CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar jumpa Vladimir Putin bincang kerjasama semua bidang Malaysia-Russia

5-9-2024 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9915| Komen: 5

 


PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu Presiden Persekutuan Russia, Vladimir Putin di Kepulauan Russkiy, Vladivostok, Russia.

Melalui hantaran terbaharu Perdana Menteri di Facebooknya, Anwar berkata pertemuan yang berlaku lewat petang tadi itu adalah menekuni hubungan serta tahap kerjasama yang sedia terjalin erat antara dua negara itu.

“Kami menyentuh mengenai pelbagai perkara yang menjadi kepentingan yang dikongsi secara bersama, selain menekankan wujudnya potensi atau peluang yang sedia besar namun tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

“Kami lantas bersetuju untuk meningkatkan tahap kerjasama yang lebih mantap di semua lapangan selain akan secara bersama mempatri hubungan kerjasama yang lebih baik terutamanya di peringkat antara negara dan persahabatan,” jelas Anwar.

Katanya, dia turut menyatakan kepada Putin bahawa hubungan antara ASEAN dan Russia akan diperkemas dan ditambah baik saat Malaysia mempengerusikan ASEAN kelak.


“Presiden Putin turut berkesempatan mengucapkan yang terbaik buat Malaysia untuk ASEAN kelak,” ujarnya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 5-9-2024 10:54 AM
sama tinggi....

hopefully ramai org rusia berhijrah ke malaysia sekiranya berjaya tarik pelabur dari negara rusia ke malaysia
Quote felinecat 6-9-2024 04:19 AM
Ok la, dpt tunjuk kuat sikit dgn China yg sombong angkuh, semoga Allah lindungi Malaysia
Quote ardent91 6-9-2024 08:02 AM
shi_jewel replied at 5-9-2024 10:54 AM
sama tinggi....

hopefully ramai org rusia berhijrah ke malaysia sekiranya berjaya tarik  ...

mesti ko nak buat salah sorg warga rusia jd pasangan idop kan?

Quote xtinkerbellx 6-9-2024 10:06 AM
Love Putin
Quote shi_jewel 9-9-2024 08:10 AM
ardent91 replied at 6-9-2024 08:02 AM
mesti ko nak buat salah sorg warga rusia jd pasangan idop kan?

tidak berkaitan & susah balik kampung..tiket mahal

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.027498 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top