CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Telefon bimbit tidak mengakibatkan kanser otak – Kajian

5-9-2024 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9671| Komen: 8

 


WELLINGTON – Telefon bimbit tidak mengakibatkan kanser otak dan leher, demikian menurut salah satu kajian terbesar dan paling komprehensif yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan New Zealand.

Menurut laman berita Wion News semalam, selama bertahun-tahun, tanggapan umum adalah telefon bimbit yang memancarkan gelombang radio, boleh menyebabkan kanser otak atau bentuk tumor lain. 

Bagaimanapun, satu penyelidikan yang melibatkan semakan terhadap 64 kajian pemerhatian, mendokumentasikan penggunaan telefon bimbit dan kesannya terhadap tubuh manusia. Kajian itu diterbitkan antara tahun 1994 hingga 2022.

Hasilnya mendapati, tiada kaitan antara sebarang jenis kanser yang disebabkan oleh penggunaan telefon mudah alih. 

Selain itu, kajian tersebut menjelaskan bahawa penggunaan telefon bimbit tiada kaitan dengan kanser walaupun seseorang menggunakan gajet itu selama 10 tahun atau lebih.


“Tiada responden yang dikaji menunjukkan terdapat peningkatan risiko (kanser otak),” kata Mark Elwood, pengarang bersama kajian dan profesor epidemiologi kanser di Universiti Auckland, New Zealand. – AGENSI


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 5-9-2024 10:03 AM
Kanser prostat acaner pulak

Sebab ada yang cakap jangan letak henfon dalam poket seluar sebab takut telur kena kanker agiciu
Quote sapeka 5-9-2024 10:07 AM
Pulak
Ok tu
Quote hokeypokey 5-9-2024 04:18 PM
Edited by hokeypokey at 5-9-2024 04:20 PM

Delete
Quote hokeypokey 5-9-2024 04:19 PM
kemaruk replied at 5-9-2024 10:03 AM
Kanser prostat acaner pulak

Sebab ada yang cakap jangan letak henfon dalam poket seluar sebab takut ...

Bangkem dh kena ke??? Hehehe
Quote kemaruk 5-9-2024 04:55 PM
hokeypokey replied at 5-9-2024 04:19 PM
Bangkem dh kena ke??? Hehehe

Pompuan macam bangkem boleh kena kanker kelenjar prostat ke
Quote hokeypokey 5-9-2024 05:04 PM
kemaruk replied at 5-9-2024 04:55 PM
Pompuan macam bangkem boleh kena kanker kelenjar prostat ke

Owhhh ingatkan bangkem khunsa ada 2-2
Quote Kitty_catz 5-9-2024 06:15 PM
kemaruk replied at 5-9-2024 10:03 AM
Kanser prostat acaner pulak

Sebab ada yang cakap jangan letak henfon dalam poket seluar sebab takut ...

org tuer2 kata.. jgn suka mintak gambo tetek.. insyAllah tak kena kenser tang sinun

mcm yg sorang tuuuuuuuuuuuuuuu
Quote airfilterkotor 5-9-2024 06:44 PM
Satu lagi sumber dari "we did our own research" kata.... henpon boleh kawal dan aktifkan graphite dalam badan.
Research ni pun setakat orang tu kata orang ni kata. Dah masuk 2024 pun dok ulang mende sama.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.034320 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top