CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Astillah Dedah Mak Mertua Punca Utama Penceraian, Buang Menantu Dari ‘Group’ WhatsApp Keluarga

13-8-2024 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10451| Komen: 41



Pelakon Bella Astillah menegaskan bahawa tiada niat untuk memutuskan hubungan antara anak-anaknya dengan bekas suaminya, Aliff Aziz, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya, Bella mendedahkan bahawa ibu kepada Aliff sendiri yang telah merosakkan hubungan tersebut dengan memilih untuk menyindirnya secara terbuka di media sosial.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, menjelaskan bahawa keluarga bekas suaminya tidak pernah meminta maaf atas tindakan mereka yang menyokong wanita yang dikatakan telah memusnahkan rumah tangganya dengan Aliff.

“Kepada mak mentua saya, semasa buang saya dari kumpulan WhatsApp keluarga begitu sahaja tanpa dengar penjelasan, tidak tanya khabar saya dan anak-anak, siap nyahikut saya. Selepas itu anda boleh pula ikut perempuan yang sudah menjadi punca cucu anda kehilangan bapa?” luah Bella dengan nada kesal.


Bella turut mempertikaikan akal fikiran dan sifat kemanusiaan ibu mentuanya yang memilih untuk terus menyindirnya di media sosial, walaupun tindakan tersebut dikatakan hanyalah hantaran umum. Baginya, rakyat Malaysia cukup bijak untuk memahami bahawa sindiran itu ditujukan kepadanya.

“Sekiranya anak anda tidak berkomplot merancang perkara jahat, semua ini tidak akan terjadi. Kami pasti boleh berpisah dengan cara baik,” tambah Bella yang kecewa dengan keadaan yang berlaku.

Apa yang lebih menyakitkan hati Bella adalah tiada kata maaf yang diucapkan oleh keluarga bekas suaminya, malah mereka terus memperli dirinya dengan membuat video-video sarkastik di media sosial.

Tindakan keluarga Aliff yang terus menyindir Bella juga menambah beban emosi kepada anak sulung mereka, Ayden Adrean. Bella mendedahkan bahawa dalam satu panggilan video antara Ayden dan neneknya, Fiza, anaknya itu terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh neneknya.

“Jadi, buat sementara waktu ini berilah kami ruang. Jauhkanlah diri kalian, cukup panggilan video pertama kalinya menjadikan saya takut sebab mak mertua cakap apa pada Ayden ketika itu? Ayat-ayat macam ini hanya akan mengganggu fikiran budak kecil walhal dia tak fikir begitu,” ujar Bella yang risau akan kesihatan mental anak-anaknya.

Bella turut menegaskan bahawa keputusan untuk menjauhkan anak-anaknya dari keluarga bekas suami diambil buat sementara waktu demi menjaga ketenangan dan kesihatan mental mereka. Beliau meminta agar keluarga bekas suami menghormati keputusannya dan tidak lagi menuduhnya menggunakan anak-anak sebagai alasan.

“Saya menjaga kesihatan mental dan ketenangan anak-anak untuk membesar dengan baik dan positif. Jangan risau, anak-anak tetap kenal bapa mereka. Saya juga tahu soal hukum memisahkan anak dengan bapa, saya tak pernah cakap nak pisahkan mereka,” kata Bella lagi.

Sebelum ini, Bella dan Aliff Aziz berkahwin pada 9 September 2016 namun bercerai talak satu pada 13 Jun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.


Baru-baru ini, ibu kepada Aliff Aziz, Fiza, turut mencetuskan kontroversi apabila berkongsi petikan ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai larangan anak-anak daripada berjumpa ibu bapa mereka, yang dipercayai ditujukan kepada Bella.

Situasi ini semakin tegang apabila Aliff dan Fiza sering memuat naik hantaran di media sosial mengenai kerinduan mereka terhadap Ayden dan Ara, yang menambahkan lagi tekanan kepada Bella.

Walau bagaimanapun, Bella berharap agar konflik ini dapat diselesaikan dengan baik pada masa hadapan demi kebaikan anak-anak mereka.


SUMBER: Murai.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 13-8-2024 04:37 PM
Kalau rindu anak pergilah cari. Tapi sebab ko takde duit kan nak bagi nafkah. Ala ala nak tunjuk tanggungjawab caring pasal anak. Rupanya duit satu sen tak dapat nak hulur.
Quote KamikuP 13-8-2024 04:39 PM
mAK mertua dari neraka = ibu alip

Baru tau yg unfollow = nyahikut

ekekeke
Quote alesandra 13-8-2024 04:39 PM
Minah ni thread lain kata nak move on.. thread ni lain pulak citernya.ko nak apa sebenarnya pompuan????
Quote dewi_rina 13-8-2024 04:44 PM
Tadi bukan kata suruh stop cerita pasal rumahtangga dia ke sebab dah muak? Bukan anak-anak je confuse, acik-acik pun confuse ni
Quote matjerk 13-8-2024 04:51 PM
dewi_rina replied at 13-8-2024 08:44 AM
Tadi bukan kata suruh stop cerita pasal rumahtangga dia ke sebab dah muak? Bukan anak-anak je confus ...


