CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Kesian Orang Macam Ni, Dia Hanya Kenal Saya Di TV - Nabil

23-12-2015 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17948| Komen: 85


Oleh : Dean BZ


Ketika nama pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad mula mencipta nama, ketika itulah juga dia sering diserang dengan komen-komen negatif oleh "haters"nya. Lebih teruk ada yang menyifatkan perangai Nabil semakin teruk dan menjadi-jadi selepas pulang menunaikan haji.

Foto :beautifulnara.com


Namun Nabil tenang dan tidak melatah dengan lontaran komen-komen negatif itu dan ini jawab balas Nabil kepada "haters", memetik dari Utusan Malaysia :

“Mereka adalah sejenis keyboard warrior, tidak ada manfaatnya dan memang kerjanya suka buat fitnah. Saya ambil kata-kata Prof. Dr. Muhayya. Dia ada cakap, orang yang jadi keyboard warrior ini adalah orang yang kurang kasih sayang”


“Orang jenis ini tiada kawan, tiada perhatian keluarga dan bermasalah dengan diri mereka sendiri, habis semua orang dia hendak serang. Jadi, kenapa kita perlu layan? Bayangkan, mereka tiada kawan, tidak mendapat perhatian keluarga, bermasalah dengan diri sendiri, habis semua orang dia nak ‘serang’”

“Saya jadi kesian orang macam ni. Dia hanya kenal saya di TV, tetapi boleh pula buat fitnah terhadap diri saya. Mereka tak ingat ke, dosa itu akan dibawa sampai dah mati?” jelas Nabil kepada Utusan Malaysia.

Foto : gua.com.my


Nabil juga menyatakan dia tiada masa untuk melayan komen-komen negatif tu kerana sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.

"Mereka itu tidak berakal, bawa-bawalah bertaubat. Mereka ini yang patut dekatkan diri dengan Tuhan. Saya percaya, apabila kita bekerja secara profesional, banyak orang yang akan sokong kita".


Itulah lumrah kehidupan sebagai selebriti yang tidak dapat lari dari tomahan dan kritikan. Namun apa yang penting, cool dan senyum jangan cepat melatah. Syabas Nabil!. - CARI Infonet.


17

Bagus
20

Marah
30

Terkejut
27

Sedih
20

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 23-12-2015 06:51 PM
:zz
Quote wikedsaikel 23-12-2015 06:54 PM

Nabil mmg terror menjawab
Quote melinda_kerr 23-12-2015 06:56 PM
Suruh org lain bertaubat laju jer. Yg kau kutuk fizikal org as bahan lawak kau tk ambil pulak pengajaran. Bluekkk
Quote lazim 23-12-2015 06:58 PM
ank nabil muka nabil
lawanya bini dia dari sisi
Quote eLiaD 23-12-2015 07:04 PM
dah berduit muka nmpk berseri-ii
Quote tomatome 23-12-2015 07:06 PM
Nabil bila kat show mmg merapu tp kalau dia diinterbiu mmg pndai gak mnjawab.. Kdg2 bernas kdg2 arrogant huhu.. Pape pun lu pikirla sndiri bangbil
Quote kucen_miang 23-12-2015 07:07 PM
Tak payah la kait ngan kibod warrior bagai nabil.org2 berckp apa yg dorang lihat live.tak yah nak konar sgt la
Quote CrowneGlory 23-12-2015 07:14 PM
Selayaknya di hencap mulut lebih laju dr otak
Quote amieab 23-12-2015 07:15 PM
orang komen bukan nak  muhasabah diri, disalahkan dan dalam masa yang sama dihina/direndah2kannya pulang orang yang menegur sebagai kurang kasih sayang la...tak berakal la..keluarga tak bahagia dll....Dia lupa agaknya, selagi ada yang tegur, yang komen..maknanya orang masih beri perhatian kat bakat ko tu....bila semua orang aman-aman jer dengan ko, itu la saatnya ko tak dipedulikan lagi...ada paham?? cer kurangkan sikit kebongkakan kau tu!
Quote faiz-za 23-12-2015 07:32 PM
Orang yang tegur dia tu based on apa yang dipertontonkan
Kalau ko dah tunjuk perangai tak betul kat tv
Selayaknya lah kena hencap
Apa pulak kurang kasih sayang bagai
Ni jenis perangai macam fynn jamal
Dia je lah mangsa
Quote Innrukia 23-12-2015 07:48 PM
hentam & constructive comment 2 yg berbeza...
sendiri baca blk apa yg ditaip, kalau sendiri pun sakit ati tak payah la fefeeling nasihat org
Quote sepitsiput 23-12-2015 07:51 PM
umpama tepuk air di dulang...terpercik ke muka kekdahnya nabil oi

