Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata dia ada sebab mengapa tidak membenarkan keluarga bekas suaminya berhubung dengan kedua-dua anaknya. Memetik mStar Online, Bella berkata dia tiada niat untuk memutuskan silaturahim antara anak-anak dengan keluarga bekas suaminya itu namun sedang menunggu masa sesuai. “Buat masa ini nak kena sejukkan hati keluarga masing-masing, banyak benda perlu lalui terutama apa yang ibu dan bapa saya rasa. “Sebenarnya pihak saya (bekas mentua) tahu apa isunya dan tak perlu saya ungkap lebih lanjut. Ia makan masa tapi slowly but surely, cuma bukan dalam masa terdekat,” katanya. Menurut Bella lagi, dia bukan mahu menyekat keluarga bekas suami berhubung dengan anak-anaknya namun ada insiden membuatkan dia bebuat demikian. Bella turut berkongsikan ada insiden berlaku ketika membuat panggilan video pada hari raya lalu dan dia tidak mahu anak sulungnya, Ayden keliru.
“Saya bukan nak larang cuma tak nak Ayden jadi keliru. Pernah masa hari raya ada buat panggilan video bersama pihak sana tapi mereka cakap kasihan lihat wajah Ayden seperti tertekan dan risau, mesti dia risaukan daddy dia. “Sebenarnya tak pun, jadi ayat-ayat macam tu yang buatkan anak-anak keliru. Semenjak kejadian itu saya memang tapis,” katanya. Dalam pada itu, Bella berkata sejak bercerai pada Jun lalu, keluarga Aliff juga tidak ada menghubunginya untuk bertanya mengenai soal anak-anak. SUMBER: mStar Online |
matjerk replied at 10-8-2024 01:34 PM
Alip pun satu, kenapa la dibuka aib Bella...
Penat Bella potray isteri yang menjaga maruah..
"Seoran ...
gideoncross replied at 10-8-2024 04:07 PM
@AWEKSAMURAI @amarakasih @tidak_kelihatan Popcorn ready
ADVERTISEMENT