 03:13 PM
tapi laku jugak eh dia ni berlakon
Quote mrsLucky 9-8-2024 03:30 PM
Bukan dia ke yang ada affair dengan kezen Ned dulu.. ?
Quote green~tea 9-8-2024 03:33 PM
Industri apa??? Pelacuran??
Quote kucingitam 9-8-2024 03:43 PM
betul kata apak ko dik...dengarlah cakap dia..
Quote anony-mous 9-8-2024 03:58 PM
Jd pelakon tu xde la malukan sgt nama bapak ko. Tp pegi jg pompuan simpanan tu lg teruk. Xmalu plak tu
Quote adra5028 9-8-2024 03:59 PM
aah mmg bahaya..dari elok bertutup..lepas ayah meninggal terus hilang
Quote alieyrina 9-8-2024 04:16 PM
Ok..pastu ?
Quote tulip-rain-2 9-8-2024 04:19 PM
Oh pelakon ke dia ni
Quote KamikuP 9-8-2024 04:28 PM
Dia ni penyondol gak kan?
Quote mamapea 9-8-2024 04:38 PM
dia buka tudung bg aku tak lawa mana pun...pakai tudung lg comel...
Quote airmineral 9-8-2024 04:42 PM
bangga ke bagitau semua orang diri sendiri tak patuh nasihat bapa?
Quote dewi_rina 9-8-2024 04:45 PM
Dia ni masa kecik-kecik dok tanah arab kan? Rebel lah ni, masa kecik pakai tudung
Quote anilanil 9-8-2024 04:52 PM
Betol la kata2 arwah bapak tu. Welcome to al-mujaharah world alya. Hang kan pandai bahasa arab. Takkan tak paham?
Quote chikumanis 9-8-2024 04:57 PM
tu lah, kan bapak dah nasihat! tak nak dengar...sampai kan nak berskandal dengan suami orang yg pakai jam tangan kiri kanan tu. rupa ada tapi janganlan berpeleseran sangat. buat hidup tu jadi classy n eksklusif sikit..
Quote pocongkiutss 9-8-2024 04:58 PM
Social anxiety la sgt .siap bersuga daydeh
Quote aemon 9-8-2024 05:11 PM
bapak ko mcm dah nmpk masa depan ko je.pelakon pempuan ni byk yg jd sundel untuk kelangsungan hidup.beza dgn penyanyi.

sempat lg nk berubah. manalah pergi mamat dua jam tangan tu ye?
Quote cattiecute 9-8-2024 05:16 PM
anony-mous replied at 9-8-2024 03:58 PM
Jd pelakon tu xde la malukan sgt nama bapak ko. Tp pegi jg pompuan simpanan tu lg teruk. Xmalu plak  ...

dia ni ke jadi SB yang laki gemuk gedempol tu?
ash2 apa tah namanya

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.055373 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top