CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Kahwin Tahun Depan! Leona Letak ‘Standard’ Tinggi Pada Lelaki Tetapi Tak Memilih Paras Rupa – “Kebanyakan ‘Ex’ Saya Bukanlah Kacak Sangat” ...

13-8-2024 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32493| Komen: 14



Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona atau mesra dipanggil Leona berkata kesukaran untuknya mencari kekasih mungkin disebabkan dia meletakkan ‘standard’ yang tinggi pada seseorang lelaki.

Kata Leona, dia tidak mementingkan paras rupa namun lebih selesa dengan lelaki yang matang dan berusia daripadanya selain mempunyai susunan gigi yang cantik.


"Sebenarnya susah juga mahu cari teman hidup sebab standard saya sangat tinggi dan kebanyakannya tidak mencapai. Setakat ini tiada siapa mampu ‘impress’ saya."

"Saya suka yang matang dan lebih tua daripada saya. Gigi kena teratur tidak boleh berterabur. Soal rupa saya tidak kisah sebab kebanyakan bekas teman lelaki saya bukanlah kacak sangat. Personaliti lagi penting bagi saya."

Leona juga turut memberitahu dia mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan meskipun masih tiada calon suami lagi buat masa sekarang.

Malah, keluarga juga sudah tahu tentang itu dan menyokong niatnya asalkan dia menghabiskan pembelajaran dan selesaikan apa yang perlu dahulu.

"Memang saya tiada calon lagi tetapi itu merupakan impian saya, harapnya tercapai. Tahu saya masih muda tetapi saya memang nak jadi ibu di usia muda sebab saya sangat suka kanak-kanak. Semua hanya harapan, kalau ada jodoh, jangan terkejut kalau saya kahwin tahun depan.'



SUMBER: Gempak, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 14-8-2024 08:39 AM
yg miskin papa kedana wpun gigi cantik jgn berangan ye...
Quote bottompro 14-8-2024 09:26 AM
sangbara2020: yg miskin papa kedana wpun gigi cantik jgn berangan ye...


Harus lah uols. walau ex he she gemoy mcm badak air, tetapi berduit.

Quote brunesss 14-8-2024 10:24 AM
you do you leona
Quote rahsier 14-8-2024 11:26 AM
kawen jela dengan isyak tu.. sekufu.. gigi pun cantik.. cuma tak cukup tinggi je..
Quote kucingitam 14-8-2024 12:01 PM
terasa tak ex dia dan pompuan yang rebut ex dia bila dia kata 'ex dia pun x kacak sangat'...
Quote gideoncross 14-8-2024 02:19 PM
Sllu crita psl jejantz je
Quote L.U.S.M 14-8-2024 03:08 PM
Bubis dia ni aset terbesar..pastu t20..tu je..dr segi muka..ko pun muka awam je Leona oiii..bijak tu xde la bijak sgt.dh la pelat dibuat2
Quote moolanji 14-8-2024 03:58 PM
bagus dia ni muda-muda dah fikir jauh.. semoga jodoh sampai cepat dan doa dimakbulkan
Quote syamzana 14-8-2024 04:12 PM
moolanji replied at 14-8-2024 03:58 PM
bagus dia ni muda-muda dah fikir jauh.. semoga jodoh sampai cepat dan doa dimakbulkan

fikir jauh apa???
nak nikoh dgn lelaki gigi cantik??? ke nak jd ibu muda???
Quote matjerk 14-8-2024 04:15 PM
Sebab x kacak lah jadi ex kan? Cuba pilih yg kacak.. mungkin kekal.
Quote anony-mous 14-8-2024 04:18 PM
Awat muka dia makin hauk
Quote andalism 14-8-2024 04:36 PM
grab jela ishraq tuu, t20 jugak haha

cuma x taste leona la kot. leona taste chinese look
Quote missbigrockstar 14-8-2024 04:58 PM
Kriteria sususan gigi cantik tu aku setuju dik leona. Selalu gigi yg kita terpandang dulu. Kalau gigi out, potong terus
Quote Olumis 14-8-2024 07:41 PM
Dia nak gigi teratur supaya tak tersangkut sisa2 makanan kat gigi. Nanti geli time comolot kot.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050988 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top