meols masih yaqin dgn spekuan meols sblm yg terkadang heshe crossed the line during live show sbb sheols under drugs...dia ada amik energy booster ni meols nampak sbb cara dia gelak pun creepy okeh.. sejak2 dia gym ni...energy dia lain mcm...otak pun makin x centre.. last year meols tgk dia xdelah merepek yg over2..

org tegur ko sbb org sayang ko bil... bila org dh x kuasa dgn ko nnti... melutut merayu la dlm melodi bagai..
Quote sepitsiput 23-12-2015 07:54 PM
faiz-za replied at 23-12-2015 07:32 PM
Orang yang tegur dia tu based on apa yang dipertontonkan
Kalau ko dah tunjuk perangai tak betul kat ...

artis mmg suka pefeeling play victim gitu... standard role bila berdepan dgn hencapan

Quote wana89 23-12-2015 08:35 PM
Silap tarikh ker??
Hari ini 23/12 kan.. GV pun dah habis dah..
Nak cerita sampai bila?? xpenat ker??
Bila cakap xada asas..org bagi asas xnak terima pula dan please, jgn nak play victim hokay
Masih ingat lagi hokay..apa ko kata nabil.. Nak dengar dr doktor dgn lawyer jer hokay   
Alhamdulilah..ummah sini, real life bahagia jah. Even wana pun cukup kasih sayang. Bukan dr broken family, maksudnya.. Xada la parent bercerai berai pun takat masalah sikit2 tu standard ler
Quote Mary_jane 23-12-2015 08:43 PM
Ala kau memang tak bleh nak terima teguran & kritikan orang. Selagi masih ada peminat ni, mendongak je la lagi ye nabil. Selama mana jek la kau kat atas tu.
Beringat lah.

Quote wanitajelita 23-12-2015 08:44 PM
bila di interview, jawapan nabil antara yg bernas pernah aku baca/tengok. even  dia tak berpelajaran tinggi mana pun.
start perasan bila baca jawapan dia dlm majalah kosmopolitan. tiap-tiap issue memang tengok komen dia paling bagus antara 3 org yg lain tu



Quote giyomi 23-12-2015 08:55 PM
Fitnah tengkorak ko...dah sah2 org tengok secara live ko hentam org, masih nak kata dia difitnah. Biasalah bila peon dpt durian runtuh, terus lupa asal usul asik nak kutuk n wat lawak sal org len. choyyy
Quote wadiunong 23-12-2015 08:58 PM
Alahai tak abis2 lg ke citer pasal nabil ni, GV pon dah abis, move on la haters wei
Aku cadangkn nxt season jgn ambik nabil ni jd host, ambik paknil. Mesti puas ati haters kn sebab nabil dah takde
Quote wana89 23-12-2015 09:03 PM
wadiunong replied at 23-12-2015 08:58 PM
Alahai tak abis2 lg ke citer pasal nabil ni, GV pon dah abis, move on la haters wei
Aku cadan ...

Benda ni xnaik pun kat porum..dah habis pun
Yang bunyi si nabil bukan ummah pun..
Bila wartawan cari buka thread, komen ajer ler
Wana pun xpaham sape yg xmove on dalam hal ni

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064054 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top