CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Remy Ishak tampil imej bertindik hidung, tak kisah kalau kena kecam.. “Ini cuma sekadar fesyen, bagilah peluang”

21-8-2024 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12148| Komen: 33


 


Aktor kacak Remy Ishak telah mencuri perhatian ramai dan mengejutkan tetamu yang hadir apabila tampil dengan imej bertindik pada bahagian hidung semasa menghadiri sidang media drama terbaharunya berjudul The Secret.

Memetik mStar Online, Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 42, menjelaskan subang yang dipakai itu palsu dan hanya untuk fesyen semata-mata.

Malah, aktor ini mengakui tidak bimbang jika penampilannya itu mengundang kecaman netizen.

“Tindik hidung ni tipu tau... Ini cuma sekadar fesyen, bagilah peluang.

“Dulu tak boleh buat, nanti kena kecam sebab belum kahwin dan belum ada anak.

“Sekarang dah ada dua-dua tu, lantaklah kalau netizen nak kecam ke apa,” katanya.


Dalam pada itu, Remy memberitahu dia dan isteri baru pulih selepas dijangkiti Influenza B pada bulan lalu.

Pelakon filem The Experts itu turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya iaitu Tuah Alam tidak dijangkiti penyakit berkenaan.

“Bulan lalu saya kena Influenza B sewaktu buat teater dekat Melaka. Balik dari teater tu penat semacam dan bila buat ujian kena Influenza B.

“Saya risau kena jangkitan pada anak sebab isteri saya pun berjangkit daripada saya, tapi syukur antibodi bayi ni kuat.

“Seminggu saya kena kuarantin dan kerja lakonan lain terpaksa ditangguhkan,” jelasnya.


Untuk rekod, Remy berkahwin dengan kekasih hatinya Ezza pada 21 Ogos 2021. Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Alam Tuah Bin Muhammad Zaliemi.

Sumber : MStar Online



 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 21-8-2024 02:10 PM
Hauknye fesyen bam remy, nk merasa jadi lembu plak
Quote lolipopmanish 21-8-2024 02:12 PM
BUGHUKKKKKKKKK
Quote za8da 21-8-2024 02:16 PM
Ingtkan lembu jarjit menyerupai remy sehak td. TeKejut i. Sebiji cm lembu
Quote vanillaninja 21-8-2024 02:19 PM
Bagi la heols merasa. Muda2 dulu tak dapat merasa kekdahnya.
Quote nuryakmal 21-8-2024 02:27 PM
bukan u do those things before u settle down ke? mak konpius sehh
Quote nfaaa 21-8-2024 02:37 PM
cam tebalik je Zalimei ni. kot ye nak YOLO pun buat ler sebelum kahwin sebelum ada anak. masa baca tajuk ingat pierce tepi.. ini septum piercing. huduh betholll!
Quote fefeeling 21-8-2024 02:42 PM
Bamremy fefeeling rupa bad bunny ke
Quote sr10 21-8-2024 02:43 PM
ini baru menepati Hero Malayalam, ramai kan suka dia ni.
Quote jihyomelly 21-8-2024 02:46 PM

amma appa
Quote TomyamPuteh 21-8-2024 02:57 PM
Lembu subsidi gitu la. Subang kat hidung.
Quote Jikookie 21-8-2024 02:57 PM
Dah knp bertindik bagai? Terus nampak tak handsome
Quote menciptahuuut13 21-8-2024 03:02 PM
Lah terus teringat si lembu Manis haha
Quote manehnya 21-8-2024 03:04 PM
tu bkn fashun semata bang remi...
Quote dinmur01 21-8-2024 03:05 PM
Orang zaman muda buat macam tu dia dah kahwin ada anak baru nak berfesyen..hahaha
Quote PejuangBerani 21-8-2024 04:26 PM
TBH..buruk
Quote JunkMail 21-8-2024 04:32 PM
Aku ingat sebelum kawin beranak pinak lah nak enjoy berekspresi mangsa fasyun bagai, no?
Anehhh
Quote vanillaninja 21-8-2024 04:57 PM
Chuols.. kan dia kata subang tu pelesu. Heols pakai masa attend event tu jah.

Done bekap bang Remy
Quote chacon 21-8-2024 05:56 PM
Tengok remi teringat gmbar bangla kat tepi lori yg viral muka macam dia
Quote hyie 21-8-2024 06:01 PM
semoga bam remy dah tak kepam lagi yach

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.042178 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top