CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Parut Sebatan Kekal Hingga Ke Liang Lahad” – Ameng Spring

10-8-2024 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37714| Komen: 13


Penyanyi Ameng berkata hukuman penjara dan 10 sebatan diterima  pada 2011 akibat penyalahgunaan dadah cukup menginsafkan dirinya dan tekad untuk berubah.

Memetik Harian Metro, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkata sejak menjalani hukuman itu,dia berusaha memperbaiki kehidupan ke arah lebih baik dan parut akibat sebatan itu akan dibawa hingga ke akhir hayat.

“Kalau nak diimbas semula ketika hukuman sebat itu, memang menyakitkan. Ia hanya dijalankan sehari dalam seminggu iaitu pada Khamis. Untuk saya yang kena 10 sebatan, hanya dilakukan dalam sehari sahaja.

“Kita (banduan) beratur sebelum masuk ke bilik hukuman dalam keadaan bogel. Apabila sampai giliran, tangan dan kepala dipasung sebelum sebatan dibuat. Parut rotan sebatan diterima ini masih meninggalkan kesan kekal pada badan saya yang akan dibawa hingga ke liang lahad.

“Begitu persepsi segelintir masyarakat kepada bekas penagih seperti saya. Walaupun saya kini bebas dadah dan menjalani kehidupan normal lebih sihat serta positif, tidak semua orang boleh menerimanya. Pandangan serong masyarakat masih ada dan tak boleh dielak,” katanya.


Menurut penyanyi berusia 55 tahun itu lagi, ianya bukan perkara mudah untuk seseorang yang terjerumus dengan najis dadah untuk kembali ke pangkal jalan.

“Ia hanya akan dapat dilakukan individu itu jika dia memiliki semangat kuat dalam diri untuk berubah. Pendek kata, semuanya kena datang daripada diri sendiri,” katanya.

Untuk rekod, Mahkamah Sesyen Melaka menjatuhkan hukuman itu kepada Ameng kerana kesalahan penyalahgunaan dadah pada 20 April 2011. Namun, hukuman dipendekkan kerana kelakuan dan disiplin cemerlang hingga dia dibebaskan dari Penjara Kluang, Johor pada 14 Jun 2016.

SUMBER: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 10-8-2024 11:48 AM
Semoga kisah ini menjadikan tauladan buat diri kita sendiri
Quote asamfish 10-8-2024 12:47 PM
kisah Aming ni boleh dijadikan teladan....bukan buka keaiban tapi mengaku kesilapan yg sedia maklum oleh masyarakat umum....
Quote Goodluckdontcry 10-8-2024 01:15 PM
Kesian ko pakcik meng...yassin ya lailer tersenyum sinis... kehkehkeh
Quote azimodin 10-8-2024 01:54 PM
Antara banyak2 retis yg ada kes dadah, ameng ni yg nampak penyesalan. Boleh la pihak2 sekolah panggil ameng buat ceramah. Risau tengok budak2 sekolah menengah keluar pintu sekolah terua berasap vape. Mula2 vape, lepas tu dadah
Quote lightheaded67 10-8-2024 01:54 PM
circle meol ade gak gini. tp entohler kalau deme menjadi pon, mesti rosak balik. toksik sgt circle deme pon. circle jenis suka rosakkan org lain. nnti org tu rosak deme acah acah sedih lah, kesian lah, pdhal deme pun ade saham juga smpi org tu mental dibuatnya. kita tgk ajelah masa depan guane nyah.. tp jgn la amik barang sbb ikot kawan ke ape, org tu boleh keluar, kita belom tentu.....
Quote mehmet 10-8-2024 04:50 PM
azimodin: Antara banyak2 retis yg ada ke ...



Betullah. Jadikan teladan bagi talk. Yg rempit itu dgn tak ada lesen dibagi talk pula. Yg pakai ketat melekat itu talk apa ?
Quote Meraki 10-8-2024 05:53 PM
Dia ni je nampak insaf..bkn sng nk tinggal taik dadah ni
Quote aemon 11-8-2024 02:06 AM
Iols pernah dgr talk dia masa dia dlm penjara simpang renggam.dia dtg uthm.masuk2 jel je terus kena bogel berak dpn warden penjara katanyeh
Quote sayurmayur88 12-8-2024 10:07 AM
jadikan teladan ...
Quote dio5774 12-8-2024 12:57 PM
Aku rasa rasuah paling patut sebatan lebih dari dadah sebab rasuah la hancurkan negara
Quote orkid_amani 12-8-2024 04:18 PM
Edited by orkid_amani at 12-8-2024 04:19 PM


Aii kenai kumpulan spring ni sebab lagu sejujur mana kata2
[youtube]oEmLUldjraU?si=niz2bOHsY91kv5Kh[/youtube]
Quote mongoose_kidz 12-8-2024 10:35 PM
Edited by mongoose_kidz at 12-8-2024 10:36 PM

Pakcik ameng suara mantain sedap...tgk video dlm tt sedap giler dia nyanyi..sntai2 je kat kedai mkn.
X terlawan dgn artis zaman skrg.
Sori ot
Quote Belibis 13-8-2024 01:54 PM
dio5774: Aku rasa rasuah paling patut s ...

Penggubal undang2 kat parlimen takkan sokong punya..[em:3:]

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052737 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top