CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Biarlah.. Kita hanya mati sekali, tetapi hidup setiap hari’ - Nourul Depp

29-8-2024 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16613| Komen: 43


 

Penyanyi Nourul Depp meluahkan isi hati,  enggan lagi mengejar individu yang tidak mahu dirinya berada dalam hidup mereka demi mengelakkan kekecewaan.

Memetik Kosmo, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 47, berkata, cukup tempoh dua tahun mengejar seseorang sehingga dia tidak sedar masih ramai yang memerlukannya.

“Saya terlalu fokus pada yang satu, dengan harapan dia akan kembali dan kita akan bahagia seperti dahulu.

“Saya telah berjuang sebaik mungkin, tetapi saya tidak dapat mengejar seseorang yang tidak lagi mahu saya dalam hidup mereka.

“Jadi, biarlah. Dua tahun sudah cukup. Kadang-kadang kita terlalu fokus pada satu perkara yang kita fikir perlukan perhatian sampai kita lupa masih lagi yang memerlukan kita,” katanya menerusi hantaran TikTok.

Tidak menyebut nama sesiapa atau menyingkap cerita lalu, Nourul yakin keadaan yang didepani dalam membesarkan permata hati juga pernah dirasai orang lain.


“Banyak yang mengikuti perjalanan saya, kisah sebagai seorang ibu. Saya pasti ramai di luar sana yang mengalami situasi serupa.

“Ada yang kecil, besar. Kisah saya mungkin lebih besar. Saya kongsikan video ini kerana pada saat sukar saya terlupa saya masih mempunyai tiga lagi cinta yang menanti dan memerlukan perhatian,” ujarnya.

Begitupun, pelantun lagu Aku Cinta Aku Rindu itu mengakui semua dugaan yang berlaku mempunyai hikmah pada pengakhirannya nanti.

“Saya tahu, apabila anak kita meninggalkan kita atas sebab tertentu, itu menyakitkan tetapi ingatlah, ada sebab di sebaliknya,” katanya.

Nourul juga tidak ketinggalan menitipkan pesanan kepada mereka yang mengalami hal sama agar jangan menyalahkan diri sendiri.

“Cari apa yang lebih penting untuk anda fokuskan terutamanya jika mereka tidak mahu kembali lagi. Bukan salah anda.

“Anda telah melakukan yang terbaik, tetapi kita juga manusia. Kita membuat kesilapan, sama seperti saya.

“Jadi, biarlah. Hidup terus berjalan. Kerana kita hanya mati sekali, tetapi kita hidup setiap hari,” ujarnya.

Sekitar tahun lalu penyanyi itu terpalit isu perang dingin dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah, 25, tetapi selepas itu hubungan mereka tampak pulih kembali.

Ayu merupakan zuriat bersama penyanyi Ajai, namun mereka berpisah pada 2007 dan lima tahun kemudian penyanyi itu bertemu jodoh pula dengan warga Perancis, Eric Daniel Depp.

Selain Ayu, Nourul yang berhijrah ke Bali, Indonesia bersama suaminya, sejak 2021 turut mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu, Zachary Depp, 10, Raphael Depp, 8, dan Isabella Depp, empat tahun. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 29-8-2024 09:10 AM
Dia ni ngan mak azal kena dok diam2, jangan main socmed dah,,semak
Quote menjad 29-8-2024 09:13 AM
Move on sajalah. Tenang2 gitu. Tak perlu lagi update gitu gini. Lepaskan ajer makcik.

Dia ingat dia balik. Sudah.
Quote Thunderclouds 29-8-2024 09:18 AM
Pasal ank ke?
Xpe la kaka nurul.
Redho & halalkn aje lah segala².
Hari² seblom tdo maafkn dosa dia ngn hg.
Doakn auloh lembutkn hati dia.
Insyaallah tenang pikiran.
Quote edayildiz 29-8-2024 09:20 AM
dia xbaik lg ke ngn ayu? tp kalau i jd ayu pun rasa terasing cmtu mak dh ada family baru
Quote I.K.A888990 29-8-2024 09:33 AM
cerita astro ulang tayang ke apa ni
Quote manehnya 29-8-2024 09:46 AM
dia lupa ya kehidupan selepas mati... alam barzakh... hiudp dlm kubo lg lama dr idup atas dunia, ikut sgt life laki baru nya tu..
Quote watachiwa 29-8-2024 10:19 AM
dah kawen ke Ayu tu?
Quote 3chanceno 29-8-2024 10:22 AM
Sebenarnya apa hal dia dgn anaknya tu? Dulu budak tu tinggal dgn dia kan?
Quote zuuu 29-8-2024 01:58 PM
Masalah keluarga settle antara keluarga jelah,nanti netz komen macam2 ko jugak sentap marah balik...
Quote 8Queen8 29-8-2024 02:07 PM
Kisah keluarga pasal anak2 jangan lah share kat public. Kasihan anak tu. Walau anak membuat kita terasa hati jangan buat macam tu. Jaga aib anak.
Quote cm_vungtau 29-8-2024 02:35 PM
Bukan ke hari tu ko yang cakap anak ada 3 aje ke haper?
Quote Lolalala 29-8-2024 02:37 PM
Kan hot kisah abby dgn marissa. Dia nak kaitkan kes dia sama macam abby kot.
Quote selipar_hijau 29-8-2024 02:40 PM
dak ayu tersalam ngn dak sapik dah kene korantine
Quote haruslah 29-8-2024 02:54 PM
Anak2 (pempuan) slalu kecik ati dgn mak sbb overprotective..kalau anak2 dgn bapak lak sbb bapak x amik tau (kes serai biasanya)
Quote hujanrindu28 29-8-2024 02:57 PM
lahh astro cerita ulang ulang
Quote asfaz 29-8-2024 03:00 PM
Engkau yg merentan bila ada netizens tanya,kau marah pulak macam yg dlu tu. Kau dgn acik hutan Amazon mmg sekufu. Boleh jadi bffffff.
Quote sarah_ary2 29-8-2024 03:41 PM
Mcm x best pulak ayat tue “ kita mati hanya sekali, hidup setiap hari “ padahal kita hidup dan mati hanya sekali,
Quote 8Queen8 29-8-2024 03:51 PM
Sabar lah sistur, jangan up kisah anak2. Anak bukan artis. Kalau you emak yang baik biar dorang nak jalani hidup dengan tenang tanpa perlu di judge oleh orang ramai.
Quote jerukkedondong 29-8-2024 04:28 PM
sebagai emak..doa yg baik2 je lh utk anak tu..
apa yg ko nk senanya nughul.
nk ayu tu dtg melutut mintak maap ke

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.098018 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top