CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erra Fazira Pantau Anak, Gusar Dengan Kes Jenayah – "Zaman sekarang ini agak menggerunkan dengan teknologi dan pelbagai kejadian"

28-8-2024 10:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36159| Komen: 41


Berikutan kes jenayah yang semakin membimbangkan, pelakon jelita Erra Fazira turut menzahirkan kerisauan terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.

Ketika ditemui OhBulan!, sebagai ibu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek mengambil pendekatan memantau Aleesya dengan menemaninya semasa berada di luar rumah.

"Saya tidak mengongkong anak, tetapi kalau dia (Aleesya) nak keluar perlu ada salah seorang ibu bapa.

"Zaman sekarang ini agak menggerunkan dengan teknologi dan pelbagai kejadian. Nampak macam mengawal anak, tapi sebenarnya berhati-hati. Saya bukan mengongkong anak, tetapi anak nak pergi mana mesti kena ada salah seorang ibu bapa."

"Contohnya dia (Aleesya) nak pergi One Utama dengan kawan-kawan, saya hantar dan saya akan ada di situ. Tetapi tidak bersama mereka, biasalah anak remaja kalau ada ibu dia dekat situ malu air muka dengan kawan-kawan."



Menurut aktres berusia 50 tahun itu, Aleesya tidak diberi telefon bimbit namun dibenarkan untuk menggunakannya pada waktu tertentu.

"Kita lepaskan tetapi sentiasa ‘update’ dia ada di mana. Saya tak beri anak saya telefon, tetapi bila dalam keadaan tertentu seperti dia nak keluar dengan kawan saya akan bagi.  Jadi kita kena pandai, pandai..nak bagi dia kebebasan tapi dalam masa yang sama kena pantau."

"Kita ni terjerat nak suruh anak berdikari. Kalau dulu kita dah gerak sendiri naik teksi, bas dan sebagainya. Bukan tak nak bagi dia berdikari cuma keadaan sekarang ini merisaukan."

Erra berkata demikian pada sidang media program Kilauan Emas yang berlangsung di Mid Valley pada Selasa.

Pelakon filem Soalnya Hati tersebut juga menyifatkan Aleesya sebagai seorang introvert berikutan jarang berkongsi tentang perihal peribadinya.

"Aleesya sangat ‘reserved’ dan ‘introvert’ orangnya. Sepatah yang ditanya, sepatah dijawab. Jadi sekarang saya kena jadi seorang ibu yang lebih berkongsi segalanya dengan dia untuk mendorong dia jadi seorang yang bercakap."

"Mungkin juga sebab kami split parents, belah sana pun pendiam. Saya pun bukannya ibu yang bising sangat. Jadi tugas saya adalah untuk mengajak dia bersembang sebab dia sangat introvert."

Sementara itu, Erra berkata, dia turut menitipkan doa buat puterinya yang tercinta.

"Antara doa yang saya titipkan semestinya keselamatan, jadi anak yang solehah, berjaya tapi yang paling penting adalah untuk dia rasa tenang, bahagia dan mensyukuri nikmat Allah SWT."

Imbas kembali, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriri Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, sebelum pada 2006 dan bercerai selepas tiga tahun.

Pelantun lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara itu kemudian berkahwin kali kedua bersama Engku Emran. Mereka dikurniakan Engku Aleesya, 15, namun bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.


Sumber: Oh Bulan
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 28-8-2024 10:21 PM
Acik porem yg ada anak remaja ni..mana lg senang..anak introvert atau extrovert?
Quote Anyaa29 28-8-2024 10:24 PM
Itulah yang sepatutnya…mudah2han anak2 kita sentiasa dalam lindunganya
Quote I.K.A888990 28-8-2024 11:25 PM
baguslah mcm ni..janji jgn control depa jgk
zmn skrg ni mmg kena pantau habis laki ka pompuan sama ja..beringat la sesama kita
Quote sapeka 28-8-2024 11:35 PM
Itu yang sebaiknya
Quote apedehal 28-8-2024 11:36 PM
Muka aleesya ni bnyak muka bapak dia kan. So sebenarnya apa status erra ek..betul ke yg da kawin tu
Quote sharlenetexas 28-8-2024 11:50 PM
Pesan kat anak jangan terlibat dengan bapak gula garam.

Quote cm_vungtau 29-8-2024 12:29 AM
Kalau Erra yang jaga dari kecik mesti cantik gigi tu
Quote NyiRoroKidul 29-8-2024 12:32 AM
Lawanya dia..sebijik muka Erra
Quote dua_chzy 29-8-2024 12:34 AM
Jangan risau. Anak uols bijak, awkward dan tak pentingkan melawa2, berboipren2 ni.
Quote menciptahuuut13 29-8-2024 01:05 AM
Cantiknya dua beranak ni. I pun akan control anak jugak nnt, jaman now semua benda kena berjaga²
Quote hokeypokey 29-8-2024 02:09 AM
Erra tolong jangan mekap tebal garang
Quote sayurmayur88 29-8-2024 07:37 AM
cantik la Erra ni.. sweet jer sampai sekarang
Quote Oying_berkin 29-8-2024 07:41 AM
cm_vungtau replied at 29-8-2024 12:29 AM
Kalau Erra yang jaga dari kecik mesti cantik gigi tu

Tak lama lagi lawa la tu. sbb tengok mcm dah pkai braces kikikiki
Quote prince_marhaen 29-8-2024 08:04 AM
harap kekra tak mewariskan perniagaan beliau kepada anak gadisnya.....
Quote sukacactus 29-8-2024 08:19 AM
pocongkiutss replied at 28-8-2024 10:21 PM
Acik porem yg ada anak remaja ni..mana lg senang..anak introvert atau extrovert?

Ank sulung aku extrovert
Blk skolah masuk kete je dah citer mcm2
Adiknya introvert
Nak tau apa2 kena pandai korek
Kalau hari dia nak citer dia citer
Ada hari tgk muka pun aku tau, tak usah tya
Quote Mimo.mimo 29-8-2024 08:28 AM
sukacactus replied at 29-8-2024 08:19 AM
Ank sulung aku extrovert
Blk skolah masuk kete je dah citer mcm2
Adiknya introvert

Susah tak nak tackle bila ada extrovert dengan introvert ni kaka?
Quote sukacactus 29-8-2024 08:51 AM
Mimo.mimo replied at 29-8-2024 08:28 AM
Susah tak nak tackle bila ada extrovert dengan introvert ni kaka?

Sebab kami 3 beranak ni rapat, byk aktiviti buat sama2, so kita kenal luar dlm
Jd mak kena alert, pick up clues here and there so kita kita cepat tangkap
Ank2 akak dah hampir dewasa dah ni
Kalau ank2 mimo kecik lg, start la rapatkan diri dgn ank2...diorang suka je kita involved dgn diorang tp jgn sampai tahap nosy ye
Quote wafeloren 29-8-2024 03:32 PM
Untung dpt anak yg elok je xde memberontak apa. Tp mmg ssh pun nk kawal budak skrg mcm2 peel.
Quote pocongkiutss 29-8-2024 03:46 PM
sukacactus replied at 29-8-2024 08:51 AM
Sebab kami 3 beranak ni rapat, byk aktiviti buat sama2, so kita kenal luar dlm
Jd mak kena alert,  ...

"tahap nosy" tu macamana contohnya sisthur? Takut pula ter"nosy" tanpa sengaja

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.290684 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top