Sejak awal pagi tadi hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar susulan perkongsian isterinya Fara Salleh yang berkongsikan masalah rumah tangganya di media sosial.’ Memetik mStar Online, Fara mengaku ada meminta cerai daripada suaminya kerana sudah penat melayan kerenah pelawak itu. Malah, Fara berkata dia juga sudah hilang sabar dengan perangai Shuk yang sering bercerita mengenai keburukannya sebagai isteri kepada kenalan rapat “Tentang perkongsian itu, saya mengaku saya minta sebab dah terlalu penat. Semuanya sebab kawan-kawan, persahabatan mereka ini terlalu kuat sampai suka cerita buruk pasangan masing-masing dalam group. “Nama saya ini kalau tak buruk sebab mulut orang jauh, buruk sebab mulut orang paling dekat,” katanya.
Sementara itu, Fara berkata dia pernah berbincang dengan Shuk untuk mencari jalan penyelesaian namun suaminya tidak pernah berubah. “Saya pernah ajak berbincang tapi tiada kesudahan, berubah tapi sekejap saja. Mungkin dulu saya sibuk kerja, ada kawan. “Bila dah kahwin ni kena buang semuanya, mental kita jadi burn out pun juga lebih-lebih lagi sekarang kena fokus untuk suami saja,” katanya. Sumber : mStar, Rotikaya |
ADVERTISEMENT