CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Almy Nadia Hamil Lagi, Bakal Timang Cahaya Mata Kelima

14-8-2024 11:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 52327| Komen: 90

 


Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang bakal menimang cahaya mata kelima dijangka lahir pada Oktober depan.

Memetik Harian Metro, Almy berkata dia dan suami meluahkan rasa syukur dengan rezeki diberikan selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Disember tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya dapat tahu hamil kira-kira dua bulan selepas kami kembali dari umrah. Saya juga alami alahan yang teruk ketika awal kehamilan hingga terpaksa keluar masuk hospital kerana tak boleh makan dan minum sebelum ini.

“Sebenarnya, kami tak rancang untuk dapat anak kelima pun kerana saya sedang diet dan mahu menguruskan badan. Namun, kami terima dan bersyukur dengan rezeki dari Allah ini kerana Fizz memang mahukan anak yang ramai serta keluarga besar,” katanya.


Usia kandungan kini sudah mencecah lapan bulan, Almy berkata dia tidak mahu berharap mendapat anak lelaki kerana bimbang akan kecewa dan hanya menyerahkan kepada Allah.


“Saya tidak buat pemeriksaan jantina bayi. Saya reda dan akan terima apa saja rezeki yang Allah nak bagi kerana yang penting bayi yang dilahirkan nanti dalam keadaan sihat, cukup sifat dan sempurna,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengapa rahsiakan kehamilan, Almy berkata ramai yang tidak tahu dia hamil kerana berat badannya juga turun dari 120 kilogram (kg) kepada 95 kg kerana amalkan diet.

“Ahli keluarga kedua belah pihak pun hanya dapat tahu bila usia kandungan nak masuk empat bulan. Bukan sahaja Fizz, semua anak-anak juga gembira kerana mereka nak dapat adik dan anggota baru dalam keluarga,” katanya.


Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 14-8-2024 11:46 PM
hatok jamal hatok awie ni hatok fiz bertambah2 rezeki anak ya
Quote makadek 14-8-2024 11:47 PM
Dia ni tk pandai pilih baju ke
Quote sfrnna 14-8-2024 11:50 PM
Dulu masa belum kawin hot betul dia ni. Meols doakan semoga dpt anak lelaki this time.
Quote Carcosa 15-8-2024 12:12 AM
Tercekik potato chips Lays aku.
Lantok kolah TinMinyakSapi.
Quote Afifi82 15-8-2024 12:13 AM
Waaaa..subur sgt pasangan ni..
Quote lanacondor 15-8-2024 12:24 AM
Semoga dapat anak lelaki la kali ni ye Almy.. lama tu tok laki tgu sama geng
Quote AyeL87 15-8-2024 12:26 AM
rajin beno beranak yer tin
Quote pocongkiutss 15-8-2024 12:27 AM
Aduhai...hrp dptlah lelaki pehtu uols pulun diet bg slim semula yach..go almy go
Quote dua_chzy 15-8-2024 12:30 AM
Almy pernah cecah 120kg?
Quote awenda507 15-8-2024 12:37 AM
Wow tak sangka smpai ke 120kg ya. Anyway moga selamat semuanya ya datin
Quote Peaches113 15-8-2024 12:39 AM
tahniah tin almy
Quote oggy 15-8-2024 12:41 AM
Meriahnya family ni..
I doakan diorg dapat baby boy pula.
Lepas tu boleh tutup kilang, tin almy jaga badan balik bagi letops macam dulu2.
Semoga dipermudahkan urusan sampai lah selamat melahirkan.
Quote DARSITA 15-8-2024 03:21 AM


Aii doakan dia orang dpt anak lelaki yg sihat sempurna. Walaupun tak berharap semua pasangan ingin ada anak perempuan dan lelaki.
Quote ninja boy 15-8-2024 05:29 AM
Wah2 family besar
Quote MatDeghem 15-8-2024 05:56 AM



120 kg beras boleh kasi makan 10 ribu orang


Quote zuriey 15-8-2024 06:00 AM
Alahai npk mcm dah kurus sikit tu
Mengandung lagiii pulak
Quote Thunderclouds 15-8-2024 06:17 AM
Tringat pulak iols parah mendosah dipuji tok laki okg body mantopp..
Quote Nadiabella 15-8-2024 06:27 AM
Almy ni comel....tapi dah beranak pinak nampak kepam. Mungkin cara pemakaian dia cam tak kena. Apa2 pon, tahniah.
Quote orkid_amani 15-8-2024 07:52 AM
sfrnna: Dulu masa belum kawin hot betu ...

Kan..nk kata sebab berhijab ramai jaa retis pmpuan hot lain yg kawen + berhijau xdak laa kepam mcm Almy ni..dulu cantik kot masa ank dara..slim fit manis..dah kawen beranak mcm dipam2..sygnya..nk dapatkan balik figure sblm kawin mmg laa mcm mustahil tp kalau dy jaga makan & lifestyle lepas beranak ank 1st tu xlari banyak naik 5-10kg pun ok laa..

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.034319 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top