Pendakwah Haris Ismail berpesan kepada golongan lelaki untuk menyediakan tempat tinggal terlebih dahulu kepada bakal isteri sebelum mendirikan rumah tangga. Haris atau mesra disapa PU Riz berkata, perkara itu juga ada disebut oleh Baginda Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. "Nanti bila sudah kahwin, yang datang lebih besar adalah tanggungjawab. Yang datang lebih besar adalah nafkah yang perlu diberikan. Handsome kalau tak beri nafkah, tak guna juga." "Kepada orang lelaki, apa yang sepatutnya dibuat sebelum kahwin? Nabi kata, ‘wahai lelaki, sebelum kahwin perlu sediakan tempat tinggal’. Tidak kira sewa atau beli, mesti sediakan tempat tinggal." "Perkara ini juga ada ulama kata wajib dan ada sunnah kata mesti dibuat." Haris berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya ketika dia menyampaikan ceramah di sebuah acara. Dalam pada itu, Haris berkata, Allah murka dengan golongan lelaki yang gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami. "Sebab itu, zaman sekarang ada lelaki yang kahwin dengan isteri kaya kemudian dia kata ‘i’m so happy, living in the house tak perlu bayar apa-apa, hidup senang’, tetapi itulah kemurkaan Allah." "Sebab tak faham apa yang disuruh Allah. Bila tak bahagia kemudia barulah nak persoal, sedangkan perkara yang pertama pun tidak dibuat." Sumber - OhBulan WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
princessmiang replied at 9-8-2024 02:56 PM
Lelaki wajib jaga kemaluan jangan tayang merata
princessmiang replied at 9-8-2024 02:56 PM
Lelaki wajib jaga kemaluan jangan tayang merata
princessmiang replied at 9-8-2024 02:56 PM
Lelaki wajib jaga kemaluan jangan tayang merata
bawaku_terbang replied at 9-8-2024 04:33 PM
oh patulah the noor tu kalut keluar statement xde kaitan ehh..
bawaku_terbang replied at 9-8-2024 04:33 PM
oh patulah the noor tu kalut keluar statement xde kaitan ehh..
ADVERTISEMENT