Berita lama kot ni... reputs cari baru dapat approval utk post berita ni agaknya..  

Kecik hati kena nyahikut, n kena kick dari grup ngadu kat netz.  Utk bukak ruang netz maki hamun mertua.. tahniah.

Pastu kalau side alep plak yg bukak cerita dia...
B nangis plak ngadu kat reputs n netz..dia diaibkan...
Quote dewi_rina 13-8-2024 04:53 PM
matjerk replied at 13-8-2024 08:51 AM
Berita lama kot ni... reputs cari baru dapat approval utk post berita ni agaknya..  

Kecik hati k ...

Baru je cuols dia ckp haritu.. Yg sbelum anugerah tiktok tu 3 perenggan dia tulis
Setelah sekian lama berdiam katanya
Quote Carcosa 13-8-2024 05:09 PM
Edited by Carcosa at 13-8-2024 05:10 PM

BRING IN THE POPCORRRRRNNNNNN!

Quote Lampuled 13-8-2024 05:14 PM
Mak mertua dia umur berapa.nmpak mcm umur 40 je
Quote matjerk 13-8-2024 05:33 PM
dewi_rina replied at 13-8-2024 08:53 AM
Baru je cuols dia ckp haritu.. Yg sbelum anugerah tiktok tu 3 perenggan dia tulis
Setelah sekian l ...

Yes i mean yg tu... tp reputs ni baru bukak thread hari ni
Quote ira_229 13-8-2024 05:56 PM
Edited by ira_229 at 13-8-2024 06:01 PM
alesandra replied at 13-8-2024 04:39 PM
Minah ni thread lain kata nak move on.. thread ni lain pulak citernya.ko nak apa sebenarnya pompuan? ...

sengajakan nk bakar line..?orang tua tu dah diam ko diamlah pompan..nk naikkan nama bukan pasal bakat tapi pasal kontrobesi.
Mak mertua punca penceraian ke sebab ko & x laki ko masing2 ada skandal.. tetap nk salahkan mertua..mmg lah mertua ko mulut takde insurance tapi tu kan lepas skandal masing2 terburai..
Quote LoveSungmin 13-8-2024 06:04 PM
matjerk replied at 13-8-2024 05:33 PM
Yes i mean yg tu... tp reputs ni baru bukak thread hari ni

entahnya.. artikel ni dah keluar dulu sebelum she kata nak stop kot.. nak hentam pun agak² la.. memang dah terbukti mak alip najis tu problem..
Quote sfrnna 13-8-2024 08:25 PM
Bosanlaaaaa... nextttt
Quote sharlenetexas 13-8-2024 08:42 PM
Toxic


Quote Hoola 13-8-2024 08:49 PM
para peniaga popcorm tersinyum manjah
Quote gideoncross 13-8-2024 08:57 PM
@AWEKSAMURAI @tidak_kelihatan @amarakasih Popcorn ready pls
Quote AWEKSAMURAI 13-8-2024 09:03 PM
Aikkk mak mertua plak bukan aritu dia beriya salahkan ruru ke? Cmne ni ruru ke mak mertua ..ingat mak ko tu baik sgt ke dgn besan n menantu dia alip? Dh menkedarah duit hasil titik menantu bertahun tetibe kata menantu jahat besan jahat ..ye lah ank hang ja lah baik .. menjalang dgn jantan masa masih jd isteri org
Quote cm_vungtau 13-8-2024 09:23 PM
Biasalah tu dik non, mak mertua from hell. Kalau aku tak kisah pun kena buang dari group wassap ke haper. Lagi bagus lagi ada
Quote Sunkiss8999 14-8-2024 01:47 AM
Masa dia bagi ucapan yg menang anugerah tiktok tu..kenapa dia cakap slank sabah ek..dia saje2 ke atau buat2 x pndai ckp semenanjung..setahu iols dia cakap semenanjung fluent gak
Quote Afifi82 14-8-2024 01:51 AM
Laaa .Now mak mertua plak kemek salahkan? Pastu next week or next month nama Sape pulak kena petik? Topi nasik ke?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.376068 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top