CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yuna Bengang Penampilan Masih Dipersoal, Netizen Siap Minta Tanggal Hijab! – ‘Tolong Unfollow Kalau Tak Senang’

28-8-2024 10:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36371| Komen: 55

 


Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna Zarai meluahkan rasa bengang apabila masih menerima komen negatif tentang penampilannya.

Menerusi hantaran di Instagram, Yuna berkata, dia perlu bersuara memandangkan terdapat golongan dalam pengikutnya yang suka menghukum cara pemakaiannya.

 

Menurutnya, selama 15 tahun di dalam industri, dia masih menerima komen-komen yang sama malah ada yang menyuruhnya menanggalkan hijab.

"Orang beritahu saya untuk abaikan komen-komen (negatif) macam ni tapi saya kena bersuara sebab apa nak jadi dengan masyarakat kita kalau dibiarkan sesuka hati cakap apa mereka nak hanya kerana mereka rasa ada hak berbuat demikian?"


"Satu perkara yang masih mengejutkan saya, pada usia 37 tahun dan berkarya dalam muzik selama 15 tahun sampai sekarang, macam mana masyarakat saya sendiri masih lagi di ruangan meninggalkan komen-komen buruk, suruh saya pakai itu ini atau ‘tanggalkan hijab awak’ dan menghukum saya tanpa berada di tempat saya."

"Ada perkataan untuk perbuatan itu iaitu toksik. Ini ke apa yang korang nak jadi? Bukankah kita di ajar untuk saling sayang menyayangi? Apa yang saya buat dekat awak sampai marah sangat saya tak pernah jumpa awak, tolong fikirkan. Saya harap awak dapat kenal diri awak."

Dalam pada itu, Yuna menyatakan penampilannya itu menunjukkan dirinya yang sebenar dan sekiranya tidak selesa, dia meminta mereka untuk ‘unfollow’ akaunnya di media sosial.

"Disebabkan itu, tolong ‘unfollow’ saya kalau awak tak senang dengan saya yang semakin bertumbuh, sebab saya ada banyak lagi muzik, muzik video, promosi, persembahan, penggambaran pada masa akan datang."

"Sayang dan cahaya buat semua ‘haters’ sebab mereka sangat memerlukannya. Dan juga tolong ‘unfollow’ saya kalau awak rindu ‘yuna yang dulu…’, awak pun tak kenal saya yang dulu juga ha!! Terima kasih."


Sumber: Oh Bulan
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-8-2024 12:40 AM
Komen. 1st.

Sebab uols tak komen.
Quote apedehal 29-8-2024 12:53 AM
Bagi kn yuna..aku pun menyampah asek duk telek tudung org je keja nerakatizen ni
Quote menciptahuuut13 29-8-2024 12:56 AM
You do you Yuna
Quote Mary_jane 29-8-2024 01:22 AM
Naik mental yuna layan netz.
Quote hokeypokey 29-8-2024 02:12 AM
Yuna bila nk beranak
Quote Binderclips 29-8-2024 06:02 AM
Masalah si yuna masa dia memula join industri bukan main blh pakai tudung dgn sempurna. Bila dh jd artis antarabangsa, tetiba cara pakai tudung mcm baru nk berjinak nk pakai tudung.
Quote Binderclips 29-8-2024 06:10 AM
Edited by Binderclips at 29-8-2024 06:34 AM

Delete
Quote sayurmayur88 29-8-2024 07:34 AM
you do you yuna..mulut manusia mana boleh tutup
Quote Oying_berkin 29-8-2024 07:36 AM
Ikuk mu la yuna. Nk berhijab ke turban ke. Nnti jgn terpost gambar free hair pulokkk
Quote sangbara2020 29-8-2024 08:04 AM
xyah nk koyak la yuna....
Quote anilanil 29-8-2024 08:16 AM
Mmg le netizen merempan pasal tudung acik yuna sbb masing2 sekolah agama. Apo pakai kain kat kepala tapi nampak leher, telinga, lengan, body shape & kaki? Belanja aurat ada diskon?
Quote maricruzestrada 29-8-2024 08:59 AM
ingat yuna tak layan
Quote menjad 29-8-2024 09:01 AM
Buat bodo jer lah... Tak pun off comment

Dah bertahun2 org mngata tak perlu amik port pun, tak perlu berasa hati. U do u. Camtuh
Quote Thunderclouds 29-8-2024 09:25 AM
Netizen byk masa klebek medsos retis sambil² kira dosa org meanwhile ank² sendri jadik bohsia jadik mat rempit.
Laki xketagih porn, idop membewak.
Flip ja 'tudung' tu dek yuna
Quote marchikobonzo 29-8-2024 09:29 AM
You do you la..nerakazen tu memang macam tu
Quote ezacbee 29-8-2024 10:35 AM
Jangan layan dah..

Boleh mental layan netizen.

Quote apedehal 29-8-2024 10:41 AM
maricruzestrada replied at 29-8-2024 08:59 AM
ingat yuna tak layan

Yuna selalu layan je..nmpak je dia ni cam cool tp kuat sentap...brp kali gak aku tercome across dia punya royanan pd follower dia..btw dia ni da blk for good ke...mcm xnmpk nk balik us sana dah
Quote GummyBear123 29-8-2024 11:34 AM
Bila kat US kitorang faham lah u nak kena cover2 sikit identiti Muslim u tu, sebab nak please the market kan... sebab tu jadi erykah badu je memanjang. Ni dah balik Malaysia, dah boleh pakai elok2 shawl tu.
Quote awenda507 29-8-2024 12:08 PM
org dok compare Yuna yg dulu dan Yuna yg sekarang. Tudung penuh smpai da hampir melayang. fesyen makin merepek2 mana la netizen tak kecam.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.408165 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top